Aktviti Membaca!

Rabu, 31 Julai 2013

Cintaku Bukan Murah

Cintaku Bukan Murah
Aleya Aneesa

ISBN: 9789831248805
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Jun 2013
Halaman: 700
Harga: RM26

~ Rasaku… ~

Mulanya tertarik dengan novel ini kerana kulit bukunya. Merahnya makngah! ;P

Raqib dan Nadra [Ara]. Dari teman menjadi pasangan. Itu pun gara-gara Ara yang tersepit bila si abang memintanya mengahwini Ghazlan. Akhirnya Ara merisik teman baik sendiri. Ha, baca sekali lagi – risik. Waaa... beraninya Ara!

Hubungan Ara dan Raqib masih sama seperti dulu. Baik, akrab dan kini bila saja menjadi suami isteri, mereka lebih mesra. Memang sweet couple la mereka ni. Bila isteri merajuk, suami pujuk. Bila yang seorang tu marah, yang lagi satu tolong sejukkan. Serius Raqib ada gen lelaki yang manis. Pandai membeli hati isteri tapi sayang dia lupa. Rasa hati perlu diluah. Raqib tak boleh mengandaikan yang Ara akan tahu apa yang tersembunyi dalam hatinya.

Ara pula memang cukup istimewa. Menerima seadanya, baik buruk Raqib. Pandai memujuk dan melayan suami. Malah hati mak mentua juga bisa disentuh. Cuma masalahnya adalah Idlan; satu-satunya adik Raqib. Anak muda berusia 15 tahun itu cukup liat untuk ditawan. Bertentang mata dengan Tuan Haji Yunus juga menggerunkan. Aku suka karakter datuk pencen ni. Dalam sekeras hati lelakinya, masih ada lembutnya. Walau hati kata tak suka pada cucu menantu yang pucat tak cukup darah, tapi itu sajalah cucu menantu yang diiktiraf. Tak mahu dah yang lain.

Idlan pula memang anti dengan Ara. Cukup memusuhinya. Berbuat baik di hadapan semua tetapi bila berdua dengan Ara, lidahnya tajam berbisa. Ada saja perkara yang buat Ara kecil hati. Namun sebaik mungkin, Ara cuba bertahan. Apalah yang nak direbutkan dengan si remaja yang baru nak kenal dunia itu.

Bukan mudah menjadi Ara. Hati terguris tapi masih setia. Cuma bila saja sang suami mengatakan tiada hati padanya, barulah Ara berubah sikap. Apatah lagi dia kehilangan dua insan yang tersayang. Satu-satunya abang dan anak yang dikandung, pada hari yang sama pula tu. Manakan tidak hatinya berderai seribu. Berjauh hati dengan suami sendiri. Apa mampukah Raqib memujuk isterinya kembali?

Walaupun sejak kebelakangan ini aku sering saja baca kisah perempuan meminang lelaki tetapi CBM ada plot yang berbeza. Kiranya penulis berjaya menyusun atur jalan ceritanya supaya ianya lain daripada yang sedia ada. Sekaligus menjadikan CBM lebih memorable. Good job sis!

Aku suka dengan gaya AA yang senantiasa menitikberatkan hal kekeluargaan dan persaudaraan. Dalam novel ini misalnya, kekuatannya terletak pada hubungan erat antara si adik-abang, anak-menantu dan datuk-cucu. Bagaimana penulis mengolah hubungan itu supaya kelihatan cantik dengan naik-turunnya konflik antara mereka. Air dicincang tak akan pernah putus, apa lagi hubungan darah yang menghubungkan kita dengan keluarga.

Rindu pada tulisan AA bagaikan terubat bila baca novel ini. Sentuhannya masih berbisa. Mungkin lepas ni aku patut capai novel Dia Tak Tanya yang diabaikan itu hahaha

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))