Aktviti Membaca!

Isnin, 24 Ogos 2009

[tunas]


JUDUL: TUNAS
PENULIS: HLOVATE
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING


~ Rasaku… ~

Dah macam buat marathon-Hlovate lak hik3 lalala5 Next story about Tunas. Rasanya nama judul pun dah cukup membayangkan, cerita ini cerita anak sekolah. Anak yang sedang belajar membesar dan dewasa. Sesuai untuk golongan remaja masa kini.

Hlovate menceritakan kisah remaja dengan biasa-biasa saja. Mengajar kita yang Add-Maths itu senang, Fizik juga… banyak teori yang ada yang boleh diguna pakai. Terutamanya "Teori Tangan Kiri Flemming" tu hahaha Aku rasa lah kalau cerita ni dibukukan di zaman aku dulu, rasanya mesti ramai yang boleh skore A hik3 lalala5

Seperti biasa, Hlovate juga senantiasa mencorakkan karyanya dengan ilmu agama yang cukup mudah difahami. Tak perlu bermadah lebih-lebih, rasanya terkesan juga apa yang ingin dilontarkan oleh si penulis. Tahniah!

Kisah ni mengimbas kembali kisah Addin + Benz di zaman persekolahan, cerita yang pastinya perlu ada sebagai pelengkap aA + bB. Banyak cerita yang menarik yang buat aku tersenyum. Mana taknya, teringat pula zaman sekolah dulu. Ada banyak kenangan yang manis tuk dikenang.

Ada juga diselitkan cerita tentang Mags-7. Apa tu? Anda perlu baca sendiri tuk mengetahuinya. Yang pasti kalau anda inginkan cerita anak sekolah, tak rugi membaca. Ada banyak yang boleh buat anda tersengih, yang pasti bila mengingati kisah nakal-nakal ketika bergelar budak sekolah hik3 lalala5

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Peminat penulis HLOVATE nihhh ....

    Kawan dok beli online ...siap boleh request signature dr penulis jika ada kesempatan

    BalasPadam
  2. siapa yg minat?
    sy or bro razif? hik3 lalala5

    ssh nk jumpa penulis ni
    terlalu misteri

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))