Aktviti Membaca!

Khamis, 31 Disember 2015

Oops! Suami Aku Bukan Duda


Oops! Suami Aku Bukan Duda
Uji Norizqi

ISBN: 9789670657127
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: Mei 2014
Halaman: 570
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Buku terakhir sebelum berehat panjang? Hoho... tak pasti :P

Apa pun, kalau ini buku terakhir. Makanya aku simpulkan, tahniah buat diri sendiri kerana berjaya mengawal 'takat lebur' semasa menghadam buku ini.

Dan ya, kalau aku jumpa lagi heroin seperti novel ini, aku tak rasa aku boleh hadam buku itu lagi dengan jayanya! ahaksss

Full review: 31/12/2015

Agaknya bila kita mengandung, kita punya kesabaran yang cukup tinggi. Mungkin.

Qistina Airisa -- sayangnya aku rasa watak heroin ini sungguh annoying. Dia pandai berdikari. Okay. Dia cantik. Okay. Tapi dia bengong? Blur? Hati batu? Erk... okay, aku pun tak tahu nak kata dia apa.

Cuma, mungkin kerana umurnya, ya gadis baru habis SPM, jadi aku tutup mata sikit. Tapi [Ehh! Banyak betul tapi aku hahaha], tanpa rasa bersalah dan usul periksa dia sudah meletakkan Luqman Hakimi sebagai duda. Senangnya buat conclusion! Kemudian, boleh pasang skandal dengan Feroz dan tiba-tiba kata, “Sorry, kita kawan je.” Ehhhh! *makinbulatmataku*

Apa pun, ya tahniah Qistina kerana anda bersuamikan si Luqman Hakimi yang sungguh penyabar orangnya!

Ps: Ini juga bukan review. Maaf! hahaha

Happy reading (^-<)

Ria Qistina



Ria Qistina
Bikash Nur Idris

ISBN: 9831241304
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 416
Harga: RM15

~ Rasaku… ~

Itulah kalau dah jodoh, dah bertahun-tahun jumpa balik novel ni. Antara novel terawal masa di alam persekolahan. Gila lah... hahaha
Kredit pada ahli bonet yang jadi tukang beli :D

Full review: 31/12/2015

Rasa macam kembali ke zaman remaja bila baca buku ni hahaha.

Kisah yang sangat straight forward sebenarnya, dan bila baca kembali aku pun tak tahu kenapa aku sukakan kisah ini *wink*

Mungkin di usia itu, ianya seakan-akan cool bila jatuh cinta dengan cikgu sendiri [?] hahaha. Tapi aku rasa, masa tu kita tak punya banyak nama hero-heroin yang bombastik seperti nama Ria Qistina ini.

Okay, tu je aku nak komen hahaha.

Ps: Ini memang bukan review. Maaf!

Happy reading (^-<)

Si Kolot Suamiku



Si Kolot Suamiku
Fazlyn Ridz

ISBN: 9789670657110
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 693
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

3.5*

Aku cam TERR-suka pula dengan hero tapi bila akhir-akhir tu ada juga rasa cam nak bagi flying kick pada hero tu muahahaha :P

Full review: 31/12/2015

Cerita buat penghibur hati hahaha

Aku suka nama Kudin tu. Simple. Walaupun nama sebenarnya boleh tahan panjang juga. Aku juga suka dengan watak Edrina, walaupun pada mulanya aku rasa minah ni boleh tahan kerek juga.

Tapi, bila cerita mula berkembang aku makin senang dengan Edrina. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk duduk ‘susah’ dengan suaminya yang kedekut hahaha. Aku pun tak tahu kenapa Kudin begitu. Bersederhana memang harus dipuji tapi kalau sampai takde elektrik di rumah, susah juga bro!

Dan, watak tempelan seperti Lisa memang sungguh annoying. Si Kudin pula tak reti-reti nak ambil iktibar, layan juga si Lisa dan bapanya yang dua kali lima itu. Haihh... bila isteri dah keguguran pun, masih blur. Tu yang buat aku nak kasi flying kick sekali.

