Aktviti Membaca!

Khamis, 11 September 2014

Antologi Cerpen. Lebih Indah



Antologi Cerpen. Lebih Indah
Fatrim Syah, Mesbo, Salleh Kausari, AC Jaffrie, Muhamad Fazrin, Fadzlieo, Syafie Mahyani, Faizal Tukimin, Mazz Shukeri, Eliyyah, Arepit Syafiq, Fendi Ameen, Ikmal Mahrip, Aidil Ryzal, Aqmal Hakimi, Pena Senja, Asmar Shah, Harith Hakeem, Syah Shah, Ery Airiel, Huzairul Ihsan, Aman Azrail, Alies Furqan

ISBN: 9789671279007
Penerbit: Rizque Publishing
Tarikh Terbit: Julai 2014
Halaman: 453
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Tak seperti yang aku jangkakan.
Rupanya ini koleksi kisah cinta daripada perspektif lelaki :D

Apa yang menarik? Hmm, ada yang menarik dan ada yang biasa-biasa saja. Malah, ada beberapa cerpen yang aku baca 2-3 kali untuk meyakinkan aku yang penulisnya lelaki. Goshh! Tak sangka, kisah cinta di tangan lelaki pun ada yang melankolik bagai.

Kudos Syah Shah. Ceritanya yang diletakkan sebagai appertiser memang tak mengecewakan. Ianya manis tanpa perlu perasa tambahan. Begitu juga dengan catatan terakhir dari Fatrim Syah. Walaweiiii... tak puas dengan ending.

Apa pun, naskhah ini masih tak mengecewakan walaupun pengeditan harus diberi perhatian sewajarnya untuk keluaran yang akan datang. Bukan sedikit, malah ada sesetengah cerpen yang buat mataku berpinar-pinar dengan kesalahan, nyaris nak ambil highlighter dah hahaha.

Jadi bila bicara tentang cinta, rasanya tak payah cakap banyak. Korang kena baca dan laluinya sendiri.

Dan ya, jangan letak harapan tinggi seperti aku. Takut ada yang jatuh tergolek-golek bila ianya tak kesampaian *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. *senyum* tak beli sebab tak cukup duit. :'(

    BalasPadam
  2. Soleh S,
    Owh! Nak beli masa pesta Selangor ya? Mau tak, akak kasi pinjam :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))