Aktviti Membaca!

Isnin, 25 Oktober 2010

Seperti Keju & Coklat


JUDUL: SEPERTI KEJU & COKLAT
PENULIS: ROSE HARISSA
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Ini merupakan novel kisah anak remaja sebenarnya. Tetapi memandangkan nama penulisnya hati tak teragak-agak nak membelinya :D Mungkin kerana sasarannya adalah anak remaja, maka jalan ceritanya amat simple dan teramat mudah dihadam.

Membawa kita mengenali Safiy Aqil [Aqil], anak muda yang dikatakan ada masalah mental. Tapi benarkah lelaki yang ada rupa dan kacak seperti Aqil itu sakit mental? Namun bagi Raisya pula, dia meragui kata-kata teman sekuliahnya. Melihatkan Aqil dia pasti yang Aqil itu lelaki yang normal.

Kebetulan untuk subjek studio, Raisya berada dalam satu ruangan bersama Aqil. Sepatutnya Aqil ni dah pun dapat Diplomanya tetapi dia perlu mengulang subjek studio kerana gagal sebelum ini. Hairan juga pelajar-pelajar junior lain kerana kebanyakan pensyarah memuji Aqil itu kreatif. Masalahnya tak akan kalau dah bijak pandai dan kreatif boleh gagal?

Di dalam kelas, Aqil menjadi kera sumbang. Tak mahu bergaul dengan para pelajar lain. Hanya Raisya yang selalu menegurnya. Bukan apa dah duduk pun bersebelahan kan? Tapi Aqil tetap Aqil. Dingin dan beku. Lantas membuatkan Raisya semakin penasaran untuk mengenalinya.

Amaran yang diberi Rafa’e tidak diendahkan langsung oleh Raisya. Lagipun Raisya sendiri meluat tengok gelagat Rafa’e itu. Mentang-mentanglah senior, berlagak pula tu. Rafa’e sebenarnya ada hati dengan Raisya sebab tu dia tak suka tengok Raisya makin rapat dengan Aqil.

Aqil pada mulanya memang dingin. Dia susah nak menerima Raisya. Tetapi cara Raisya itu memikatnya. Raisya yang selamba itu tak seperti orang lain. Raisya menerima Aqil apa adanya dan itu yang membuatkan Aqil makin senang dengan kehadiran Raisya. Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat. Disebabkan itu ramai pula yang mencemburui.

Sara yang memendam rasa pada Aqil mula memasang niat jahat. Projek Raisya disabotaj. Tapi mana tahu pada hari itu bukan saja projek Raisya yang jahanam, projek Aqil turut disabotaj. Angkara siapa pula? Satu demi satu menimpa Aqil. Membuatkan Aqil dan Raisya makin tak senang duduk. Tapi siapa? Dan apa sebenarnya hubungan Rafa’e dan Aqil? Sehinggakan Rafa’e benci betul dengan kehadiran Aqil?

Walaupun ini cerita untuk anak remaja nampaknya Kak Rose masih tak boleh lari dengan hero-hero yang bisa menggetarkan jiwa. Macam Aqil, aku dah bayangkan dia seperti Ben Barnes; lelaki yang berambut panjang, agak beku tapi memang smart habis. Siapa Ben Barnes? Ala, dia yang jadi Prince Caspian dalam Narnia tu hik3 lalala5 :D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Muka depan berserabut. Tulisan tidak tersusun dengan pilihan latar warna yang entaj apa-apa. Kalau ringkas - mungkin lebih menawan.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Wah! Pertama kali seingat saya ada komen tentang kulit novel.

    Sebenarnya saya suka warna merah itu. Nampak mengancam. Tapi itu lah susun aturnya memang berserabut. Menampakkan cover tenggelam terus! Tajuknya pun sama :|

    BalasPadam
  3. Warna merah itu nampak okey cuma lukisan-lukisan yang tenggelam tu terus menenggelamkan kulit depan novel ini.

    Orang grafik kurang prihatin gammaknya. Kulit depan penting sebagai tarikan untuk pasaran khususnya pembaca remaja.

    Saya masih menyukai kulit depan Gelak Tergolek [kalau tak salah ] karya Wann Azlan, lebih ringkas dan menarik saya kira.

    BalasPadam
  4. Betul. Seharusnya mereka peka dengan kulit novel. Sebab first impression itu penting. Dari situ nanti para pembaca akan mula tertarik :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))