Aktviti Membaca!

Selasa, 21 Julai 2009

Aku Di Hatimu


JUDUL: AKU DI HATIMU
PENULIS: H.M. TUAH ISKANDAR
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD

~ Rasaku… ~

Erm, aku tak tahu mahu klasifikasikan cerita ini sebagai apa? Malah aku sendiri fikir macam mana Rani terfikir untuk hadiahkan novel ini padaku. Sangat2 hairan kerana ‘adik’ku itu bukannya seorang yang pemikir. Malah rasanya cerita ini terlalu berat untuknya.

Ia tentang apa? Di dalamnya penuh dengan motivasi dan mampu membangkitkan serta menyuntik semangat dan aku kira mampu menguatkan hati yang terluka. Ia adalah sebuah cerita yang mampu memotivasikan pembaca itu sendiri. Tapi maaf, aku kira ia bukanlah genre yang aku minat. Aku kira buku ceramah motivasinya lebih-lebih baik dari novel ini. Cerita ini buat aku membandingkannya dengan Original. Yang nyata novelnya itu lebih memberi kesan dari ADH.

Ia tentang Izam dan Inspiron bukan kembar, tetapi mereka mempunyai persamaan dari segala segi. Malah, mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Namun, apa yang difikirkan oleh Izam turut difikirkan oleh Inspiron hingga gambaran mental Izam tentang seorang gadis bernama Salie turut ada dalam fikiran Inspiron.

Mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Salie tanpa mengenal batas dunia masing-masing. Yang mereka sangkakan Salie itu sebenarnya bernama Lia, teman wanita seorang pemuda bernama Oberoi. Keadaan tiba-tiba menjadi gawat apabila Oberoi ditemui mati dibunuh.

Dan penghujungnya? Pasti buat anda menarik nafas lega. Rahsia keluarga ini dibongkar. Dan kebahagiaan pasti ada pada Izam dan juga Inspiron.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))