Aktviti Membaca!

Jumaat, 28 Februari 2014

Alamak! Lagi-lagi Dia

Alamak! Lagi-lagi Dia
Mazni Aznita

ISBN: 9789670535111
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Mac 2013
Halaman: 752
Harga: RM27.90

~ Rasaku… ~

Novel cinta romantik bukan thriller. Alaaaa... *muka tak puas hati* Sebenarnya rindu nak baca karya thriller daripada penulis ini.

Seperti yang aku bilang tadi, ini kisah romantik. Kisah cinta yang santai dan senang hadam. Buat para pembaca novel cinta Melayu pasti akan suka dengan yang ini, cuma mungkin bila sudah terbiasa dengan garapan novel penulis, aku jadi lebih demanding atau mungkin juga novel ini dibaca dalam keadaan aku yang uzur, maka ia juga mempengaruhi mood membacaku.

Apa yang aku suka:-
1. Perhubungan antara isi keluarga. Suka dengan gaya Cika dan abangnya. Begitu juga dengan Nadim-Zakri. Orang yang paling dekat dengan kita pastinya keluarga kan? Dan itu menjadikan aku senang sekali.
2. Isunya -- mangsa buli. Tak pernah alami situasi seperti ini, dan kalau ada tolonglah pantau. Kasihan mereka! Tetiba teringat filem Buli.
3. Cika -- karakter yang tak mudah mengalah. Dari si ugly duck jadi swan. Sweet! Tapi traumanya pada kejadian bulinya buat dia ‘buta’ akan rasa hatinya.
4. Watak Nadim -- cool. Tak habis belajar lepas tu patah hati sebab kekasih meninggal, jadi mana istimewanya? Mungkin kerana dia punya tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi sikap diktator ayahnya. Oh! Aku tau, aku suka dia sebab dia pandai main piano hahaha
5. Watak-watak pembantu yang menggerakkan cerita. Aku suka adanya Zakri dan Ubek. Buat cerita ni funny! Tuan Aaziz tu walaupun menjengkelkan aku, tapi auranya buat aku sabar meneliti tiap halaman untuk tahu kenapa dia begitu mengawal susun atur hidup Nadim.

Dan, yang aku tak gemar sangat:-
1. Sikap ibunya yang seorang cikgu itu -- Pn Bahyah. Adoiii... ada lagi ya ibu-ibu yang sebegini? Mungkin ya, seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anak gadisnya tapi urusan jodoh biarlah Allah yang uruskan.
2. Adegan tarik tali Cika-Nadim. Masa Nadim dah cakap, ‘ya’... jangan tangguh-tangguh lagi. Memanglah faktor usia memainkan peranan, tapi kalau si muda itu pilihan jantung hati, jangan dilepaskan! *wink*
3. Idham -- ni nak habaq mai sikit na. Hang kalau suka kat marka tu, ce buat perangai senonoh sikit. Haihh...

Keseluruhannya, masih tak dapat menandingi perasaan jatuh cinta pada Kojie-Anabella. Eh? Mereka ada tau dalam novel ni. Tapi ya, sebagai peminat MA, karyanya ini tidaklah mengecewakan. Masih berbaloi untuk dihadam, apatah lagi dengan adegan yang ada masanya tak disangka-sangka. Apakah tu? Ha, sila-sila baca sendiri :D

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. mmm...dah try baca tapi naskhah yang ini sangat membosankan. Bab pertama saya dah tutup buku. Mungkin lain orang lain citarasa. Mungkin naskhah lain penulis ini lebih baik? nanti saya cari. :)

    BalasPadam
  2. ader eh Kojie ngan Anabella?? Awat x perasan ni??? hahahh..

    BalasPadam
  3. HUD AIKARA,
    Hihi..betul. Lain orang lain citarasanya. Memang boleh try novelnya yang lain. Saya cadangkan Venom Suria. Tapi novel tu, penulis guna nama Mazni Aznita :D

    Madam Lola,
    Ada la ML..ce cer tengok balik hoho :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))