Assalamualaikum my
precious,
Where should I start ya? Hoho…
Alhamdulillah ini
perjalanan yang indah buat ibu dan babah. Okay, kami memang menggelarkan diri
masing-masing dengan gelaran ini semenjak kami tahu baby ada. Sebenarnya, babah dah pesan pada ibu tentang ini -- kami
tak akan push ourselves for getting a
child but ibu secretly praying for
you. Shhh… keep it secret from babah okay? Hahaha… yalah, di usia ibu
kebanyakannya sudah beranak dua-tiga sedang ibu baru je berkahwin. So ibu tak mahu nanti ibu kelihatan
terlalu tua bila berjalan dengan anak sendiri. Alhamdulillah, rezeki kami…
sebab tu you’re my precious!
Kalau nak tahu ibu tak
perasan pun tentang hal mengandung ni. Yalah, mana ibu nak tau walaupun ibu dah
hampir 2 minggu lewat peod. But your
babah very particular. Dia perasan
yang ibu jadi sangat suka tidur, perjalanan tak sampai 15 minit pun ibu boleh
terlena. Ibu memang takde tanda-tanda awal hamil seperti orang lain. Apa yang
ibu tahu, babah yang loya-loya dan muntah. Babah demam hampir seminggu, daripada
ibu cuma ambil ubat sampai bawa babah ke klinik… ha, situ lah baru tahu ibu mengandung. Alhamdulillah. Tapi untuk
seminggu pertama, ibu ada rasa sengal-sengal… ada sehari ibu tak boleh bangun
sebab terlalu sakit. Ibu tak kerja hari tu hahaha.
My dearest,
Masa nak pastikan ibu
mengandung atau tidak, ibu getting so
nervous sebab masa doktor scan
dan baby ‘takde’ dalam kandungan. We got 2 scenarios here:-
1. Baby too small
2. Kandungan luar
rahim
Goshhh! Ibu dah nak menangis. Kami segera ke KPJ Ampang Puteri untuk jumpa
gynae. Alhamdulillah, lepas check-up
dengan Dr Ariza, baby ada. Cuma baby terlalu kecil, doktor kata mungkin
baru seminggu, sebab tu tak kelihatan kalau scan
biasa. Baru ibu boleh senyum dengan gembiranya. Apa lagi ibu dibekalkan dengan
‘gambar’ baby. Dan, baru ibu boleh
mengadu dengan babah yang ibu lapar hahaha.
Hmm… untuk first trimester, ibu
tak banyak masalah. Ibu memang tak muntah-muntah. Cuma pagi-pagi ada masanya
ibu akan loya sikit, dan ianya diselesaikan dengan mudah -- makan kurma atau
kismis dan makan gula-gula mentos sour
mix tu. Tapi itu semua jarang berlaku. Alhamdulillah, sebab ibu dengar
macam-macam versi tentang loya / muntah ni. Cuma ibu rasa badan ibu penuh
angin… ya ampun, hari-hari mesti keluar ‘errr…errr.’ Babah kata ibu macam
nenek-nenek je. Takpe ibu tak kisah janji ibu tak tanggung part throw-up tu. Tapi, ada masa kasihan dengan babah, sebab babah
selalu pening-pening dan ada kadang-kadang muntah… ahaksss…
Ibu bersyukur sangat-sangat,
mengandungkan kamu adalah perjalanan yang mudah. Ibu tak pernah mengidam yang
bukan-bukan. Ibu tak cerewet, paling tidak pun ibu cuma dah tak ‘berkawan baik’
dengan telur dan ikan goreng. Dan, rasanya makanan paling susah nak cari pun
cuma kuih sagu. Tu nenek kamu yang buat untuk ibu seloyang khas hahaha. Dan, ibu jadi sang pencinta buah
yang tegar. Dulu pun ibu suka makan buah, tapi la ni nak makan buah hari-hari.
