Aktviti Membaca!

Selasa, 23 November 2010

Kau Milikku


JUDUL: KAU MILIKKU
PENULIS: AISHA HAMZA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Pada peminat cerita kahwin paksa bolehlah dapatkan novel ini buat koleksi anda. Mungkin temanya kelihatan biasa tetapi si penulis ada sentuhannya sendiri. Walaupun sebab asal pernikahan agak klise tetapi idea yang dilontarkan amat berbeza. Jadi ia menyebabkan cerita ini lebih memorable berbanding cerita kahwin paksa yang lain.

Dizyan dan Faizal ni memang tak sebulu sejak sekolah. Dizyan memang ada hati dengan Faizal ni tetapi dek kerana badannya yang agak gempal, dia menjadi bahan ejekan Faizal dan rakannya terutamanya Aneeq. Dizyan nampak seperti mudah dibuli tetapi cukup berani melawan. Mungkin kerana tak tahan lagi dibuli Dizyan mula menyerang balas. Faizal dan rakan-rakannya disabatoj. Di hari terakhir persekolahan Faizal cuba menganiaya Dizyan tetapi tak sangka kejadian buruk tu betul-betul menimpa. Sudahnya Faizal betul-betul menyelamatkan Dizyan. Hubungan keduanya terputus setakat itu.

Dizyan melanjutkan pelajarannya ke Australia. Di sana dia bertemu dengan Aneeq. Namun Aneeq kini jauh berbeza dengan Aneeq yang suka membulinya dulu. Tak siapa tahu sebenarnya yang Aneeq ni sukakan Dizyan. Semua perbuatannya dahulu tu kerana inginkan perhatian daripada Dizyan. Aneeq kini mula memasang strategi, cuba mencuri hati Dizyan. Malangnya satu tragedi berlaku. Aneeq yang dianiaya dan Dizyan turut dapat tempiasnya.

Dizyan kembali ke tanah air. Dia akhirnya diterima bekerja sebumbung dengan Faizal dan Aneeq. Faizal yang rupanya masih berdendam memasang perangkap. Dizyan memang bekerja di bawahnya tetapi bukan di pejabat tetapi bekerja sebagai orang gaji Faizal. Yang pelik tu si Dizyan ni mudah pula nak mengikut. Kalau aku la, dah lama cabut.

Dizyan akhirnya macam kembali di zaman dulu. Kena buli dan dipermain-mainkan oleh Faizal. Suatu hari mereka tertangkap basah ketika hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Perbincangan membawa kepada satu kata sepakat iaitu menikahkan mereka demi menyelamatkan maruah keluarga.

Pada mulanya memang sukar untuk Faizal menerima kenyataan. Tetapi tanpa Faizal sedari dia sebenarnya amat mengambil berat akan hal Dizyan. Sudah pandai cemburu dan bimbang. Sudahnya dia sendiri yang keliru. Sayangnya Faizal menerima beberapa keping gambar Dizyan dan Aneeq dalam keadaan yang memalukan. Faizal bengang. Dia end up dengan meniduri Dizyan lalu menceraikannya.

Aneeq yang tahu Dizyan kembali solo cuba merapati. Tetapi Dizyan masih terkenangkan Faizal, maka dia menolak. Kerana kasih dan kasihan, Aneeq menceritakan hal yang sebenar. Dizyan yang kecewa membawa diri ke Australia untuk menyambung pelajarannya. Faizal pulak tak mencari Dizyan kerana menyangka dia sedang bahagia bersama Aneeq. Kepulangan Dizyan bertahun selepas itu membuka lembaran baru. Tanpa diduga dirinya diintai oleh bekas suami. Mampukah Faizal mencuri hati Dizyan kembali?