Apa pun seperti biasa ada penamat yang indah buat pasangan. Bagus Edrina ni, aku kira dia yang paling banyak berkorban untuk menjayakan hubungan-paksa-rela mereka. Cinta itu boleh datang dan pergi, maka rajin-rajinkan memohon pada-Nya. Meminta agar hati sentiasa reda dengan pasangan anda. Kita tidak sempurna tapi pasangan kita yang akan melengkapkan kekurangan itu ;)

Ehem, sebelum terlupa! Makcik Kunah memang antara geng emak-emak legend lah hahaha.

Happy reading (^-<)

Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi

Diari Conteng Jimi: Misi Basikal Mimi
Fadhli Hamdan

ISBN: 9789674113407
Penerbit: PTS Publishing House Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2015
Halaman: 112
Harga: RM6.90

~ Rasaku… ~

Aku harus cakap pada tuan penulis, "Silalah sambung cepat-cepat, atau jangan tinggalkan kami dengan cerita yang tergantung penamatnya. Sakit jiwa tauuuu.." hahaha ;P

Ps: I'm back! wiwiwiwi...

Full review: 17/12/2015

Semasa baca baru aku sedar yang siri ketiga; Jimi dan Kertas Ajaib belum lagi dibaca. Mahu beli baru takut aku dah beli dan terselit dalam gobok, jadi aku teruskan baca. Nanti-nanti aku adakan misi selongkar gobok haha..

Kali ini, kisah Jimi dalam misinya menebus kesilapan sendiri. Apakah itu? Semuanya berpunca kerana kecuaiannya, kerana terlupa mengunci basikal, basikal itu lesap. Jimi apa lagi, sangat serabut. Bukan hanya kerana basikal itu lesap, yang lebih penting lagi basikal itu dia pinjam daripada Mimi.

Jadi, apa yang bakal dilakukan Jimi?
Ha, silakan cari ya! Tapi itulah, penamatnya tergantung. Jadi aku rasa makin tak sabar nak tunggu kesinambungannya haha. Strategi marketing ni, bagus betul! Belajar dari mana ni? Hahaha

Happy reading (^-<)

Isteri Tuan Ihsan


Isteri Tuan Ihsan
Sara Kyoko

ISBN: 9789675406683
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: 2015
Halaman: 441
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Kredit pada Mai :))

Full review: 17/12/2015

Memang aku tiada masalah dengan isu cinta tak mengenal usia ni. Apatah lagi semasa membaca ini aku terkenang-kenang telenovela Juana La Virgen. Choiii... lamanya kenangan dengan si Juana ni hahaha :P

Tapi ya, maaf! Aku tak boleh ‘masuk’ dengan karya ini. Bukan kerana isu cintanya tapi;
1. Hero-heroin duduk serumah. Maaf, walaupun sudah ada penyataan [yang berulang-kali] tentang Ihsan, Seroja dan para pembantu rumahnya yang ramai itu, ianya masih tidak ‘halal’ untuk pasangan ini. Aku masih berpegang pada, niat tidak menghalalkan cara. Apa lagi dengan adanya perasaan mahu menggoda, digoda dan tergoda.
2. Seroja. Mungkin kerana aku selalu disogokkan dengan kisah heroin yang kuat jati dirinya, aku akhirnya tidak boleh click dengan Seroja. Aku harus puji penulis berjaya membuatkan aku rasa menyampah dengan Seroja.
3. Kisah orang kaya dengan segala jenis jenama yang diketengahkan. Ya, kerana Tuan Ihsan itu kaya, Seroja pun apa kurangnya. Buat aku golongan marhaen ini, ia menjadikan cerita ini terlalu fairytales [pinjam ayat CP]. Mungkin imaginasi penulis cukup tinggi. Makanya aku yang biasa-biasa ini tak mampu nak hadam kesemuanya kerana kaki masih berpijak di tanah yang penuh onak-duri [belum masuk kes bayar GST hari-hari. Eh!!! hahaha]
4. Adegan mesra-alam yang terlalu banyak dikesan. Mungkin orang kita dah boleh menerimanya, tapi aku tidak. Maaf. Bila dah terlalu banyak disuap dengan benda yang manis, aku rasa muak, yang manis sudah tidak kelihatan manis lagi. Aku rasa ada lagi banyak cara untuk menunjukkan pasangan itu bercinta, berkasih sayang dan sebagainya.
5.‘Pek’, ‘Pak’, ‘Aumm’ blablabla... -- kesan bunyi ini banyak menganggu kosentrasi pembacaanku. Belum lagi dengan campur tangan penulis yang ada di setiap halaman. Aku jadi letih!

