Aktviti Membaca!

Jumaat, 19 Februari 2010

Hati Seorang Wanita


JUDUL: HATI SEORANG WANITA
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Sebuah lagi karya lama NB ditayang di sini ;D HSW bercerita tentang Nurain. Gadis ini lahir sebelum perkahwinan ayah dan ibunya. Dilahirkan sebegitu buat Nurain menjauhi ayah dan ibunya. Apatah lagi sikap kedua-dua ibu bapanya yang tidak begitu mengendahkan kehadiran Nurain dalam adik-beradiknya yang lain. Walaupun dia pasrah tetapi masih ada tersimpan dendam di hati pada keluarganya itu.

Nurain bekerja keras untuk mencapai kejayaan tanpa mengharapkan keluarganya yang juga mempunyai perniagaan sendiri. Dia bekerja dengan Datuk Badrul dan menjadi antara orang kepercayaan majikannya itu. Malah sebenarnya Datuk Badrul dah lama berkenan dengan Nurain. Aha, bukan untuk dirinya yang duda tu tetapi untuk anak tunggalnya; Zarul.

Aku memang tak berapa suka dengan Zarul tu. Dia ni memang terkenal dengan sikap kegatalannya! Mata keranjang tau. Walaupun segak tetapi kalau dah perangai macam tu sesiapa pun tak nak. Niat Datuk Badrul ditolak oleh Nurain tetapi apabila ibu dan ayahnya sendiri masuk campur, dalam keterpaksaan Nurain menerima Zarul sebagai suami.

Hubungan suami isteri ini memang bahagia dan romantis. Zarul menunjukkan ciri-ciri suami yang penyayang. Namun, dalam pada itu perangai Zarul yang miang keladi tu sukar diubah. Malah sikapnya yang tanpa segan silu meneguk arak dan bergaul mesra dengan pekerja-pekerjanya di majlis ulang tahun syarikat buat Nurain makin memendam rasa. Akhirnya hal kecurangan Zarul terbongkar dan mereka saling bertengkar hebat. Zarul pula memang tak reti nak kawal mulut, jadi dah terlajak kata melafaz talak. Nurain pula bukan tak sayang suami tetapi kalau talak dah diberi tak akan dia nak tunggu kan?

Maka tinggallah Zarul yang masih tak dapat melupakan Nurain. Berbagai-bagai cara yang diusahakan untuk menawan hati bekas isterinya, kan dah tak pasal-pasal jadi gila talak! Namun, ada suatu tragedi berlaku. Nurain dilaporkan menjadi nahas kapal terbang. Dalam kepayahan Zarul pasrah, rasa menyesal yang menggunung membawa dia kembali ke jalan Tuhan. Bolehkah keinsafan Zarul membawa kembali Nurain ke sisinya?

Ps: Sudah ada 2 buku yang sama tajuknya tapi berbeza penulisnya ;D

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Novel ni Pei Pan suka! Adegan yang Nurain 'mati' tu betul-betul buat Zarif rasa bersalah! Kelakar je Zarif masa tu.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Memang padan muka si Zarif haha
    Tapi masa tu rasa cam tak percaya je! Tak kan heroin leh mati kan? hehe

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))