Ps: Tajuknya meningatkan aku pada lagu soundtrack drama Cinta Kirana hahaha :D

Happy reading (^-<)

Khamis, 11 November 2010

Cinta Pertama


JUDUL: CINTA PERTAMA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel banyak mengimbau kenangan sebenarnya [bukan cerita cinta pertamaku ok!]. Ingat lagi aku baca CP ketika berumur 17 tahun. Eh, dah hampir tujuh tahun berlalu dan tak sangka jodoh dengan novel ini masih ada :D Walaupun aku beli hanya buku secondhand tak mengapa, apa yang penting kenangan itu yang tak mungkin bisa dibeli di mana-mana. Dan bila aku dapat je novel ni, sanggup aku tinggalkan novel lain hahaha

Nurul Iman [Iman] anak gadis yang cantik dan manis manakala Carl Zafran [Carl] pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda. Tetapi tak sangka jodoh antara berduanya masih panjang. Mereka bertemu lagi di Chazz Sdn Bhd, di mana Iman ditawarkan sebagai pegawai pemasaran di bawah seliaan Carl; pengurus syarikat tersebut.

Carl lelaki yang sukar dijangka. Ada masanya lembut dan mesra tetapi ada masanya dingin dan beku. Dia memandang rendah akan kebolehan perempuan. Dalam masa yang sama dia menganggap semua perempuan itu sama jahatnya seperti ibunya. Dan sebab itu dia melayan Iman agak kasar.

Projek pertama Iman menemukan dia dengan Pak Tabib atau Ayah Mad [Dr Rahmat], teman rapat keluarga Carl. Iman jadi senang dengan Pak Tabib. Hubungan mereka berdua semakin rapat. Pak Tabib kemudiannya memperkenalkan Iman dengan Pakcik Razali yang juga mahukan pemasangan CCTV di rumahnya. Saat itu Iman bertemu dengan Carl. Memang tak sangka yang Pakcik Razali itu adalah ayah Carl. Pertemuan yang tak disangka itu menimbulkan perbalahan kecil antara mereka berdua.

Iman yang pergi outstation disangkakan merajuk. Carl susah hati. Dan di saat ini baru dia menyedari sudah ada cinta yang bertunas di hati. Sekuat hati Carl untuk mengetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Iman. Dari hari ke hari Carl makin berubah lakunya. Dia menjadi lebih mesra. Semuanya kerana Iman.

Namun cintanya tidak kesampaian bila Iman ditunangkan dengan Muaz; kenalan rapat Dr Afifah; ibu Iman. Memang Iman tak mahu tetapi bila melihat Carl yang terlalu biasa, dia jadi segan. Disangkanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Tetapi siapa tahu luka di hati Carl? Carl terpaksa membawa diri apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya benar benar terseksa.. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?

Iman cuba menyembunyikan rasanya. Dia kini menyandarkan semua harapan pada Muaz. Belajar untuk menyayangi dan menyintai bakal suami. Namun dugaan tiba lagi. Iman bertemu dengan Muaz yang keluar daripada bilik adik tirinya; Miza. Hatinya hancur. Dan ia lebih hancur apabila mengetahui yang Encik Ahmad bukanlah ayah kandungnya. Iman bertindak melarikan diri. Dan di rumah Pak Tabib dia mengadu.

Pak Tabib kasihan melihat Iman yang tak henti-henti menangis. Sudahnya dia menghubungi Carl. Aku suka scene Carl memujuk Iman. Bukan setakat pujuk je siap buat sesi luahan perasaan lagi hik3 lalala5 :P Apa yang pasti kesudahan cerita ini memang best. Terlalu banyak kebetulan yang menjadikan cerita ini lebih manis. Untuk makluman novel ini sudah pun diangkat menjadi drama yang bertajuk 'Tak Tercapai Akalmu' dan pernah disiarkan di TV1.

Ps: Beli online di Syida. Thanks.

Happy reading (^-<)

Rabu, 10 November 2010

Pulang


JUDUL: PULANG
PENULIS: ABDUL RAHIM AWANG
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Bila membaca novel ini aku tak dapat mengelak daripada terkenang kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu. Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebut.

Norazlin gadis yang cantik. Namun sayangnya dia sudah salah dalam percaturan hidupnya. Menggunakan kecantikannya sebagai aset untuk menjerat lelaki-lelaki kaya. Bukan kasih sayang yang diingininya tetapi dia cuma mahukan wang ringgit. Walaupun berpendidikan tinggi dan berkerjaya tetapi hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Dia mahukan kekayaan yang tiada taranya.

