Aktviti Membaca!

Rabu, 4 Mei 2011

Cerita KLIBF: Kenanganku

Sudah 4 hari berlalu. Bagaimana dengan kisah anda ke pesta buku? Menarik? Rasanya tahun ni yang paling meriah buatku. Tak pasti kenapa. Sebab tiada teman agaknya, jadi bila pergi memborong tu jadi lupa diri hik3 lalala5 :P

Bajet untuk membeli tahun ni pun bertambah. Maknanya bilangan buku juga bertambah. Mujur juga sudah siap-siap di rumah – bawa hanya cash! Alhamdulillah! Jadi tiadalah tangan menggatal mengeluarkan duit / kad lain :P

Ada terbaca yang susun atur di KLIBF tahun ni agak serabut. Rasanya tak. Senang pula aku mencari tiap booth. Walaupun pada mulanya aku memang kelam. Mana taknya seelok sampai, ada pula rombongan sekolah. Melilau aku mencari booth. Siap tanya Kak Adhan lagi di mana booth JS. Sedangkan ia hanya di sebelah kanan aku hik3 lalala5 :P

Tahun ni juga tiada jurujual Linguaphone yang 'berleluasa'. Tiada juga gangguan cik adik/abang kad kredit. Mujur! Atau kali ni aku yang lebih cekap melarikan diri daripada mereka kih5 :D

Tetapi yang tak best bila tiada teman tu, satu gambar pun aku tak diambil. Aduh! Lupa! Over-excited? Biasanya memang ada seorang teman yang mengekor, jadi aku cuma sengih depan kamera. Kali ni seorang, jadi aku cuma menyengih depan penulis hahaha :P Bila dah habis memborong barulah kawanku sampai. Jadi aku pula yang mengekor dia mencari buku-buku rujukan/latihan budak sekolah. Sempat juga lah aku membeli 2-3 buku latihan UPSR buat adik sepupuku :D

Bertemu dengan Geng Lomba Baca juga pengalaman baru. Walaupun hanya 2 orang iaitu Kak Adhan & Kak Wan :D *tak sempat posing-manja dengan kakak berdua ni* Teringat kata-kata Kak Adhan di sini [muka saya sama je la kak :D] *wink*


Credit to model memegang: Kak Adhan


Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. waa..bestnya dpt ambik sendiri hadiah tu. kite tak sempat pun g kat pesta buku. baru je berangan nak jumpe geng ulatbuku kat sana.

    BalasPadam
  2. NooR hEkmat HasHiM,
    Kebetulan bila mereka tanya samaada nak dipos @ ambil sendiri, saya katakan nak ambil sendiri. Itu yang jumpa mereka di pesta buku :D
    Kita jumpa lagi di lain hari :D

    BalasPadam
  3. c!k Ann,
    :D *senyum lebar sampai telinga*

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))