Aktviti Membaca!

Jumaat, 19 September 2014

Dari Zon Angker Vol I & II



Dari Zon Angker Vol I & II
Nora

ISBN: -
Penerbit: RAID Studio
Tarikh Terbit: 2014
Halaman: 341
Harga: -

~ Rasaku… ~

12/09/2014
Tamat Vol 1.
Gila lah... Ilustrasi lebih menyeramkan daripada ceritanya. Lagi dah nak habis, ceritanya lebih menusuk jiwa. Teringin nak tau kesudahan 'Suatu Malam Bersama Drakula.' Ni patutnya ada kesinambungan ke, sequel ke. Amboi! Demanding hahaha

13/09/2014
Vol. 2 habis. Yay!
Gigih aku nak habiskannya hahaha. Baik... kesinambungan yang lebih mengujakan. Lebih mendebarkan. Lebih seram? Entah, baca di waktu siang tak terasa sangat seramnya. Tapi kali ni ada banyak kisah dramatik berbanding koleksi yang pertama. Sedar atau tidak, dendam dan iri hati yang akan memakan manusia. Hati-hati kawan!

Happy reading (^-<)

Benci! Benci! Benci!



Benci! Benci! Benci!
Ayu Emelda

ISBN: 9789831247592
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit:  Jun 2012
Halaman: 464
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Qisya Ammara [Qisya] memegang janji setia dengan Akim semenjak sekolah. Datanglah lelaki sehebat mana pun, dia tetap setia pada cintanya. Meyakini yang Akim akan mengambilnya sebagai isteri, walau jauh di sudut hati tiada kesungguhan dalam kata-kata Akim.

Dalam pada yang sama Zarif Amri [Zarif] juga sudah lama menyukai Qisya. Sudah berapa kali risikannya dihantar, tapi Qisya makin keras hati menolaknya. Ada sesuatu yang membuatkan Qisya benci benar dengan Zarif. Tapi apa yang Qisya tak tahu, itu semua helah sang Akim dan tempiasnya terkena pada Zarif.

Takdir mengubah segalanya. Dalam benci, ada rasa bersyukur dengan kehadiran Zarif yang selalu ada ketika Qisya memerlukannya. Bantuan yang dihulur Zarif pada keluarganya tak mungkin terbalas. Lantas, tanpa dipaksa hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul.

Namun, ujian datang menduga. Akim kembali memancing rasa simpati. Zarif sendiri gagal meneka kasih sayang sang isteri. Sudahnya rumah tangga tak pernah tenteram, asyik dilanda badai. Qisya sendiri sudah penat mahu meyakinkan sang suami. Hati makin tercalar bila anak yang dikandungnya gugur akibat kekejaman Zarif. Qisya makin menjauh. Mampukah Zarif menawan kembali cinta Qisya yang makin hilang?

Menyesal pun bagaikan tiada guna. Itulah, kalau dari mula masing-masing berterus-terang kan lebih mudah. Ini masalah makin meruncing, komunikasi makin kurang. Sesuka hati je main teka-teka, syak wasangka dalam hati. Aduhai!

Sukarnya nak habiskan cerita ni. Banyak kali juga kena berhenti dan gali kembali mood yang hilang. Mungkin, ceritanya yang agak sinetron -- penuh liku sampai lelah dibuatnya hahaha.

Happy reading (^-<)

Bukan Kerana Sayang



Bukan Kerana Sayang
Amiza Anaz

ISBN: 9789831246863
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: April 2011
Halaman: 521
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Yang aku suka bila aku membaca tanpa ada apa-apa expectation. Lebih memudahkan untuk mengukur rasa puas hati, suka atau tidak dengan sesuatu karya.

Kudos penulis. Lama rasanya tak dibawa dengan feeling sebegini, perasaan masa novel-novel Alaf 21 tengah in dulu-dulu. Apa lagi dengan typo yang minima, menyebabkan hati lebih tenang nak menghadamnya.

Premis cerita yang mudah. Dibantu dengan teknik penceritaan yang simple. Si gadis; Qaireena Asyikin [Qaireena] yang cuba mengelak daripada menjadi isteri ganti buat abang ipar, menjual nama bosnya; Kamil Ihsan [Ihsan] sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan sang empunya diri. Difikirkan itu jalan paling selamat. Manalah tahu tembelangnya pecah.

Ihsan si bossy yang sungguh menyakitkan hati Qaireena. Bila rancangannya pecah, Ihsan makin suka menghuru-harakan hidupnya. Tak habis di pejabat, ke luar pun cuba dikawal si encik bos. Tapi, apa yang Qaireena tak tahu Ihsan sebenarnya sudah lama menyimpan rasa padanya, semenjak kali pertama melihat gadis itu ketika usianya belasan tahun lagi.

Namun, tak mudah juga jalan Qaireena bila sang abang ipar; Johan datang membuka rahsia kenapa cinta mereka dikhianati. Dalam rasa benci, ada rasa kasihan pada Johan. Apatah lagi, desakan orang tua yang seperti tiba-tiba memahami perasaan Qaireena yang dulunya terpaksa berkorban demi kebahagiaan arwah kakaknya. Sebenarnya, aku tak berapa berkenan dengan sikap orang tua Qaireena yang terlalu melebih-lebihkan anak sulung mereka. Sedangkan si anak sulung pun tak semenggah.