Dan keseluruhannya, mungkin saja novel ini bukan my cup of tea. Buat kamu dan kamu, para pembaca sekalian boleh baca dulu. Mana tahu kisah santainya lekat di hati, sekaligus menjadi kesukaan anda sekalian.

Cuma, aku teringat tinta di Cerita DariSyurga yang bunyinya lebih kurang begini [aku tulis apa yang aku faham] -- menulis itu besar amanahnya. Terserah pada sang pemegang pena mahukan ceritanya dikenang hingga ke hujung usia atau tersungkur sebelum tiba di pintu syurga.

Deep?
Ya, kerana menulis itu membawa tanggungjawab ke bahu anda.

Peace!

Happy reading (^-<)

CAT – My precious!


Assalamualaikum my precious,

Where should I start ya? Hoho…

Alhamdulillah ini perjalanan yang indah buat ibu dan babah. Okay, kami memang menggelarkan diri masing-masing dengan gelaran ini semenjak kami tahu baby ada. Sebenarnya, babah dah pesan pada ibu tentang ini -- kami tak akan push ourselves for getting a child but ibu secretly praying for you. Shhh… keep it secret from babah okay? Hahaha… yalah, di usia ibu kebanyakannya sudah beranak dua-tiga sedang ibu baru je berkahwin. So ibu tak mahu nanti ibu kelihatan terlalu tua bila berjalan dengan anak sendiri. Alhamdulillah, rezeki kami… sebab tu you’re my precious!

Kalau nak tahu ibu tak perasan pun tentang hal mengandung ni. Yalah, mana ibu nak tau walaupun ibu dah hampir 2 minggu lewat peod. But your babah very particular. Dia perasan yang ibu jadi sangat suka tidur, perjalanan tak sampai 15 minit pun ibu boleh terlena. Ibu memang takde tanda-tanda awal hamil seperti orang lain. Apa yang ibu tahu, babah yang loya-loya dan muntah. Babah demam hampir seminggu, daripada ibu cuma ambil ubat sampai bawa babah ke klinik… ha, situ lah baru tahu ibu mengandung. Alhamdulillah. Tapi untuk seminggu pertama, ibu ada rasa sengal-sengal… ada sehari ibu tak boleh bangun sebab terlalu sakit. Ibu tak kerja hari tu hahaha.

My dearest,
Masa nak pastikan ibu mengandung atau tidak, ibu getting so nervous sebab masa doktor scan dan baby ‘takde’ dalam kandungan. We got 2 scenarios here:-
1. Baby too small
2. Kandungan luar rahim

Goshhh! Ibu dah nak menangis. Kami segera ke KPJ Ampang Puteri untuk jumpa gynae. Alhamdulillah, lepas check-up dengan Dr Ariza, baby ada. Cuma baby terlalu kecil, doktor kata mungkin baru seminggu, sebab tu tak kelihatan kalau scan biasa. Baru ibu boleh senyum dengan gembiranya. Apa lagi ibu dibekalkan dengan ‘gambar’ baby. Dan, baru ibu boleh mengadu dengan babah yang ibu lapar hahaha.

Hmm… untuk first trimester, ibu tak banyak masalah. Ibu memang tak muntah-muntah. Cuma pagi-pagi ada masanya ibu akan loya sikit, dan ianya diselesaikan dengan mudah -- makan kurma atau kismis dan makan gula-gula mentos sour mix tu. Tapi itu semua jarang berlaku. Alhamdulillah, sebab ibu dengar macam-macam versi tentang loya / muntah ni. Cuma ibu rasa badan ibu penuh angin… ya ampun, hari-hari mesti keluar ‘errr…errr.’ Babah kata ibu macam nenek-nenek je. Takpe ibu tak kisah janji ibu tak tanggung part throw-up tu. Tapi, ada masa kasihan dengan babah, sebab babah selalu pening-pening dan ada kadang-kadang muntah… ahaksss

