Aktviti Membaca!

Khamis, 17 Januari 2013

Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita

Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita 
Hilal Asyraf

ISBN: 9789830972152
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit:
Halaman: 224
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Dek terpandang nama penulisnya, aku tertarik dengan buku siri tarbiah rohani ini. Tak silap ada tiga siri langit ilahi ini dan ini merupakan siri pertama yang aku beli dan baca. Nanti aku cari lagi siri-sirinya yang lain.

Ada lebih kurang 60 tazkirah ringkas yang dimuatkan. Dalam siri yang pertama ini penulis cuba membincangkan tentang siapa kita yang sebenarnya, apa dan mengapa kita hidup di dunia ini. Apa yang paling penting, penulis cuba mengupas perhubungan kita dengan Allah. Kita ini hamba, jadi selayaknya menjadi hamba apa yang harus diutamakan.

Dan bila terasa hidup ini tidak adil. Cuba-cubalah mengerti mengapa Allah menciptakan sesuatu itu begitu. Jangan pernah berhenti mempercayai-Nya kerana Dia sememangnya tidak pernah melupakan kita. Hanya kita saja yang lalai. Asyik dengan kesenangan dunia dan bila terjatuh dalam lubang derita, saat itu baru sibuk mencari sejadah. Allahu Allah... teruknya perangai!

Ada banyak pengajaran yang dikongsi oleh penulis. Apatah lagi ia diolah dalam bentuk penulisan yang cukup bersahaja. Membuatkan buku ini mudah dihadam dan dihayati. Cuma mungkin ada sesetengahnya aku rasa kurang dihuraikan. Dan bila dirisik-risik di GR, rupanya ia adalah catatan penulis di laman blognya sebelum dibukukan. Oh! Baru tahu mengapa ia jadi begitu.

Aku tak pandai sangat nak membedah buku sebegini. Sebab aku terasa cukup kerdil sekali. Jadi aku cadangkan baca saja buku ini. Letak hati anda di dalamnya. Selami hingga ke akarnya. Moga ada manfaatnya untuk kita bersama ;D

Ps: Resensi terakhir untuk buku 2012. Yay!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))