Jadi apa kesudahannya? Mampukah Qaireena menyambung semula kasih yang terlerai dengan Johan? Atau, apakah hatinya kini sudah terusik dengan si dingin Ihsan? Dan, tegarkah Qaireena berkorban sekali lagi hanya untuk membahagiakan insan-insan di sekelilingnya?

Silakan membacanya. Jangan risau, ending yang manis pastinya buat para peminat novel cinta.

Happy reading (^-<)

Khamis, 18 September 2014

Kekasih Untuk Dia



Kekasih Untuk Dia
Nueen

ISBN: 9789671246108
Penerbit: Teratak Kasih
Tarikh Terbit: Mei 2014
Halaman: 596
Harga: RM28

~ Rasaku… ~

Sampai ke sudah aku tertanya-tanya, si Azian ni kerja apa sebenarnya? Kerani? PA? Tukang bancuh air? hoho..

Kalau KUD diibaratkan sebagai kopi. Aku akan kata kopi ini terlebih gula. Sangat! Sampai tenggelam rasa kopi hitam yang pahit tu.

Full review: 18/09/2014

Tak tahu mahu suka atau tidak dengan naskhah ini. Aku blur *wink*

Azian Yuhanis. Watak si sengal-sengal ubi. Blur memanjang... sudah banyak kali diberi hint, masih lagi tak dapat tangkap. Ada rasa nak ketuk-ketuk kepalanya agar cepat tersedar.

Hazrul Effendi; sang CEO yang jatuh kasih pandang pertama dengan pembantunya sendiri. Tapi, apakan daya bila sang bunga yang dipuja lampi bebenar. Pelbagai cara sudah diatur, tapi Azian masih Azian. Aduhai! Namun, ada sesuatu yang menghubungkan mereka berdua. Siapa sangka, mudah pula urusan Hazrul untuk mengambil Azian sebagai isteri.

Apa konflik mereka? Ha, pandai-pandailah korang teka sendiri. Apa pun, kisah ni masih ada watak-watak yang menjengkelkan hati, yang tak makan saman atau yang minta pelempang laju-laju hahaha.

Dan, rasanya aku boleh simpulkan yang aku suka kisah di awal-awalnya. Kisah sang bos nak jual minyak dengan pekerjanya yang blur. Banyak buat aku tersengih-sengih. Tapi bila dah masuk bab isi rumah tangga, mood membaca jatuh menjunam. Part double-meaning-gurau-senda-akhirnya-ke-katil -- scene yang sama diulang-ulang hampir setiap bab. ‘Dihidang’ banyak sangat, buat aku rasa annoying. Aduh! Berpinar-pinar biji mata.

Ps: Bukan klasifikasi U... sila ambil perhatian!

Happy reading (^-<)

Cinta Sufi



Cinta Sufi
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831245415
Penerbit: Alaf 21 – Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: April 2010
Halaman: 509
Harga: RM19.90

~ Rasaku… ~

Aku bagi cadangan pada RAM -- kisah Catalina boleh dijadikan sebuah novel yang lain. Kalau bukan Catalina, aku pilih Indera. Sebab baik watak Catalina/Indera dalam buku seterusnya masih dibayangi Sunan. Jadi, pastinya fokus lebih terarah pada sang Laksamana *wink*

Ps: Aku tak suka ending. Tapi yalah, dari ending baru ada kesinambungannya.. ya tak?

Full review: 18/09/2014

Peperangan di bumi Melaka. Macam baca buku Sejarah :D

Kali ni, pengembaraan Sunan agak ‘melemahkan’. Sunan tak umpama Sunan yang gagah perkasa. Akibat daripada pertembungan dua dimensi masa yang berbeza, kepulangan Sunan kali ni menyebabkan kuasanya lumpuh.

Luna; cintanya terkurung dalam jiwa. Hidup beribu tahun, siapa sangka kematian suami menyebabkan cinta kemudiannya jatuh pada Sunan. Luna melihat perkembangan Sunan, dari dia tiada apa-apa hinggalah bergelar sang wirawan terhebat. Namun, apa daya... bangsa Polip tak akan boleh bersatu dengan manusia.

Catalina. Kerana mimpi ‘Mariam’, dia sanggup berlayar hingga ke Hulu Melaka. Azamnya mahu bertemu dengan ‘lelaki bertanduk dua’ yang seperti dikatakan oleh Mariamnya. Apatah lagi, sang suami sudah gugur di medan perang. Catalina kini kehilangan punca.

Kerana mimpi, Catalina bertemu dengan Sunan. Pertemuan yang memungkinkan segala-galanya. Saat nyawa Sunan di hujung tanduk, datanglah Luna menyelamatkannya.

Apa kesudahannya? Sang lima bersaudara saling bergandingan. Hajat Hang Tuah agar sahabatnya; Sunan dicari agar mereka sama-sama dapat mempertahankan tanah Melaka, tanah yang berdaulat.

Namun, apakah Sunan mampu? Sedangkan kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Dan, apakah Catalina berjaya menemui Mariam yang dicari? Luna, apakah cintamu bisa hilang, wahai srikandi Polip?

Teruskan membaca... penuh aksi pengembaraan, disulam dengan rasa cinta dan pengorbanan. Janji Tuhan, kebaikan akan mengatasi kebatilan.

Happy reading (^-<)