Aktviti Membaca!

Rabu, 3 November 2010

Tanpamu Aku Rindu


JUDUL: TANPAMU AKU RINDU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Apa yang paling aku suka tentang novel penulis ini adalah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang selalunya menjadi nadi utama hampir kesemua ceritanya. Walaupun temanya masih dikekalkan tetapi AA punya kebolehan untuk mempelbagaikan kisahnya, menambahkan rencah sekaligus menghasilkan cerita yang pastinya memorable.

Tak seperti sebelumnya, kali ini kita dihidangkan dengan heroin yang agak jahat. Zuyyin; gadis yang suka memberontak, pemarah, tak pernah peduli tentang orang lain serta paling teruk dia bukannya tahu menghormati ayah dan ibunya. Kalau keluarga sendiri pun dia buat tak endah apatah lagi orang luar.

Namun ada sebab mengapa Zuyyin jadi begitu. Sebetulnya Zuyyin anak yang baik, gadis yang manja. Malah dia amat rapat dengan Zainah; pengasuhnya semenjak kecil. Hubungan Zuyyin dengan Yazzer pun sama. Mereka membesar bersama cuma semenjak Zuyyin mula berubah maka hubungan mesra mereka seakan terputus juga.

Aku suka watak Yazzer. Dia seorang yang selamba. Keras kepala juga sama macam Zuyyin hahaha Yazzer juga selalu berlawan kata dengan Zuyyin. Kata-kata Zuyyin selalunya dibalas dengan pedas. Sama naik je berdua ni! Tapi Yazzer anak yang baik. Suka dengan hubungannya dengan Zainah dan kedua-dua ibu bapa Zuyyin. Ia diceritakan dengan baik sekali.

Kejadian yang meragut nyawa ibu dan ayah Zuyyin menyebabkan dunianya berpusing 360 darjah. Dalam sekelip mata dia bukan saja kehilangan orang tuanya malah kesemua harta kekayaannya. Kemiskinan menyebabkan rakan rapatnya menjauhikan diri termasuklah kekasihnya; Zakir yang mencari cinta lain yang lebih kaya dan berharta. Selama ini dia hanya menumpang kekayaan dan kesenangan Zuyyin.

Dalam kesedihan hanya tinggal Zainah yang sudi membantu. Dia membawa Zuyyin tinggal bersamanya. Akhirnya ego Zuyyin roboh juga. Melihatkan kemurniaan hati Zainah yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Yazzer pada mulanya membantah tetapi melihatkan perubahan Zuyyin akhirnya dia jadi senang. Perubahan itu menyebabkan Yazzer mula terkenangkan kenangan mereka ketika kecil dan itu menyebabkan Yazzer jatuh cinta sekali lagi dengan Zuyyin.

Panahan cinta Zuyyin menyebabkan Yazzer mula bertindak. Dia mahu Zuyyin menjadi isterinya. Walaupun Zuyyin menolak tetapi akhirnya dia akur. Padanya tiada lelaki lain yang sesabar Yazzer dalam melayan karenahnya. Tetapi saat Zuyyin mula membuka hatinya, satu rahsia yang selama ini disembunyikan Yazzer sudah dapat dihidu. Sekali lagi Zuyyin salah sangka. Dia ingatkan Yazzer tak ikhlas, hanya memandang pada hartanya. Hm, apa kesudahan mereka ya? Dan pastinya nak tahu juga apa punca menyebabkan Zuyyin berkelakuan tak wajar pada kedua ibu bapanya. Jadi sila dapatkan novel ini :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))