Aktviti Membaca!

Isnin, 6 September 2010

Curahan Cinta Niagara


JUDUL: CURAHAN CINTA NIAGARA
PENULIS: MAYA IRIS
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD


~ Rasaku… ~

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?"
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah al-Baqarah, ayat 216

Membawa kita mengenali Mira Zahila[Mira]; gadis manis yang ceria orangnya. Mudah berkawan tetapi sukar dijebak ke alam percintaan. Ketika menuntut, dia bertemu Faris. Jejaka playboy itu mula sukakan Mira bila melihatkan si Mira yang umpama jinak-jinak merpati. Lama-kelamaan hatinya jatuh cinta pada Mira.

Faris mengajak Mira berkahwin namun Mira menolaknya. Kecewa dengan itu dia berpindah ke universiti baru. Faris membongkar satu rahsia hidupnya, dan setelah Mira mengetahuinya dia bertindak menjauhkan diri. Faris yang kecewa mula kembali pada rutin lamanya. Mujur ada Amir dan Dina yang banyak membantunya.

Tetapi kecelakaan yang mengakibatkan Faris lumpuh separuh badan menyebabkan Mira rasa bertanggungjawab. Dia bersetuju berkahwin dengan Faris. Mereka berdua selamat diijabkabul dan pulang ke tanah air. Di rumah keluarga Faris, Mira diuji dengan ibu mertua yang tidak menyenangi kehadirannya. Mira pasrah. Rumah tangga yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Faris mudah naik angin, panas baran dan payah benar dilentur. Namun berkat doa dan ketabahan Mira sebagai isteri, Faris mula berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, Faris sempat bertaubat.

Di saat-saat menemui ajal, Faris mewasiatkan agar Mira dikahwinkan dengan Farhan; abangnya sendiri. Farhan menerimanya dengan penuh lapang dada kerana telah lama dia menyimpan perasaan kepada Mira meskipun ketika itu Mira telah menjadi adik iparnya. Tetapi ungkapan 'terlanjur' yang ditulis Faris telah menyebabkan Farhan mencurigai ketulusan Mira. Disebabkan tidak mahu membuka aib suaminya yang telah meninggal dunia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan mempertahankan dirinya dari tuduhan berzina oleh Farhan.

Mira dan Farhan dikahwinkan mengikut apa yang telah diwasiatkan. Masing-masing berusaha mencari nur dalam rumah tangga mereka. Suka dengan cara Mira mendekati suaminya. Dia berusaha memujuk dan mengajak Farhan berbual-bual dengannya. Permintaannya untuk membelikan barang tiap 3 hari sekali membuka jalan agar mereka berdua saling bertegur sapa. Bila diingatkan balik, kisah Mira yang terjun tingkap dan lari dari hari pertunangannya dengan Farhan memang sangat lucu. Comel je!

Menggunakan ‘Aku dekat, Kau dekat!’ – itu mantera cinta terhebat hasil dari hati suci Mira sebagai isteri.

Apakah kesudahan cerita ini? Mampukah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara? Siapa pula Azrin yang muncul di akhir cerita yang menyebabkan rumah tangga Mira dan Farhan di landa badai? Sila dapatkan novel ini :D

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))