Aktviti Membaca!

Isnin, 26 April 2010

Cinta Kau dan Aku


JUDUL: CINTA KAU DAN AKU
PENULIS: SITI ROSMIZAH
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Tertarik dengan novel ini kerana cover. Salah satu sikap yang tak seharusnya aku buat dalam memilih novel tetapi itulah kelemahanku yang paling ketara hik3 lalala5 ;P Bersyukur juga kerana jalan cerita CKDA berjaya mengikat aku untuk terus membacanya.

Ia berkisar tentang Nur Farisya Iman [Risya]. Gadis ini punya impian yang agak pelik. Boleh pula dia bercita-cita menjadi pemandu kereta-kereta besar dan mewah. Hasratnya tercapai apabila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi kepada seorang CEO muda; Farish Hakim [Farish]. Farish rupanya jatuh cinta pandang pertama di kala pertemuannya dengan Risya. Hubungan mereka makin akrab dek kerana keselambaan Risya itu. Apatah lagi Risya memang tiada masalah dengan sikap baik dan bertanggungjawab si Farish. Di saat ibu Risya ditimpa keuzuran, Farish segera membantu. Namun syaratnya si ibu mahu Risya menerima Farish sebagai suami.

Risya yang sememangnya tiada rasa dengan Farish membuat pelan lain. Rancangannya bersama Zamilah dan Zack Kapcai rupanya dapat dihidu. Dan ketika majlis ijab kabul, mahu pengsan Risya bila melihat suaminya adalah Farish bukan si Zack Kapcai seperti yang rencananya itu. Risya redha. Menerima takdir yang meletakkan Farish kini sebagai suaminya. Namun sikap cemburu yang amat keterlaluan, ego dan panas baran Farish memburukkan keharmonian rumah tangganya. Ditambah pula dengan kehadiran adik ipar; Farah dan bekas tunangan Farish; Suraya bagaikan menambah minyak dalam api yang sedang marak.Tanpa sedar, Farish akhirnya termakan juga dengan fitnah yang diatur kedua-dua wanita itu dan akhirnya menyebabkan ikatan perkahwinan yang baru mencecah 5 bulan terlerai juga. Lebih malang apabila orang baru yang sepatutnya dirai tidak sempat melihat dunia. Risya keguguran tanpa Farish tahu yang isterinya itu sedang mengandung. Gagal dalam perkahwinan membawa Risya ke dunia baru. Tidak mahu hanya menangisi luka, Risya bangkit membina hidupnya sendiri.

Pertemuan Risya dan Farish secara kebetulan membuka sejarah lama. Ada rahsia yang tersembunyi dan kini mula disingkap. Bila Farish tahu akan kebenarannya, Risya pula membawa diri. Luka lama rupanya masih lagi berdarah dan Risya tak mampu untuk melupakannya.

Cerita ini agak biasa tetapi tetap menarik hati. Cuma aku kurang bersetuju dengan plot di mana Risya boleh terselit berada di dalam meeting bersama CEO. Agak janggal melihat pekerja yang hanyalah seorang pemandu boleh muncul di situ. Ia bukanlah satu realiti dalam dunia pekerjaan.

Ps: Gambar asal tak dapat diambil kerana novel ni dah terbang nun jauh di sana ;) Ilusi gambar diambil di Buku Prima.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))