Aktviti Membaca!

Selasa, 18 Disember 2012

Mr Right Buat Ann

Mr Right Buat Ann
Ruby Hazri

ISBN: 9789675118845
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 452
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.” [blurb novel]

Mudahnya berkata-kata tetapi untuk membuatnya belum tentu lagi kan? Choi! Aku tak salahkan sesiapa cuma dalam hal ini sebagai seorang perempuan, ya dah pasti aku 'berdiri' di sebelah Ann ;P

Ann sudah menjangkau 31 tahun. Jadi ibu bapa mana yang tak risaukan anaknya sedangkan adik Ann sendiri sudah punya 2 anak. Bukannya Ann memilih sangat tetapi harus apa yang dilakukan bila si dia itu buat-buat tak tahu? Ann gadis biasa yang mahukan pasangan yang biasa-biasa juga. Tetapi kenapa Hanif itu ada banyak dalihnya?

Tapi bila 'melihat' Hanif, aku tahu bukan semua itu salahnya. Hanif seorang lelaki yang berdiri teguh membawa tanggungjawab di bahu. Dia perlu menyiapkan semua keperluan adik-adiknya. Dan bila saja mendapat tawaran kerja di Dubai, rasanya itu saat yang dinanti-nanti. Dia boleh membaiki taraf hidupnya. Tetapi dia lupa yang dia pernah berjanji yang akan mengahwini Ann bila umurnya mencecah 30 tahun. Jadi bila dua tahun yang dijanji itu berlalu, agaknya apa yang tinggal pada Ann?

Ann pun bukannya nak berubah hati tetapi dia cuma sudah tawar hati. Hanif bagai tak bersungguh-sungguh dengan hubungan mereka. Dan perginya Hanif begitu saja, meninggalkan Ann terkapai-kapai dalam merencanakan soal hatinya. Mudahnya lelaki!

Hati yang kecewa diasuh dengan penuh sabar. Ann perlu bangkit. Gagal bercinta bukannya pengakhiran hidup. Masa adalah penawar yang mujarab buat hati yang terluka. Kehadiran calon-calon lain yang mungkin menjadi Mr Right ditapis elok-elok. Dan munculnya watak Arman Faiz buat hatiku tenang kerana pastinya aku tak mahu Ann bersama Desmond atau Tuan Haji Kamil; duda beranak tiga itu kih5

Orang kata sukar nak menelah hati seorang perempuan tetapi hakikatnya sama saja baik lelaki atau perempuan. Kita memang tak mampu nak menduga apa yang ada dalam hati. Kan? Novel ini berjaya buat aku berfikir lebih soal hati dan perasaan ini. Dan aku rasa sebenarnya seorang perempuan tu tak minta banyak, cukup kalau seorang lelaki itu mampu menjadi imamnya dunia akhirat [Amboi! Cakap macam dah kahwin kih5 ;P]

Aku rasa tahun ni tahun di mana paling banyak baca kisah tentang gadis yang masih belum berkahwin. Perghhh terasa mak nokks! kih5 Tapi soal jodoh bukannya di tangan kita. Ia rahsia Allah yang tersembunyi. Seperti mana kisah Ann dan Hanif... mungkin kah kisah kita juga seperti itu?

Senyum. Senyum sampai langit bak kata Syasyaja ;))

Ps: Aku kepingin tahu akan hal Desmond lagi. Hmm, watak yang dah menjumpai 'nur' itu pastinya menarik bila dikupas. Boleh ke request begitu wahai cik penulis? hee ;))

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Wah, macam menarik aje tajuk cerita ni. Sudahlah namanya 'Ann', crush saya pula tu.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Faridzuan,
    Ha, elok sangat tu kalau baca sebab sudah ada nama 'Ann' dalam 'hati' ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))