Aktviti Membaca!

Isnin, 1 April 2013

Oh My Cupcakes!

Oh My Cupcakes!
M Faridzuan Majid

ISBN: 006
Penerbit: e-Sentral
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: -
Harga: -

~ Rasaku… ~

Rasanya penulis merupakan peminat Hanis Zalikha, Lisa Surihani dan Fatin Liyana ;))  Dan aku jumpa banyak perkataan ‘Oh’, mungkin kerana ia bertepatan dengan tajuknya.

Hanis Liyana; lepasan universiti yang kemudiannya menjual kek cawan [baca: cupcakes] secara online sebagai pilihan kerjayanya. Perniagaannya laris, blog pun senantiasa ada pengunjung. Pendek kata, memang Hanis Liyana tak menang tangan nak menyiapkan setiap tempahan. Dia cuma ada pembantu yang setia, Lisa dan Surihani.

Tempahan yang diterima daripada Encik Marzuki secara tiba-tiba, menyebabkan Hanis Liyana kelam-kelibut. Bagaimana mahu menyiapkannya dalam tempoh tak sampai empat puluh lapan jam?

Dapat dikesan penulis dengan selamba mengkritik para selebriti Melayu dalam etika berpakaian dan masalah penggunaan Bahasa Melayu yang makin meruncing. Bagus betul!

Tapi... maaf ya! Masalah yang aku hadapi adalah aku tak faham apa yang mahu disampaikan. Daripada mula sampai akhir, aku tertanya-tanya apa hala tuju cerita si Hanis Liyana ni. Pertemuan dengan Irwan misalnya, yang katanya dari Kedah semata-mata nak menempah kek cawan agak tidak ‘kena’. Tiada diterangkan kenapa dan siapa dia dalam cerita ni dan tiba-tiba di hujungnya. Eh! Aku keliru sebenarnya. Apakah aku ada tertinggal sesuatu?

Hmm... agak tak pasti sama ada aku suka atau tidak kisah ini. Kalau ending tidak tergantung, mungkin aku lebih suka kot *wink*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    *Tersenyum-senyum saya baca komen ni*

    Terima kasih sebab sudi baca, terkejut saya tau baca komen sepanjang ni hehehe. Terima kasih juga atas kritikan terakhir tu. Ini percubaan saya menghasilkan ebook percuma, jadi saya tulis pun secara suka-suki. Dengan adanya ebook percuma, diharap dapat menjadi platform untuk saya hasilkan novel secara fizikal pula. Memang tergantung cerita ini, in sha Allah satu hari nanti akan ada spin-off yang lebih panjang.

    BalasPadam
  2. Waalaikumsalam Faridzuan,

    Terima kasih kembali ;))
    InsyaAllah..bila ada sambungannya jangan lupa diumumkan ya?

    Moga anda mendapat tempat dalam pertandingan ini nanti. All the best bro ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))