Liku-liku hidupnya memang penuh ranjau. Mungkin itu dugaannya kerana dirinya yang memilih hidup yang sebegitu. Pertemuannya dengan Farouk membuatkan hati yang beku kembali mencair. Dia rasa kesunyian. Apa gunanya harta berguni kalau hidupnya tiada erti? Dia sudah pandai merindu. Sudah pandai merayu. Mahukan Farouk tetapi malangnya lelaki itu sudah pun berkeluarga.

Norazlin ingin kembali pada fitrahnya. Tetapi rupa-rupanya amat payah untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ada banyak duri yang menghalang langkahnya. Sehebat mana tipu daya Norazlin dalam memancing semua Datuk dan Tan Sri yang terkulai di pelukannya, sehebat itulah juga liku-liku yang harus ditempuhinya. Demi perjalanan untuk mencari kebenaran, nyawanya yang dipertaruhkan.

Novel ini menggunakan empat fragmen yang berbeza. Ada Norazlin, ?, Farouk dan Suhaila. Tanda '?' itu kerana aku sendiri tak pasti siapa gerangannya. Sepertimana kesudahan cerita ini. Ianya dibiarkan menjadi teka-teki. Siapa sebenarnya dalang pembunuhan Norazlin? Mungkin ramai bekas kekasihnya mahu dia itu mati, tetapi siapa?

Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend ARA sejak dari dulu lagi. Secara keseluruhannya, karya ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, kiranya tak rugi untuk dijadikan koleksi.

Happy reading (^-<)

Isnin, 8 November 2010

Kudamba Bahagia


JUDUL: KUDAMBA BAHAGIA
PENULIS: DHIYA ZAFIRA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini novel pertama DZ. Walaupun aku kira ia novel yang baru diterbitkan, boleh tahan juga nak mencarinya. Dekat kedai buku yang selalu aku pergi tu hanya tinggal senaskah je. Ha, cepat-cepat aku capai. Takut nanti langsung tak dapat hik3 lalala5 :))

KDB mengisahkan tentang cinta pandang pertama yang berputik di antara Adnan Taufik [Taufik] dan Alia. Namun begitu percintaan mereka mendapat halangan dan tentangan daripada bapa Alia kerana perbezaan darjat dan ketidakyakinan Dato Ariffin terhadap keupayaan Taufik untuk membahagiakan anaknya.

Walaupun mendapat tentangan daripada bapa Alia, Taufik berjaya juga merealisasikan impiannya untuk mengahwini Alia. Itu pun setelah Taufik bersetuju dengan menerima syarat yang dikemukakan oleh Dato Ariffin demi membuktikan bahawa beliau mampu membahagiakan Alia dengan caranya sendiri.

Walau bagaimanapun, perkahwinan di antara Taufik dan Alia mengalami pergolakan ekoran daripada campur tangan Dato Ariffin dalam rumah tangga mereka. Selain daripada itu, sikap Taufik yang menyembunyikan perkara sebenar tentang syarat yang dikenakan oleh Dato Ariffin dan siapa dirinya turut menyumbang kepada keretakan rumahtangga mereka. Alia tersepit di antara kasih sayang serta tanggungjawab seorang anak untuk menjaga bapanya yang sakit dengan kebencian seorang suami terhadap bapanya.

Demi memulihkan keadaan, Alia telah bersetuju untuk mengikut Taufik ke luar negara setelah mendapat keizinan daripada bapanya yang mulai insaf akan kesalahannya. Namun, Alia gagal muncul di lapangan terbang pada hari yang dijanjikan dan itu menyebabkan Taufik penuh dengan syak wasangka. Egonya yang tinggi menyebabkan dia bertindak pergi meninggalkan Alia bersama-sama permata hati mereka Sarah, yang berusia lima bulan pada ketika itu.

Pertemuan semula selepas tujuh tahun telah menyingkap kisah sebenar. Demi perasaan cinta yang masih bersisa dan demi seorang anak yang merindukan belaian kasih sayang seorang ibu, Taufik cuba menebus kembali kesilapannya. Kelukaan dan kesedihan yang dialami oleh Alia dalam tempoh tujuh tahun itu menyebabkan ianya begitu sukar untuk dirawat walaupun berbagai-bagai cara telah digunakan oleh Taufik untuk menyembuhkan luka di hati. Apa kesudahan kisah mereka? Ha, sila dapatkan novel ini ya!

