Aktviti Membaca!

Rabu, 10 November 2010

Pulang


JUDUL: PULANG
PENULIS: ABDUL RAHIM AWANG
TERBITAN: CREATIVE ENTERPRISE SDN BHD



~ Rasaku… ~

Bila membaca novel ini aku tak dapat mengelak daripada terkenang kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu. Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebut.

Norazlin gadis yang cantik. Namun sayangnya dia sudah salah dalam percaturan hidupnya. Menggunakan kecantikannya sebagai aset untuk menjerat lelaki-lelaki kaya. Bukan kasih sayang yang diingininya tetapi dia cuma mahukan wang ringgit. Walaupun berpendidikan tinggi dan berkerjaya tetapi hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya. Dia mahukan kekayaan yang tiada taranya.

Liku-liku hidupnya memang penuh ranjau. Mungkin itu dugaannya kerana dirinya yang memilih hidup yang sebegitu. Pertemuannya dengan Farouk membuatkan hati yang beku kembali mencair. Dia rasa kesunyian. Apa gunanya harta berguni kalau hidupnya tiada erti? Dia sudah pandai merindu. Sudah pandai merayu. Mahukan Farouk tetapi malangnya lelaki itu sudah pun berkeluarga.

Norazlin ingin kembali pada fitrahnya. Tetapi rupa-rupanya amat payah untuk dia kembali ke pangkal jalan. Ada banyak duri yang menghalang langkahnya. Sehebat mana tipu daya Norazlin dalam memancing semua Datuk dan Tan Sri yang terkulai di pelukannya, sehebat itulah juga liku-liku yang harus ditempuhinya. Demi perjalanan untuk mencari kebenaran, nyawanya yang dipertaruhkan.

Novel ini menggunakan empat fragmen yang berbeza. Ada Norazlin, ?, Farouk dan Suhaila. Tanda '?' itu kerana aku sendiri tak pasti siapa gerangannya. Sepertimana kesudahan cerita ini. Ianya dibiarkan menjadi teka-teki. Siapa sebenarnya dalang pembunuhan Norazlin? Mungkin ramai bekas kekasihnya mahu dia itu mati, tetapi siapa?

Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend ARA sejak dari dulu lagi. Secara keseluruhannya, karya ini memang tidak mengecewakan dan pada aku, kiranya tak rugi untuk dijadikan koleksi.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Klise tak jalan ceritanya? Saya sudah lama tak baca cerita begini selepas kecewa dengan novel Ramlee Awang Murshid. Berminat juga hendak mencari novel ini.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Jalan cerita memang agak biasa.
    Yalah, orang yang dah tersesat jauh dan mahu ke pangkal jalan. Pastinya intipati ceritanya lebih kurang sama saja.
    Yang lainnya kerana ia diceritakan melalui 4 fragmen yang berbeza, jadi rentaknya sedikit berbeza.

    BalasPadam
  3. PULANG..TERBAIKKK!!! PLEASEEEE!!! ADAPTASIKN KE DRAMA!!!!

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Hihi..semangatnya dia! :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))