Aktviti Membaca!

Rabu, 7 November 2012

Hilang

Hilang
Dayang Noor

ISBN: 9789670374116 
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 322
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Shaziman dan Ikhsan. Dua beradik kembar yang berbeza peribadinya namun di hujung-hujungnya, seakan sama saja kisah mereka *wink*

Shaziman dalam misi mencari adiknya [Ikhsan] yang hilang. Dengan nota ugutan yang diterima, dia tahu pencariannya agak sukar. Lagipun pihak polis tidak boleh mengetahui akan kehilangan adiknya itu. Dengan bantuan Jo; seorang penyiasat peribadi, mereka cuba menjejaki ke mana perginya Ikhsan.

Jo rupanya telah pun diupah oleh Ikhsan bagi mencari bukti tentang sindiket Jusoh. Dan di sini lah sebenarnya bermula segalanya. Pertemuan Shaziman dengan gadis-gadis kenalan Ikhsan tak banyak membantu. Ke semuanya hanya bertambah serabut. Nyata Ikhsan kaki perempuan nombor satu kih5 Tetapi bertemu dengan Khairani ada sejarahnya. Gadis itu ada rahsia besar. Dia umpama kunci kepada kehilangan Ikhsan.

Khairani. Gadis ini kelihatan naif. Gadis kampung yang biasa-biasa yang berhijrah untuk mencari rezeki lebih di kota. Dia amat memerlukan duit sementelah kakaknya diserang penyakit ganjil. Dalam pada itu dia jatuh jati pada Zed, lelaki yang agak popular di kilangnya. Dia akhirnya berjaya mendampingi Zed. Bersama-sama dengan Zed, Khairani mula sedar akan dunia yang makin kelam. Oh! Atau haruskah aku katakan yang Khairani mula sedar akan sisinya yang lain setelah bertemu dengan Zed? *wink*

Aku suka cara penulis mengolah Hilang. Ada time frame di setiap bab. Di situ aku mula berhati-hati kononnya tak mahu terjerat dengan masa yang digambarkan. Tapi... mana tahu aku pun sama terjerat hahaha5 Aku juga gandingan Shaziman dan Jo. Serasi yang bukan dibuat-buat. Mereka bukannya berkasih pun walau aku rasa macam 'alaaaaa' [rina...rina, ini bukan kisah cinta oi! ;P] Dan aku juga suka dengan pengakhirannya. Terasa bagai menonton cerita thriller mat saleh *wink*

Buku ini lebih baik daripada Jerat. Ceritanya lebih kemas, tak meleret-leret, elemen kejutan dan drama yang menjadi. Seronok. Teruja. Barangkali itu sudah cukup untuk kamu semua 'hilang' dalam karya terbarunya.

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Saya belum berminat untuk baca karya Dayang Noor selepas membaca ulasan yang tak berapa bagus mengenai Jerat.

    Selepas membaca ulasan ini - saya teringin pula membacanya.

    Mungkin...nanti selepas habis menelaah buku-buku falsafah Iqbal & Ali Syariati.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Awak jangan terpedaya dengan reviu saya ni hee ;))Citarasa kita kan berbeza.

    Tapi kalau nak bandingkan dengan Jerat, memang saya lebih suka dengan yang ini.

    BalasPadam
  3. Kalau terpedaya tandanya ulasan yang berkesan. 'Menarik' orang lain untuk membacanya.

    BalasPadam
  4. Pei Pan,
    Hee ;)) Kalau begitu, saya ucapkan selamat membaca!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))