Aktviti Membaca!

Rabu, 22 September 2010

Gelak Tergolek


JUDUL: GELAK TERGOLEK
PENULIS: WANN AZLAN
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Kali pertama seingat aku membaca cerita berentak komedi ringan ini. Sekali-sekala membaca cerita yang ringan dan tiada langsung konflik yang akan membuat anda nak baling buku menyeronokkan juga. Tak dapat dinafikan senyuman sentiasa saja di bibir bila membaca bait-bait tulisan penulis baru ini. Cuma rasanya elok berhati-hati dengan lawak-lawak splastik kerana ia akan membuatkan pembaca bosan membacanya berulang-kali.

Kisah ini memaparkan kisah cinta mamat sengal bernama Rahman yang jatuh cinta dengan Maimun. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dilalui Rahman ketika bercinta dengan Maimun. Sebelum dia berjaya berkahwin dengan Maimun, Rahman juga terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah bakal mentuanya; Pak Brahim. Azimat terbaik ketika nak bertemu dengan bakal mentua – sila jangan menipu! hahaha :P

Mujur saja jodoh pasangan ini kuat. Mereka disatukan juga. Majlis pertunangan heboh dengan sesi berkejaran dengan itik-itik hahaha Belum masuk part Mak Hendon yang sibuk menyarungkan cincin tanda ke jarinya sendiri dan kemudiannya gagal untuk melucutkannya. Aduhai… ada-ada saja kisah keluarga ni.

Di saat akhir akad nikah tu aku rasa yang paling mencuit hati. Memang tak pernah dibuat orang je. Mungkin rasa gabra yang teramat sangat menyebabkan Rahman gagal melafaz akad dengan betul. Berpeluh-peluh ketiak tetapi tetap gagal. Kasihan Rahman! Boleh pula tu salah sebut hahaha

Kisah lucu mereka tak tamat di situ. Selepas berumah tangga Rahman pula perlu menyesuaikan diri dengan keluarga isteri tercinta. Baca kisah ini untuk tahu bagaimana caranya Rahman untuk menangani bapa mentuanya dan adik ipar ciliknya; Imi yang begitu keletah dan pintar. Juga kisah Rahman dengan penduduk kampung isterinya. Pastinya anda akan tersenyum sendirian bila membaca kisah selanjutnya :D Kisah ini juga tak dapat lari dari menceritakan hubungan mesra dan intim pasangan yang baru berkahwin. Menggunakan laras bahasa yang berkias masih boleh diterima pakai. Cuma rasanya tak enak bila ia turut dijadikan satu bahan lawak.

Sesuatu yang menarik dari KN. Lain daripada yang lain dan pastinya cerita komedi ringan ini boleh menarik perhatian para pembaca yang inginkan sesuatu yang baru dalam dunia novel. Memang ada banyak kelonggaran, namun sebagai karya pertama tulisan penulis baru ia masih menarik untuk dibaca. Lagipun tak salah membuka peluang pada penulis baru. Dari langkah pertama, mungkin saja mereka bisa melangkah lebih jauh dengan adanya sokongan para pembaca.

Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai – Rahman

Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat –
Tuk kadi [Blurb novel]

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. ko ni, rina..btl la dh gilerr novel...perghh
    aku ni dr bulan puasa hari tu kot baca sinergi - hilal asyraf tp smpi la ni xkhatam2 lg..2pn ada lg 1 novel mnunggu. nk kata bz tu xlah, bz tgk tv kot..hehe

    BalasPadam
  2. Fira Al,
    hahaha gilerr ke? tak eh, mana ada!

    Aku dah kurang tengok TV la, asyik duk mengulit novel tu yang berlambak novel ni :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))