Aktviti Membaca!

Rabu, 17 Februari 2010

Ombak Bukan Biru


JUDUL: OMBAK BUKAN BIRU
PENULIS: FATIMAH BUSU
TERBITAN: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD



~ Rasaku… ~

OBB merupakan karya yang dah lama nak kubaca. Akhirnya dapat juga beli walaupun hanya buku second-hand, rasanya berbaloi juga sesi pencarian novel ni ;D Satu kepuasan bila selesai membaca novel ini. Novel lama atau baru, tidak bawa banyak kesan bila membaca sebuah karya yang aku kira masih relevan di waktu masa kini.

Mengisahkan tentang Imrah; heroin cerita ni berasal dari Kelantan. Nun jauh di bumi Cik Siti Wan Kembang, aku tak dapat lari daripada membayangkan Imrah itu bertudung litup sejajar dengan konsep Islam di negeri itu. Namun semuanya itu tidak tepat. Imrah gadis yang berdiri di garisan tradisi lama dan kehidupan moden di bandar.

Ketika dia berkasihan dengan Yamin, muncul krisis. Terserempak dengan Rubiah dan Yamin di bandar menimbulkan salah faham. Tanggapan yang diberi menyatakan yang Yamin itu sudah pun curang dan Rubiah si Israel yang merampas! Akur dengan itu, Imrah bangun dan terus berdiri. Hidup perlu diteruskan walaupun tanpa cinta di hati. Nama Yamin diusir jauh-jauh.

Imrah berkenalan dengan Celine, gadis Eropah yang mengunjungi Kota Bharu kerana amat berminat dengan kesenian Melayu. Imrah jadi senang dengan kehadiran Celine kerana salah satu sebabnya, dia dengan mudah dapat memadam kenangan indah bersama Yamin. Hubungan mereka semakin rapat sehinggalah Celine mengundang Imrah ke Pulau Pinang. Dengan rasa yang cukup berbunga-bunga, Imrah bersetuju menghabiskan cuti penggalnya di sana.

Di saat itu tanpa sedar hidupnya mula berubah. Hatinya turut terkesan dengan kehadiran jejaka mat salih bernama Lawrence. Dalam malu dan takut, dia sudah terpaut pada Lawrence. Bukan bertepuk sebelah tangan, mereka rupanya saling memendam rasa. Cinta itu perlu dimerterai dan itu yang Imrah mahukan walaupun bukan dengan restu ayahnya!

Kesukaran Pak Haji Awang Mahmud menerima kehadiran orang putih yang pernah menjajah tanah airnya buat Imrah perlu memilih antara satu. Keluarga atau cinta? Dia tegar memilih cintanya maka tinggallah ayah dan ibu. Sudah takdir, hidup dengan cintanya bukanlah mudah. Pertembungan dua dunia yang cukup berbeza diharungi walaupun ia bagai duri. Bagaimana akhirnya kehidupan Imrah bersuamikan Lawrence tanpa restu ayahnya? Bahagia atau cintanya juga ikut musnah dengan kematian ayahnya?

Ps: Beli di Toko Buku Kicap Thanks ya Sis Dyea ;D

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Tuan rumah, nak jual novel ini pada Pei Pan :D ?

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Sayang sekali ini bukan untuk dijual. Kalau nak pinjam boleh ;D

    BalasPadam
  3. Saya pun dah lama cari buku ini cuma baru je terjumpa ada seller yg nak jual.ini sedang berusaha mencari The Missing Piece-1 karya Fatimah Busu.harap2 dapatlah jumpa sbb saya baru saja beli The Missing piece-2.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Beli di mana The Missing tu? Susah sangat nak cari sekarang ni.

    BalasPadam
  5. zalikha ramli,
    Maaf dik. Akak tak jual buku ni ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))