Aktviti Membaca!

Rabu, 2 Februari 2011

Nyanyian Tanjung Sepi


Nyanyian Tanjung Sepi
Noor Suraya

ISBN: 9838936766
Penerbit: Creative Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2006 [Cetakan 2010]
Halaman: ~755
Harga: RM29.90


~ Rasaku… ~

Apa yang indahnya novel ini? Novel yang pada mulanya adalah naskah e-novel yang dilayarkan di teratak kecil Nyanyian Tanjung Sepi :D Sukar mahu menjawabnya kerana aku rasa keseluruhan cerita ini memang indah. Maaf kalau aku bias, tapi ini apa yang aku rasa seusai menutup cerita cinta berhalaman 755 ini. Ada rasa yang berbaur. Bukan kerana kecewa dengan penamatnya tetapi rasa kagum dengan penamat cinta antara Aqmar, Khalida dan Zainur.

Aqmar; lelaki hebat di mataku. Hampir setanding [atau mungkin lebih hebat di scene tertentu :P] dengan Din [J&D]. Selalunya kita melihat seorang wanita yang sanggup berkorban kerana cintanya tetapi mengenali Aqmar, aku tahu golongan Adam juga tidak kurang hebatnya dalam bercinta. Pengorbanannya dan perjuangannya bukan hanya kerana cinta dunia semata-mata, tetapi lebih kepada cintakan agamanya. Memang aku terharu dengan cara Aqmar meladeni rasa cintanya.

Aqmar pernah ditinggalkan oleh kekasihnya, Tunku Dara dan disebabkan itu dia hampir jadi bujang terlajak. Bukan tiada bunga yang cuba mengintainya tetapi tak tahu mengapa hatinya yang tersangkut. Bertemu dengan Khalida; gadis manis yang jauh lebih muda daripadanya telah berjaya mengetuk pintu hatinya yang tertutup rapat. Aura gadis itu menyebabkan Aqmar nanar. Angau dan benar dia sudah jatuh cinta buat kali keduanya.

Khalida sebaliknya memang menyampah dengan Aqmar tu. Siap bagi gelaran doktor gatal lagi hahaha Namun siapa sangka ada kisah keluarga yang merantai dia dan Aqmar. Cerita yang sudah berbelas-belas tahun itu diungkit kembali dan dengan rela dalam paksa Khalida menerima lamaran keluarga Aqmar.

Sukar sebenarnya meyakinkan Khalida tentang rasa cinta yang menggunung di dalam hati Aqmar. Aku memang tabik spring pada Aqmar kerana kesabarannya menanti Khalida menyambut cintanya. Rasa yang tak pernah putus asa walaupun dia tahu Khalida menerimanya kerana desakan keluarganya. Memang wajar Aqmar dihadiahkan gelaran kekasih yang terhebat. Cuma aku memang tidak setuju dengan tindakan Aqmar yang bagaikan membelakangkan Khalida ketika dia mengambil Tunku Dara sebagai isteri keduanya. Jeng jeng jeng... ha pasti terkejut kan bila aku sebut pasal hal ini? Kalau nak tahu di sini lah aku makin kagum dengan Aqmar walaupun jauh di sudut hati aku rasa nak cepuk je kepala Aqmar ni kih5 :P

Apa terjadi pada Khalida selepas itu memang memeritkan. Aku sendiri tak tahu nak menyokong siapa. Khalida atau Aqmar? Yang pasti kehadiran Tunku Dara memang amat menjengkelkan aku. Lupa nak cerita tentang Zainur. Dia ni pensyarah muda di universiti Khalida dan merupakan jejaka pertama yang disukai Khalida. Rasanya lebih tepat kalau aku gelarkan cinta pandang pertama Khalida. Tetapi jodoh mereka 'tergantung' seketika kerana Khalida mengahwini Aqmar. Dan seterusnya? Ha, sila baca sendiri. Tak best la nak cerita semua kan? :P Ingatan pada yang mudah mengalirkan air mata, aku kira sediakan tisu atau sapu tangan kerana emosi anda pasti terusik!

