Aktviti Membaca!

Jumaat, 21 November 2014

3 Jantung Hati



3 Jantung Hati
Nisyah

ISBN:9789675118500
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Disember 2010
Halaman: 452
Harga: RM19

~ Rasaku… ~

Manis.
Comel.

Kisah yang cukup sederhana, disampaikan dengan cukup sederhana. Tiada watak yang memeningkan kepala. Tiada watak tambahan yang menyerabutkan plot cerita. Nisyah dan sentuhannya -- cukup mudah. Tapi mungkin ini karyanya yang pertama, aku perasan catatannya tak seindah Abang Gibran ahaksss..

Aku suka dengan naughty si Hang Nadim. Si lelaki yang menjadi gila-gila, seakan anak muda bila saja menyimpan hasrat untuk menggoda Nadira. Watak Nadim ternyata digarap dengan penuh baik oleh penulis.

Aku suka kesederhanaan Nadira. Senang dengan Nadira yang penuh dengan sifat keibuannya, ditambah dengan skill memasaknya. Tidak mudah goyah bila saja ada pengganti yang hampir setara dengan arwah suami. Perfect.

Dan, aku suka Ensha Hani itu. Si keletah yang penuh agenda dramanya. Ada saja taktik dan teknik untuk melunturkan keegoan si ibu. Penuh muslihat dan si anak yang cukup mengerti. Ensha Hani ternyata penggerak cerita yang paling comel.

Cuma ternyata segalanya tak mudah buat pasangan ini. Halangan yang paling besar datangnya daripada ibu Nadim sendiri. Apa pun, scene pertunangan-tak-jadi Nadim tu sangat mengujakan. Rasa macam nak jerit ‘boo’ kat telinga Puan Sri Suhaida tu hahaha.

Jadi, apa kesudahan sejoli ini? Jangan risau, kesudahan yang manis pastinya. Yalah, kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Phewitt...

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))