Aktviti Membaca!

Selasa, 26 Februari 2013

Saranghaeyo, Arumi! [Arumi, Kekasihku]

Saranghaeyo, Arumi! [Arumi, Kekasihku]
Rose Harissa

ISBN: 9789674080914
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2012
Halaman: 365
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Ini novel berunsurkan K-pop. Taruhan berani daripada pihak PTS khas untuk anak-anak gadis yang gilakannya. Siap ada cop mohor Hallyu Wave lagi. Wow!

Aku digula-gulakan oleh adindaku yang beria mengunjukkan buku ini ketika di kampung minggu lepas. Bukan main lagi adindaku sorang tu bercerita tentang Choi Minho [wajah lelaki di cover] dan sewaktu dengannya. Amboi! Aku selalunya memantau bahan bacaannya tetapi aku terlepas yang ini. Aduh! Tetapi bila melihat nama penulisnya aku tak risau sangat *wink*

Isi ceritanya mudah seperti mana yang boleh ditonton dalam drama Korea. Bermula dengan Aiyani Hanin [Aiyani] yang bertembung dengan sang jejaka ais; Arumi Aisy [Arumi] pada hari pertama menjejaki kaki ke kolej. Sudahlah lambat, lepas tu merosakkan telefon canggih Arumi. Dan kemudiannya kerana lambat tiba di sesi orientasi, Aiyani didenda pula. Haishhh... Apalah nasib? Dendanya pula rupanya mengambil tanda tangan si senior bermasalah. Siapa orangnya? Arumi la, bukan susah nak teka kan?

Lewat episod seterusnya ada saja adegan yang tak best antara Aiyani dan Arumi. Dalam pada itu ramai pula yang cemburu. Manakan tidak si Arumi tu walaupun bermasalah tetapi banyak peminat. Walaupun dikatakan keras dan dingin, boleh pula Arumi bermain mata dengan Aiyani. Ohh! Memang Korea sangat kih5

Penerapan nilai murni dalam bersahabat, kasih sayang antara keluarga, usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan antara nilai moral yang disogokkan. Harapnya adikku tercinta perasan akan hal itu. Bukan hanya belajar tentang bahasa Korea yang diselitkan saja ya! Lagi satu, sambungannya mungkin laaambat lagi. Bukan akak cakap, penulis yang beritahu dalam blognya.

Aku harus akui penulis memang berbakat besar dalam mengilustrasikan wajah-wajah hero dan heroinnya. Malah jika nak dibandingkan dengan novel-novel sebelumnya, Kak Rose memang sangat pandai melukis hero yang ganteng gitu ;P Dan pemilihan si Fatin Liyana di muka hadapan memang comel.

Apa pun, novel ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai sambil berangan nak ke Korea, mungkin? hikhikhik

Ps: Kak Rose, bilakah mahu menjadikan Arsalan ‘wujud’ dalam genggaman? ;))

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. secara jujur tidak berminat nak baca tapi masih suka dengan review anda

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Ini cerita si puteri remaja. Mungkin tak sesuai tapi terima kasih kerana sudi baca dan menyukainya ;))

    BalasPadam
  3. Nak gambar untuk siri kedua

    BalasPadam
  4. Cik Tanpa Nama,
    Maaf. Saya tak ada kerana sambungannya pun belum keluar lagi.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))