Buah tangan pertama ini memang tidak menghampakan dan ia merupakan pembelian yang berbaloi. Walaupun tema dan persoalan yang disampaikan agak sterotaip dengan novel-novel Alaf sebelum ini, namun Kak Dhiya berjaya mengolah plot cerita supaya ianya mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak membosankan.

Ps: Walaupun Taufik lelaki yang romantik tetapi Rif masih lagi pujaan hati hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 3 November 2010

Tanpamu Aku Rindu


JUDUL: TANPAMU AKU RINDU
PENULIS: ALEYA ANEESA
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Apa yang paling aku suka tentang novel penulis ini adalah hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang selalunya menjadi nadi utama hampir kesemua ceritanya. Walaupun temanya masih dikekalkan tetapi AA punya kebolehan untuk mempelbagaikan kisahnya, menambahkan rencah sekaligus menghasilkan cerita yang pastinya memorable.

Tak seperti sebelumnya, kali ini kita dihidangkan dengan heroin yang agak jahat. Zuyyin; gadis yang suka memberontak, pemarah, tak pernah peduli tentang orang lain serta paling teruk dia bukannya tahu menghormati ayah dan ibunya. Kalau keluarga sendiri pun dia buat tak endah apatah lagi orang luar.

Namun ada sebab mengapa Zuyyin jadi begitu. Sebetulnya Zuyyin anak yang baik, gadis yang manja. Malah dia amat rapat dengan Zainah; pengasuhnya semenjak kecil. Hubungan Zuyyin dengan Yazzer pun sama. Mereka membesar bersama cuma semenjak Zuyyin mula berubah maka hubungan mesra mereka seakan terputus juga.

Aku suka watak Yazzer. Dia seorang yang selamba. Keras kepala juga sama macam Zuyyin hahaha Yazzer juga selalu berlawan kata dengan Zuyyin. Kata-kata Zuyyin selalunya dibalas dengan pedas. Sama naik je berdua ni! Tapi Yazzer anak yang baik. Suka dengan hubungannya dengan Zainah dan kedua-dua ibu bapa Zuyyin. Ia diceritakan dengan baik sekali.

Kejadian yang meragut nyawa ibu dan ayah Zuyyin menyebabkan dunianya berpusing 360 darjah. Dalam sekelip mata dia bukan saja kehilangan orang tuanya malah kesemua harta kekayaannya. Kemiskinan menyebabkan rakan rapatnya menjauhikan diri termasuklah kekasihnya; Zakir yang mencari cinta lain yang lebih kaya dan berharta. Selama ini dia hanya menumpang kekayaan dan kesenangan Zuyyin.

Dalam kesedihan hanya tinggal Zainah yang sudi membantu. Dia membawa Zuyyin tinggal bersamanya. Akhirnya ego Zuyyin roboh juga. Melihatkan kemurniaan hati Zainah yang menjaganya dengan penuh kasih sayang. Yazzer pada mulanya membantah tetapi melihatkan perubahan Zuyyin akhirnya dia jadi senang. Perubahan itu menyebabkan Yazzer mula terkenangkan kenangan mereka ketika kecil dan itu menyebabkan Yazzer jatuh cinta sekali lagi dengan Zuyyin.

Panahan cinta Zuyyin menyebabkan Yazzer mula bertindak. Dia mahu Zuyyin menjadi isterinya. Walaupun Zuyyin menolak tetapi akhirnya dia akur. Padanya tiada lelaki lain yang sesabar Yazzer dalam melayan karenahnya. Tetapi saat Zuyyin mula membuka hatinya, satu rahsia yang selama ini disembunyikan Yazzer sudah dapat dihidu. Sekali lagi Zuyyin salah sangka. Dia ingatkan Yazzer tak ikhlas, hanya memandang pada hartanya. Hm, apa kesudahan mereka ya? Dan pastinya nak tahu juga apa punca menyebabkan Zuyyin berkelakuan tak wajar pada kedua ibu bapanya. Jadi sila dapatkan novel ini :D

Happy reading (^-<)