Aktviti Membaca!

Khamis, 14 Januari 2010

Sara Kirana


JUDUL: SARA KIRANA
PENULIS: RAMLAH RASHID
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

SK bercerita tentang kisah seorang isteri; Maisarah [Sara]. Sara berkahwin dengan Zulfakar kerana aturan keluarga angkatnya. Kalau ikutkan cerita, Sara ni sebenarnya telah dijual oleh ibu tirinya kepada keluarga Puan Zulaikha dan Haji Salam. Dek kerana wajah Sara yang seiras dengan anak perempuan keluarga ni yang baru meninggal dunia, maka Puan Zulaikha makin jatuh kasih. Niat tak mahu kehilangan 'anaknya' kali kedua, dia bertekad untuk mengahwinkan anak sulungnya; Zulfakar dengan Sara.

Menjalani kehidupan rumah tangga, Sara menjadi sebaik-baik isteri. Taat dan patuh pada suaminya namun itu tidak memadai buat Zulfakar. Dia mahukan isteri yang cukup sempurna serba-serbi. Aku kira mungkin perasaan hormat dan terlalu mengagungkan suami buat Zulfakar hanya memandang Sara tak ubah seperti teman serumah atau lebih tepat sebagai orang gaji. Malah Sara dianggap isteri yang terlalu membosankan. Kasihannya Sara!

Zulfakar bertemu semula dengan Elly, bekas kekasihnya yang juga sudah berkahwin dengan seorang artis-penulis hehe Kasih lama bertaut kembali dan tanpa sebab yang kukuh Sara diceraikan. Pada Zulfakar, Elly itu lebih mengujakan daripada menghadap muka Sara. Walaupun ada perasaan simpati dan kasihan pada Sara tetapi dia tetap sanggup meninggalkan Sara.

Sara menghimpun perasaan kecewanya di dalam penanya. Meletakkan segala amarah, suka dan duka pada novelnya. Bangkit sebagai Sara Kirana, dia akhirnya membuktikan novelis tanpa ilmu juga boleh berjaya. Walaupun pada mulanya karyanya diciplak oleh penulis yang bernama besar tetapi Sara tak putus asa. Apatah lagi ada insan yang sering mendorongnya iaitu Zahrin; adik Zulfakar. Rupa-rupanya Zahrin turut menyimpan rasa pada bekas kakak iparnya itu. Zahrin mencintai Sara sebelum dia menjadi isteri abangnya lagi. Namun belum sempat kasih dijalin, Zahrin ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Benarlah jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Zahrin pulang setelah tamat belajar dan kini semakin berani menagih cinta Sara. Percintaan mereka memakan masa yang singkat sebelum mengambil keputusan mengakhirinya dengan ikatan yang halal. Janda bertemu teruna, bukan mudah untuk Zahrin memujuk ibunya. Namun kerana sayangkan anak, Sara diangkat menjadi menantu buat kali kedua.

Konflik berlaku lagi, mana tak nya Zulfakar mula mencemburui hubungan mesra antara bekas isteri [adik ipar juga la...] dan adiknya sendiri. Zahrin juga semakin rasa sensitif sebab dia tahu hubungan abangnya dan Elly bukan bahagia sangat. Alahai, kes cemburu Zahrin pun melampau sangat. Lebih tragik bila Zahrin ditimpa kemalangan dan menyebabkannya koma. Kasihan lagi pada Sara! Jadi, apa kesudahan cerita kahwin Sara? Setia menanti pada sang suami atau beralih pada bekas suami?

Dalam novel ni ada terselit tip-tip penulisan dan bagaimana mahu melangkah ke dunia penulisan. Ia boleh dijadikan rujukan buat penulis baru. Azimat yang penting barangkali hik3 lalala5 ;D

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. xsilap aku ni novel lama, kn?
    dlu ada akk aku pjm kt kazen aku tp aku xbaca pn, akk aku ckp best..xtau la, myb sbb xminat novel yang guna nama org..heheh 2je ulasanku. trimas! ekeke

    BalasPadam
  2. fira ya hilwa; Iyeppp... novel tahun 2008 kalau aku tak silap. Best ke tak kena tengok pada pembacanya, citarasa kita kan lain hik3 lalala5

    TQ sebab beri ulasan ;D

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Kak ila baru terjumpa blog tuan rumah sewaktu merayau2 di siber. Terima kasih tuan rumah reviuw tuan rumah, terus terang, kak ila sukakannya. bijak benar tuan rumah mengulas. Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  4. Rasha_rz; Waalaikumsalam... Terima kasih kak. Tak sangka akak sudi menjengah bloh yang tak seberapa ini. Rasa sangat gumbiraaaaaaa

    *sengih tahap gaban*

    BalasPadam
  5. Hai..novel ni no jual ke?
    Saya nak beli
    Whatsapp 0111131234 :)

    BalasPadam
  6. Zawza Novel,
    Maaf, saya tak jual koleksi daripada Ramlah Rashid.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))