Kalau di opis, makan tengah hari ibu boleh beli 2-3 jenis buah sekali hadap. Pheww… Itu belum masuk suka makan
aiskrim. Nyummyyyy… Tapi babah
selalunya akan pantau kesukaan ibu tentang aiskrim tu dan ibu pula selalu
cengkelat makan aiskrim masa di opis hahaha.
Oh, ya! Ibu ada
masalah dengan tekanan darah, yang mana BP ibu terlalu rendah. Tak elok untuk baby dan ibu sendiri. Doktor nasihatkan
ibu agar makan dengan lebih banyak. Hmm…
ini ada masalah sikit, sebab semenjak ibu mengandung ni selera ibu tak sebesar
sebelum ini. Ibu makan nasi hanya separuh daripada biasa. Okay, itu pelik tapi
itulah yang terjadi. Cuma ibu akan jadi kerap makan. Kalau dah sarapan, nanti
pukul sepuluh nak makan something. Tu
yang kerjanya mengunyah je hahaha.
My baby,
Rasanya ibu paling
selekeh masa mengandung *wink* Pergi
kerja tanpa sebarang contengan di muka even
lipstick, berbaju kurung dengan
kainnya dipakai atas perut hahaha.
Memang senteng habislah. Sebab perut ibu tak besar sangat, masuk 6 bulan pun
masih boleh pakai baju kurung ibu yang biasa-biasa tu. Sampai ada kakak opis
ibu bilang yang perut ibu ni cam perutnya yang buncit ahaksss. Tu belum masuk selipar jepun color kuning terang di kaki ibu, dah takde dah pump shoes ke, wedges ke,
even sandal pun ditolak tepi… gaya
ibu dah serupa nak gi pasar borong je, memang tak professional langsung. Kalau
di luar, ibu sarung tudung dan ikat saja di hujungnya. Kiranya sepanjang
mengandung, ucapkan selamat tinggal pada vogue-de-bass,
yang ada hanya ibu dan selipar jepun kuning hikhikhik.
Tapi, babah yang baik hati melihat betapa selekehnya ibu telah belikan ibu
sandal seringan yang boleh supaya ibu selesa. Alhamdulillah, walau masih comot
lagi tapi dah tak berapa nak selekeh dah lah hahaha.
Masuk 3rd
trimester, ibu takut tengok perut sendiri walaupun masih dalam kategori kecil hahaha. Tapi Alhamdulillah, memang saat
mengandungkan baby mudah sekali. Ibu
tak alami bengkak kaki atau sembap. Semuanya normal. Cuma bila berat ibu dah
cecah 62kg, agak keletihan juga lah. Terasa sakit tumit bila berdiri lama-lama.
Dan, selalunya babah yang akan jadi mangsa ibu. Sapukan dan urut sikit-sikit
kaki ibu dengan olive oil. Dalam
seminggu ada dalam 2-3 kali juga ibu tergedik-gedik camtu hahaha. Ibu juga takde masalah nak ke dapur, sudah sampai 9 bulan
pun kita masih boleh main masak-masak ahaksss.
Ibu tak pasti apa yang
bakal terjadi. Tapi yang ibu tahu ibu sayangkan baby sangat-sangat. Anugerah yang Tuhan pinjamkan ini sangat luar
biasa. Dan, andai perjuangan ibu terhenti di saat ini, ibu tak kan pernah
menyesal. Hidup kita sementara saja, sayang. Kalau bukan di sini, InsyaAllah
kita akan bersama di sana nanti. Ibu sayangkan kamu. Babah juga. Tolong jagakan
babah ya my precious. Tolong jagakan
diri kamu juga sayang.
I.
Love.
You.
Eternally…
** CAT ini ditulis
pada 20 Mei 2015, lebih kurang lapan hari sebelum my precious lahir. Dan, hari ini, si kenit sudah berusia 217 hari.
Alhamdulillah!