Aktviti Membaca!

Isnin, 18 Februari 2013

The Wedding Breaker

The Wedding Breaker
Evelyn Rose

ISBN: 9789670246369
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: November 2012
Halaman: 642
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Takdir. Sejauh mana kau berlari. Ianya tak akan mengubah apa-apa. Pilihannya ada satu - terima dengan hati yang reda. Penuh ikhlas dan meyakini yang Allah tak akan pernah menzalimi para hamba-Nya. Sebaliknya kita ini yang suka menzalimi diri sendiri tanpa kita sedari.

Itu yang aku simpulkan ketika menutup novel setebal 642 muka ini. Meletakkan diri sendiri di tempat Ariana Rose [Ariana]. Mampukah aku menerima takdir yang kejam itu? Menjadi mangsa rogol dan kemudiannya bakal dikahwinkan dengan lelaki yang merogolnya? Wow! Berat. Tak tertanggung rasanya kalau aku berada di situ.

Tetapi menjadi Ariana, dia tidak mudah kalah. Tidak mudah menyerah dan menyalahkan takdir semata. Hidup perlu diteruskan walaupun hakikatnya dia sendiri sudah tidak mampu. Semuanya berpunca daripada niatnya untuk membantu Juwita. Dia berlakon sebagai gadis yang mengandung dan memalukan Tengku Adam Kamil [Adam]; bakal suami Juwita di malam pernikahan mereka.

Balasannya? Memang sadis. Adam membuktikan dia bukannya lelaki sebarangan. Punya harta dan kuasa memungkinkan segala-galanya. Memang kebiasaannya menukar perempuan, tetapi bila bersama Ariana, hatinya makin serabut. Ariana menjadikannya tidak senang duduk. Daripada hal nak membalas dendam kerana dimalukan, dia akhirnya jatuh cinta pada Ariana yang dirogolnya.

Lewat episod seterusnya bagaimana Adam mula sedar akan kesalahannya dan cuba membetulkan kesemuanya. Walaupun ditolak oleh Ariana, takdir sekali lagi menyatukan mereka. Ha, part ni ramai orang suka dan mula jatuh hati pada Adam. Yalah, lelaki kaya yang kacak dan romantik, siapa pula nak tolak? kih5 Minus this lovey-dovey romance, aku lebih suka pesanan Umamah Al Harith yang disampaikan oleh umi Ariana saat dia mahu bergelar isteri. Mengingatkan aku pada betapa syahdunya Dr Aqmar Aziz menitip pesan buat Jaja. Amboi! Sempat lagi aku terkenangkan sang doktor itu *wink*

Aku agak tak puas hati kenapa konflik antara Adam & Ramzul-Liyana tak diceritakan. Tetapi bila membaca review Kaksha, ada pula teman yang baik hati meletakkan link ini. Ohh… patutlah!

Pada mulanya aku letak 3.5 bintang tetapi bila aku selak balik halaman novel untuk masukkan quotes di GR, hati dengan senang memenuhkannya jadi 4 *wink* Aku tak tahu orang lain, tetapi aku paling suka kata-kata penulis yang ini:-

Dosa itu seperti paku yang diketuk pada tiang. Apabila dia bertaubat, ibarat paku itu dicabut dari tiang. Satu per satu... Tapi kesan dan lubangnya tetap kelihatan pada tiang. Sama seperti dosanya [page 455]

Benar. Setuju sangat. Cermin-cermin diri sendiri. Sedar atau tidak dosa yang makin memberat dikandung?

Allahu Allah!

Happy reading (^-<)

10 ulasan:

  1. wow, review yang cantik..kena beli juga la ni.. ari tu x beli sebab tajuk dia tu buat kakchik takut..:(

    BalasPadam
  2. AimieAfifah,
    Hee ;)) Thanks kakchik!
    Mulanya saya pun begitu juga. Tapi tengok recommendation daripada kawan-kawan GR, rasanya tak salah cuba.

    BalasPadam
  3. Tq. Sblm ni rasa berat hati nak beli buku ni, tp bila dah baca review ni rasa macam berkobar2 nk beli plak. X sbr nk ke kedai buku...hehe. thanks!

    BalasPadam
  4. MaLa YuSoF,
    Sama-sama ;))
    Tapi itu rasa saya, mungkin beza dengan citarasa awak. Apa pun selamat membaca ;D

    BalasPadam
  5. novel nhe masih ada kat pasaran ker..? still searching..

    BalasPadam
  6. noorkhuzieen,
    Ada lagi tu. Awak boleh beli online di Karyaseni je ;))

    BalasPadam
  7. mslhnya saya tak pndai beli online nhe. tue yng tnggu cetakan ketiga.. help me

    BalasPadam
  8. noorkhuzieen,
    La, senang je tu. Sign up untuk dapatkan ID, place order, bayar & lepas tu tunggu encik posmen depan rumah ;))

    BalasPadam
  9. hahaha.. dah dapat, minta my friend beli kan. x sabar baca. btw admin dah baca..?

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, selamat membaca noorkhuzieen!
    Saya dah baca :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))