Aktviti Membaca!

Rabu, 2 Februari 2011

Cabaran 50 Novel/Buku

Kak Adhan beria tag aku tiap kali dia sudahkan cabaran membaca novel hehe Memang aku dah sahut cabarannya! Tapi baru aku perasan yang ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Dan di sini aku nak kongsikan bersama-sama kamu semua.

(a) Daftarkan nama anda beserta url blog anda kepada kami di amalynputri@gmail.com (Wan Amalyn) atau dunia_novel@yahoo.com (Adhan)

(b) Sediakan sinopsis/resensi novel/buku yang anda baca (ikut keselesaan anda) ke blog anda DAN

(c) Emailkan sinopsis/review novel/buku tersebut kepada kami untuk kami 'post' sinopsis tersebut ke blog Ulat Buku

(d) Letak 'link' blog Ulat Buku (http://ulatbuku-06.blogspot.com/) dalam blog anda..

Tempoh cabaran : 01 Januari 2011 - 31 Disember 2011
(hanya novel/buku yang dibaca dan dibuat sinopsis mulai 01 Jan sehingga 31 Dis 2011 sahaja)

Sumber: http://dunia-novel.blogspot.com/

Mood membacaku seakan jatuh. Makin perlahan dalam membaca, tak pasti kerana kesuntukan masa atau aku yang masih tak mampu menguruskan masaku dengan baik. Sudah masuk bulan kedua, aku kira aku juga seharusnya sudah boleh membiasakan diri dengan suasana baru! Mood menulis review pun sama! Sudah dua buah buku ditamatkan tetapi masih tak ada 'rasa' yang boleh dikongsi…ngee~~


Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Cabaran membaca 50 buah buku setahun makin meriah!

    Biasalah. Mood membaca kadang kala sukar juga di fahami. Tatkala masa banyak terluang, tak ada mood hendak membaca. Ketika sibuk - saat itulah rasa nak baca semua buku di rak.

    PS: Kotak jerit sudah di buangkah?

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Ya, makin meriah! Kamu dijemput turut serta :D

    Betul la tu. Masa dalam sibuk, masa tu terkenang buku yang ada di rak.

    Ya, sudah buang! Terlalu banyak iklan yang entah apa-apa. Sedang cari alternatif baru untuk kamu semua menjerit :))

    BalasPadam
  3. biasa la tu...mmg macam tu...akak pun masih tertangguh nk buat komen padahal dh hbs 5 buah buku

    BalasPadam
  4. adhan,
    Ya la kak, asyik ditangguh takut lupa pula ceritanya hehe

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))