Aktviti Membaca!

Rabu, 13 Jun 2012

Calon Jodoh Untuk Adik

Calon Jodoh Untuk Adik
Areila Sahimi

ISBN: 9789675067952
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 454
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Apa yang aku suka dengan penulis ini bila saja dia mengangkat hubungan antara adik beradik sebagai pokok ceritanya. Seperti mana dalam novel Iman Suraya, dalam novel CJUA ini, hubungan persaudaraan itu dilakar lebih meluas dan hampir sempurna.

Kisah tiga beradik ini ada temponya sendiri. Azmer, abang sulung yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka. Arina, kakak yang terlebih emosi tetapi tetap menyayangi adiknya dengan caranya yang tersendiri serta ya tak lupa Arissa; heroin utama CJUA yang agak kelam-kabut dengan perangai tak matangnya. Aku suka adunan ketiga-tiganya. Menarik!

Selaku abang, Azmer sentiasa mahukan yang terbaik untuk adik bongsunya, Arissa. Apatah lagi bila mengetahui nyawanya yang tak panjang akibat penyakit yang dideritainya, dia bersungguh-sungguh mahukan seseorang yang boleh diharap untuk menjaga Arissa. Bagi Arina pula, dia mahukan Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Apabila Khairil Izlan [Ee] diheret masuk ke dalam rancangan Azmer, Arina tidak duduk diam. Dia juga sudah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz yang berjawatan besar dan berpoket tebal tu memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tetapi demi menjaga hati Kak Inanya itu, dia cuba berkawan dengan Fariz.

Ee pula kenalan abangnya itu langsung tak dipandang. Mereka berdua ada history kih5 Arissa memang berbulu je bila melihatkan Ee. Namun bila Azmer pergi meninggalkan mereka, Arissa tiada tempat mengadu. Ee pula terperangkap dengan wasiat terakhir Azmer yang memintanya menjaga Arissa. La sudah... bagaimana Ee mahu berdepan dengan Arissa yang pantang ditegur, pedas dan berbisa itu? Hanya membacanya kamu akan dapat jawapannya ;)

Kalau ikutkan aku melihat kisah ini lebih kepada hubungan adik-beradik, bukan kisah cinta yang sweet. Ia memang agak berbeza sedikit dengan novel-novel Areila Sahimi sebelum ini. Laras bahasanya pula masih dikekalkan, ya itu mungkin identitinya. Cuma mungkin bahasa pasarnya ada yang agak kasar dan bila ada perkataan 'puaka' tu automatically kening dah terangkat sebelah. Wow! Daring you kih5

Lastly, I would like to extend my sincerest thanks to Kaki Novel. As a publisher, they’ve done a good job ;) Sebenarnya novel CJUA dalam tangan aku ni ada kesilapan percetakan. Bukannya satu halaman tetapi boleh tahan la kesilapannya dan bila dipanjangkan pada pihak pengurusannya, mereka sudi menggantikannya dengan yang baru. Jadi, pada mereka yang mungkin mengalami masalah yang sama sila jangan segan-segan mengirimkan maklum balas anda di sini :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))