Ibu bersyukur sangat-sangat, mengandungkan kamu adalah perjalanan yang mudah. Ibu tak pernah mengidam yang bukan-bukan. Ibu tak cerewet, paling tidak pun ibu cuma dah tak ‘berkawan baik’ dengan telur dan ikan goreng. Dan, rasanya makanan paling susah nak cari pun cuma kuih sagu. Tu nenek kamu yang buat untuk ibu seloyang khas hahaha. Dan, ibu jadi sang pencinta buah yang tegar. Dulu pun ibu suka makan buah, tapi la ni nak makan buah hari-hari. Kalau di opis, makan tengah hari ibu boleh beli 2-3 jenis buah sekali hadap. Pheww… Itu belum masuk suka makan aiskrim. Nyummyyyy… Tapi babah selalunya akan pantau kesukaan ibu tentang aiskrim tu dan ibu pula selalu cengkelat makan aiskrim masa di opis hahaha.

Oh, ya! Ibu ada masalah dengan tekanan darah, yang mana BP ibu terlalu rendah. Tak elok untuk baby dan ibu sendiri. Doktor nasihatkan ibu agar makan dengan lebih banyak. Hmm… ini ada masalah sikit, sebab semenjak ibu mengandung ni selera ibu tak sebesar sebelum ini. Ibu makan nasi hanya separuh daripada biasa. Okay, itu pelik tapi itulah yang terjadi. Cuma ibu akan jadi kerap makan. Kalau dah sarapan, nanti pukul sepuluh nak makan something. Tu yang kerjanya mengunyah je hahaha.

My baby,
Rasanya ibu paling selekeh masa mengandung *wink* Pergi kerja tanpa sebarang contengan di muka even lipstick,  berbaju kurung dengan kainnya dipakai atas perut hahaha. Memang senteng habislah. Sebab perut ibu tak besar sangat, masuk 6 bulan pun masih boleh pakai baju kurung ibu yang biasa-biasa tu. Sampai ada kakak opis ibu bilang yang perut ibu ni cam perutnya yang buncit ahaksss. Tu belum masuk selipar jepun color kuning terang di kaki ibu, dah takde dah pump shoes ke, wedges ke, even sandal pun ditolak tepi… gaya ibu dah serupa nak gi pasar borong je, memang tak professional langsung. Kalau di luar, ibu sarung tudung dan ikat saja di hujungnya. Kiranya sepanjang mengandung, ucapkan selamat tinggal pada vogue-de-bass, yang ada hanya ibu dan selipar jepun kuning hikhikhik. Tapi, babah yang baik hati melihat betapa selekehnya ibu telah belikan ibu sandal seringan yang boleh supaya ibu selesa. Alhamdulillah, walau masih comot lagi tapi dah tak berapa nak selekeh dah lah hahaha.

Masuk 3rd trimester, ibu takut tengok perut sendiri walaupun masih dalam kategori kecil hahaha. Tapi Alhamdulillah, memang saat mengandungkan baby mudah sekali. Ibu tak alami bengkak kaki atau sembap. Semuanya normal. Cuma bila berat ibu dah cecah 62kg, agak keletihan juga lah. Terasa sakit tumit bila berdiri lama-lama. Dan, selalunya babah yang akan jadi mangsa ibu. Sapukan dan urut sikit-sikit kaki ibu dengan olive oil. Dalam seminggu ada dalam 2-3 kali juga ibu tergedik-gedik camtu hahaha. Ibu juga takde masalah nak ke dapur, sudah sampai 9 bulan pun kita masih boleh main masak-masak ahaksss.

Ibu tak pasti apa yang bakal terjadi. Tapi yang ibu tahu ibu sayangkan baby sangat-sangat. Anugerah yang Tuhan pinjamkan ini sangat luar biasa. Dan, andai perjuangan ibu terhenti di saat ini, ibu tak kan pernah menyesal. Hidup kita sementara saja, sayang. Kalau bukan di sini, InsyaAllah kita akan bersama di sana nanti. Ibu sayangkan kamu. Babah juga. Tolong jagakan babah ya my precious. Tolong jagakan diri kamu juga sayang.

I.
Love.
You.
Eternally…

** CAT ini ditulis pada 20 Mei 2015, lebih kurang lapan hari sebelum my precious lahir. Dan, hari ini, si kenit sudah berusia 217 hari. Alhamdulillah!