Aktviti Membaca!

Rabu, 7 November 2012

Murtad

Murtad
Hasrul Rizwan

ISBN: 9789670374123
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 323
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

“Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?”
“Ya”
“Nakharrom.”
“Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang murtad.” [blurb novel]

Bagaimana? Ada berani? hahaha5 Aku rasa salah satu sebab kenapa orang memilih Fixi kerana sinopsis belakangnya yang superb. Kalau nak tahu betul atau tidak ceritanya, memang sah-sah lah kena beli dan baca bukunya.

Adam dan Akhil. Dua beradik kembar yang tak pernah berpisah. Eh! Tiba-tiba teringat cerita Hilang *wink* Mereka berasal dari utara dan datang berhijrah ke kota langit [baca: Kuala Lumpur] untuk membaiki kehidupan mereka. Dengan berbekalkan Diploma IT, mereka cuba mencari pekerjaan yang sesuai tetapi apakan daya susah rupanya nak bertapak di bandaraya besar ini.

Takdir membawa mereka kepada satu pekerjaan yang tak pernah dibayangkan - menjadi pembunuh upahan. Bukan sebarang pembunuh, tetapi membunuh mereka yang murtad. Wow! Nyata Fixi cukup berani membawa isu ini ke tengah. Walaupun pada mulanya pasangan kembar ini menolak, akhirnya mereka akur. Bukan hanya kerana harta yang ditawarkan tetapi tentang agama yang ditaruhkan.

Aku suka cara penulis memanipulasikan pekerjaan pembunuh upahan itu. Bukan mudah rasanya. Apatah lagi hukuman bunuh untuk muslim yang murtad. Terima kasih lah kerana tidak menjatuhkan hukuman secara sembereno. Tiap pembunuhan digarap dengan penuh berhati-hati dan teliti. Mungkin sebab tu aku jatuh cinta dengan Murtad. Ke kau suka dengan Akhil rina oi? ;P
Aku suka cadangkan ini kepada mereka yang pertama kali nak baca buku keluaran Fixi. Cuma ya, perlu membiasakan diri dengan gaya bahasa Fixi. Tak banyak masalah sebenarnya cuma aku rasa pihak editor perlu lebih berhati-hati. Dua-tiga kali tersalah nama antara Adam dan Akhil, tak berapa nak 'masyuk' la bro ;))

Pertama kali juga aku beri extra 1 bintang [nak letak 4.5, GR tak main lah setengah-setengah ;P] untuk buku Fixi. Ada 3 sebab:-

  1. Solat sunat sebelum solat fardhu Subuh. Aku tak jangka ia ada. Surprising!
  2. Selepas Ngeri & Kelabu, cerita ini juga 'bersih' [ini pun mengejutkan aku] *wink*
  3. Untuk  kulit bukunya yang cantik dan elegan [markah bonus kih5]
Sebab lain? Entah... aku bagi lebih sebab yang ini saja hee ;))

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Terima kasih untuk reviu.
    Harap boleh berbual dengan saya sebentar. Penulis buku ini di hasrulrizwan@gmail.com

    Saya ingin bertanya sedikit :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,

    T/kasih kerana menjengah ke mari.
    Sungguh tak sangka!

    Saya akan menghubungi saudara nanti ;))

    BalasPadam
  3. Baca juga tapi terhenti di pertengahan. Novel ini gagal untuk terus memancing saya menghabiskannya.

    Mungkin akan di sambung nanti.

    BalasPadam
  4. Pei Pan,
    Hee ;)) Nampaknya kes pembunuhan orang murtad tak dapat memancing awak ye?

    BalasPadam
  5. Nampak gayanya begitulah :). Harap Mangsa (novel terbaru Gina) lebih baik dari Ngeri.

    Saya tak begitu teruja membaca Murtad.

    BalasPadam
  6. Owh! Gina keluar buku baru? Wah! Dahsyat ye penulis Fixi..bergerak pantas ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))