Aktviti Membaca!

Khamis, 17 Januari 2013

Mental

Mental
Shaz Johar

ISBN: 9789670374185
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: November 2012
Halaman: 299
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Ini buku pertama aku tahun 2013. Dan ya, aku rasa sedikit gila dalam menyudahkan pembacaannya *wink*
“Kita jangan suka sangat melengah-lengahkan solat, nanti seksa bila Tuhan cabut nyawa tu. Tahu?” [page 32]
Speechless. Di awal-awal lagi sudah terkena. Tapi aku suka ingatan itu. Terima kasih wahai encik penulis.

Mental sebuah cerita yang punya plot agak berat dan mungkin akan memeningkan kepala para pembaca. Sedikit berbeza dengan buku-buku keluaran Fixi yang lain. Jadi seharusnya kalau mahu baca buku ni memang kamu perlu cari satu masa khas. Baca sekaligus dan jangan tinggal-tinggal. Kalau tak, memang terkena ‘mental’nya kih5 ;P

Ini kisah kecelaruan minda yang menjadi. Menjadi padaku bila saja akhirnya aku sendiri sedikit keliru untuk membezakan siapa yang wujud sebenarnya. Antara realiti dan imaginasi. Antara Raudhah dan Maya. Kalau tanya aku, pastinya aku lebih suka watak Maya. Gila. Sebab aku memang tak dapat teka siapa Maya. Mungkin kerana permulaannya yang cukup memikat. Dengan Maya yang mahu berkongsi cerita bersama Kisha [Kougar] dan kemudiannya dihuraikan satu persatu jalan ceritanya. Memang sungguh aku diperdaya hahaha5

Dan aku juga suka dengan watak Rashid dan Rania yang ditonjolkan. Rashid yang suka mencederakan diri sendiri dan Rania yang suka menyanyi di gereja. Entah. Aku rasa ia sinis.

Aku harus katakan ini naskhah terbaik penulis. Jujur aku memang tidak menggemari dua bukunya sebelum ini kecuali sebuah cerpen dalam kompilasi Kopi. Jadi, tahniah Shaz Johar kerana tak pernah serik untuk menulis.

Sedikit sebanyak penulis sudah buat aku rasa mahu tonton kembali A Beautiful Mind. Mujur sekarang ni sudah ada Youtube. Bila senang-senang boleh klik saja ;D

Happy reading (^-<)

9 ulasan:

  1. wah ini yang nak baca nih! hujung bulan ni comfirm saya beli!hehehe....

    BalasPadam
  2. hud aikara
    Silakan kawan! Selamat membaca ;D

    BalasPadam
  3. Hi there,

    Dh baca kougar karya penulis yg sama. Agak kurang mencabar minda. Mayb mental ni sesuatu y lain...tak saba nak baca mental.

    BalasPadam
  4. jejaka anggun,
    Sama-sama tuan penulis ;D

    Nor Arinee Mat Saaud,
    Hai!
    Boleh cuba yang ini sebab saya pun tak minat Kougar *wink*

    BalasPadam
  5. Tak serik baca karya Shaz Johar? Untunglah dapat pembaca tak kenal erti serik.

    Benar-benar MENTAL lebih baik dari novel sebelumnya?

    Berapa bintang?

    BalasPadam
  6. Pei Pan,
    Sebenarnya nak kata tak serik tak juga tetapi bila sang kawan mengunjukkan buku ini saya tak dapat elak.

    Pada saya memang ini lebih baik daripada sebelumnya. Terpedaya daripada mula ;)

    Di GR tiada setengah bintang jadi saya letak 4 untuk yang ini.

    BalasPadam
  7. Saya sudah baca. Mula baca jam 10 pagi tamat jam 7 petang bulan Ramadhan lalu. Tiba-tiba di serang "angin" hendak baca cerita sebegini.

    Jalan ceritanya okey walaupun mendatar. Kalau plot putar-putar sedikit lebih menarik.

    Tapi sekurang-kurangnya okeylah. Berbaloi masa saya menghabiskannya.

    BalasPadam
  8. Pei Pan,
    Hihi..ada 'angin' ya? ;P

    Yup..berbaloi juga untuk saya menghabiskannya. Sekurang-kurangnya tak terasa seperti baca novelnya sebelum ini ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))