Ps: Kalau tak silap novel ini dinobatkan novel terbaik CESB pada tahun 2006. Betulkan kalau aku silap :D

Happy reading (^-<)

15 ulasan:

  1. suka sangat novel ni..
    saya pun baru terbeli dan terbaca =)

    bab tisu/sapu tangan tu saya stuju sgt huhu time aqmar kawin lain tu huh air mata saya turun tak berenti2

    lastly saya grade novel ni 9.5/10 ^^

    BalasPadam
  2. a.s.m.a,
    Nampaknya kita suka novel yang sama :)
    Wah, banyaknya sampai 9.5? Saya cuma mampu beri 5 bintang saja :))

    BalasPadam
  3. terlebih pulak~
    hihi takda la..sbb rasa lain dr yg lain ckit..lebih serius mgkin..kadang2 dah boring baca novel yg terlalu kebudak-budakan..dah terlebih bnyak sgt pulak..jd klise..ni kurang klisenya..tak sangka pengakhirannya camtu =)

    BalasPadam
  4. aku dh baca!!!!
    aku bli & bc novel ni xsilap pd thn 07/08.
    mmg best wlupn ada kalanya penceritaannya sdikit meleret. tp penangan kaksu ttap ummphh!
    ye, part airmata ketika khalida kehilangan nuur hanna :( mmg sdih part tu.. sgt2! smpi aku ikt mnangis mndudu2 xmengagak.. haha
    oho.. bg aku pengakhirannya mmg tbaik. sbb aku mahukn akhir yg bgitu. xde manusia yg sgup bkongsi kasih trutama dgn cinta pertama psangan kte kn? :)

    p/s: review ko mmbuatkn aku mahu bc lg novel ni... hee
    tp byk lg novel & buku ilmiah yg harusku bc...

    BalasPadam
  5. a.s.m.a,
    Novel ni memang sedikit berat isinya.
    Yang pasti ending memang lain, jauh dari cerita biasa ;)

    Fira,
    Wah! Sampai mendudu air mata? Dashyat sungguh hehe
    Ya, aku pun suka penamatnya. Buat kita fikir cinta dunia bukan segalanya.
    Ps: Sila baca sekali lagi!haha5

    BalasPadam
  6. beli pest buku bru ni. start bace isnin. bru abis bace mlm tdi.
    dan pg ni da start balik. :P
    mmg stju sgt ngn review cik airina
    super-duper suke aqmar
    smpai frust sgt bile khalida kawen ngn zainur, mcm senang2 plak
    tp sape suh kawen 2 kn.
    pape pun. k. su best XD

    BalasPadam
  7. Fuza mn,
    Semangatnya nak ulang baca ya? :D
    Memang dah fall in love dengan Aqmar tu tapi bila tiba part dia kahwin lagi satu rasa sakit hati.
    Setuju! Kak Su the best :D

    BalasPadam
  8. aduh baca review ni buat kakchik rindu Dr Aqmar....betapa pedih dia pendam sendiri sehingga kaksu x de cerita pun perasaan Dr Aqmar ni walaupun ada kemunculannya dalam Jaja & Din dan Kebun Mimpi...yang pasti bahagia di hati kita bukan pada mata-mata yang memandang....

    Buat kakchik dah geledah gobok putih untuk dating dengan Dr Aqmar lagi..

    BalasPadam
  9. AimieAfifah,
    Setuju kak! Syahdunya masih terasa walaupun berulang kali dibaca.

    BalasPadam
  10. saya baca NTS ini beberapa tahun yg lalu.entah mengapa selepas baca buku ini lagu Seri dewi Malam seakan2 terus melekat di dalam kepala saya. saya adalah peminat dengan hasil karya Noor Suraya. kesemua buku beliau saya ada..dan dalam banyak2 buku yg telah dihasilkan, sy rasa NTS adalah sebuah karya yang terbaik pernah dihasilkan oleh beliau.entah mengapa selepas membaca saya dapat rasakan perasaan cinta, malu, sayangsedih, terluka dan geram yang dialami oleh Sharifah Nuur Khalida.walaupun telah beberapa tahun membacanya, saya tetap rasakan watak2 dalam NTS itu sangat hidup dan sangat dekat dengan diri saya

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama,
    Betul. Ini adalah karya terbaik kaksu. Perasaan membaca NTS bercampur-baur. Ada pelbagai rasa yang hinggap, walau dah banyak novel yang dibaca NTS tetap ada trademark yang tersendiri. Cerita yang mahal dengan cinta agungnya, cerita yang kaya dengan pesannya. Susah nak cari karya sebegini lagi.

    BalasPadam
  12. di mana saya boleh mendapatkan jualan novel terpakai bagi karya noor suraya termasuk novel ini?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama,
    Kalau novel terpakai tak pasti, tapi awak boleh beli karya NS secara online dengan Jemari Seni :D

    BalasPadam
  14. salam masih ada lagi kah novel ini? sila email sy noraishahtun4800@gmail.com... terima kasih

    BalasPadam
  15. Salam noraishahtun abdul manaf,
    Saya tak jual buku ini, tapi awak boleh ke laman web JS.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))