Aktviti Membaca!

Rabu, 4 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (13) Kasih Yang Suci

Kasih Yang Suci
Meen Zulaikha

ISBN: 9831242726
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 21 Feb 2007
Halaman: ~ 572
Harga: RM 19.90


~ Rasaku… ~


Nora Elena [Elena] ditinggalkan oleh tunangnya; Saiful Idham kerana kesuciannya diragui. Memang sepuluh tahun yang lalu, Elena telah dinodai oleh seseorang yang tidak dia kenali. Peristiwa itu menjadi sejarah hitam yang tak akan pernah dilupakan seumur hidupnya. Tetapi dia redha. Dia sedar akan takdir tidak pernah memihak kepada sesiapa.

Elena tertekan kerana di saat-saat akhir masakan perkahwinan mereka dibatalkan. Apatah lagi dia kini bertambah malu kerana sejarah hitam yang menjadi rahsianya bertahun-tahun kini dibongkar. Dalam pada itu, muncul Seth; jejaka berbangsa Cina yang juga merupakan abang kepada teman rapatnya ketika bersekolah dulu. Seth rupanya sudah lama menyukai Elena. Jadi bila peluang ada di depan mata, cepat saja Seth merebut. Dia mahu Elena menjadi isteri sahnya.

Walaupun Elena mengelak namun kerana keluarganya dia turutkan. Memanglah Seth ni gilakan Elena. Sanggup lakukan apa saja untuk memiliki gadis pujaan. Elena walau pada mulanya agak dingin namun sedikit demi sedikit, hatinya mula terbuka. Lagipun kedinginan Elena itu tidak menjadi masalah besar buat Seth. Apatah lagi dia sudah cukup mengenali Elena, luar dan dalam. Apakah maksudku? Ha, kenalah anda cari sendiri.

Watak Elena dan Seth memang aku sukai. Elena yang dingin dan beku tetapi bila hati dah sayang dia bisa cair dengan mudah. Seth yang sebenarnya 'baik' ada makna. Walaupun perbuatannya seperti pengecut tetapi dia tetap bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Cuma risaukan janganlah anak muda sekarang terikut-ikut ya! Ingatan keras!

KYS tak perlu dicerita lebih lanjut. Ia cerita lama [tahun 2007 tu :D] tetapi tetap menarik dan tertarik! Novel yang menyebabkan nama Meen Zulaikha popular walaupun KYS buah tangannya yang pertama. Ramai yang jatuh hati dengan novel ni termasuk juga aku. Jangan lupa nantikan kisah novel yang diangkat ke drama ni [Mei ni di TV3 slot Akasia :D].

Ps: Gambar diambil di laman Alaf 21 sebab terlupa nak snap hari tu hik3 lalala5 :D

Happy reading (^-<)

8 ulasan:

  1. Cite ni memang best... X sabar nk tgk drama dia ari isnin nti.. Tp plakon dia mcm x sesuai je.. Aaron Aziz yg jd seth

    BalasPadam
  2. Wild Cherry,
    Tak sesuaikah Aaron Aziz? Jadi siapa ya yang paling sesuai memegang watak Seth tu?

    BalasPadam
  3. X tau sape yg sesuai.. Td WC google pasal drama ni, wan sharmila jd yvonne.. Bkn yvonne tu cina ke.. hahaha xpe la tgok je la cite tu nnti.. Plakon sesuai ke x, belakang kira..

    BalasPadam
  4. Wild Cherry,
    Wan Sharmila jadi Yvonne? Tak sangka ya!
    Betul tu! Part pelakon tu tak berani nak komen lebih cuma harapnya ia tak mengecewakan seperti mana saya melihat drama Tak Tercapai Akalmu yang diadaptasi dari novel Cinta Pertama

    BalasPadam
  5. aha...aku dah baca buku ni..agak lama dulu..memang menarik tertarik kau memang de'boom...

    tapi selalu drama yang diadaptasi dari novel, hasilnya cukup mengecewakan.
    tapi tengok dulu hasil yang ini samada ok atau sebaliknya..

    BalasPadam
  6. Yakuza MeraH,
    Amboi2 mak ghimo, siap bernyanyi sakan kih5 :P

    Yes! 100% agreed! Drama selalunya mengecewakan. Aku tak tahu la boleh tengok drama ni ke tidak, sebab sampai rumah pun dah pukul 7.30 hehe :P

    BalasPadam
  7. dpt dh.. hehe.. lau buku ni aku dpt katam.. aku beli novel lain lak.. hahah...

    BalasPadam
  8. Yang Aimin,
    Dah dapat? Bagus Win, baca jangan tak baca :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))