Aktviti Membaca!

Khamis, 6 Februari 2014

Epilog 3 Naga

Epilog 3 Naga
Kaz Ishak

ISBN: 9789831247976
Penerbit: Grup Buku Karangkraf – Alaf 21
Tarikh Terbit: Jun 2012
Halaman: 413
Harga: RM17

~ Rasaku… ~

Masa Ajib hulurkan buku ini, riaknya bersahaja. Takde komen yang boombastik seperti selalu. Dia cuma suruh aku baca sendiri.

Jujurnya aku ingatkan ia kisah penuh aksi tapi aku silap. Dan bila ianya tak seperti yang dijangka, maka graf pembacaan aku sedikit menurun.

Secara ringkas, kisah anak muda yang baru mahu mengenal dunia. Melihat seisi dunia dari kaca mata sendiri. Kisah mereka dalam dunia serba canggih, mengharungi hidup di kota langit yang urban. Zahirnya, bahagia. Dalam hati? Ha, tu yang ada jurnal peribadi tu. Apakah jurnal itu? Sila-sila... anda semua perlu baca sendiri ;))

Apa yang paling aku suka -- kisah persahabatan. Superb. Kagum dengan cara penulis menghuraikan isi-isi persahabatan itu. Teringat pada cerita Gergasi, ya... benar, sahabat memang tak kenal hitam atau putih.

Aku sangat teruja dengan alunan bahasanya. Memang tabik habis. Cukup cantik dan kreatif. Jarang jumpa penulis, lelaki terutamanya, punya gaya bahasa sebegini. Banyak perkataan baru yang aku sudah catat dalam buku tiga lima. Buat para pembaca yang tak biasa, ambil masa anda.

Dan ya, aku mungkin tak berapa ‘masuk’ dengan E3N, tapi yang lain masih boleh cuba. Baca dan hadam sendiri. Seperti apa yang aku tulis tadi, bahasanya sangat bagus. Seriously, 5 stars for that!

Ps: Cover cantik. Mahal tu nak buat Spot UV/CC/Embossing [tak pasti apa, sebab bukunya sudah dibalut cantik, jadi aku cuma boleh lihat saja] pada cover & dijual dengan harga yang berpatutan. Salute!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))