Aktviti Membaca!

Jumaat, 15 Februari 2013

Bukan Lelaki Syurga

Bukan Lelaki Syurga
Iqbal Syarie

ISBN: - 
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/
Tarikh Terbit: 2013
Halaman: 373
Harga: - 
 

~ Rasaku… ~

Seorang ibu sanggup berdegil dengan berlapar, agar anak-anaknya kenyang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan kesusahan, agar anak-anaknya nanti akan senang.
Seorang ibu sanggup berdegil dengan keletihan, agar anak-anaknya tidur dengan tenang. [page 315] 
 
Pertamanya aku tak mahu kata ianya cerita islamik kerana penulis sudah menyisipkan pandangannya tentang cerita islamik. Mahu tahu? Ha, sila download! ;))

Ini kisah Razif [Ajib] yang memasuki fasa perubahan. Ya, memang agak klise bunyinya. Tetapi dek kerana di awal babnya, ia membawa kita mengenali si comel Nuruddin yang menjumpai sekeping gambar dan kemudiannya sibuk bertanyakan uminya siapa gerangan orang jahat di sebelah nenek dan uminya. Permulaan yang baik aku kira kerana di sini lah nanti kisah BLS ini bermula.

Ajib anak muda biasa. Bertemankan Syed Arman [Arman] yang biasa-biasa juga tetapi punya sahsiah peribadi yang cukup tinggi. Seorang cikgu Matematik yang petah berbicara tentang Islam dan sejarahnya. Ajib sangat menghormati Arman akan kepintarannya berhujah walau ada juga sesekali rasa menyampah dengan Arman yang suka mengajaknya solat berjemaah di surau.

Namun hubungan persahabatan itu tak pernah goyah. Walaupun ketikanya pinangan Arman untuk Murni ditolak sebaliknya Murni mahukan Ajib, hubungan itu masih kekal utuh. Wah! Ini bukan kisah cinta tiga segi ya.

Eh! Tentang fasa perubahan hidup Ajib tu aku tak perlu cerita. Boleh baca saja. Tak seronok lah nak cerita semua. Walaupun aku kira ianya cerita klise, tetapi ianya masih menarik. Aku suka dengan isi-isi di setiap halaman. Ada tentang isu poligami, pengharaman rokok, syiah dan penerangan soal solat Jamak & Qasar. Jangan tak tahu isu Lynas pun ada. Ada beberapa lagi pandangan dan nasihat yang dilontarkan. Tinggal kamu yang hanya perlu pilih mahu kutip pandangan itu atau tidak.

Seperti karya online lain, BLS juga tak boleh lari daripada masalah ejaan dan beberapa kali tertukar nama Ibu Suri dengan Ibu Murni. Hmm, ada masanya novel bercetak pun ada masalah yang sama. Jadi, aku pejam mata sajalah *wink*

Happy reading (^-<)

10 ulasan:

  1. Saya dah baca.di muka surat pertama pun ada salah juga.mula kata minum teh kemudian minum kopi dan ada beberapa kesilapan ejaan dan nama yg tertukar pd watak2 dlm novel itu.Tp tu semua blh dimaafkan lagi sbb sy sgt sukakan gaya penulisan beliau.Bukan Lelaki Syurga lebih santai dr 2 novel beliau yg sebelum ini.sy harap e-novel beliau ini dpt diterbitkan tidak lama lagi.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Wah! Peminat Iqbal ni ;))

    Oh! Akan diterbitkan ke?
    Ya, diakui memang yang ini lebih santai. Mungkin kerana ianya untuk bacaan online ;))

    BalasPadam
  3. Setahu sy dia ada cuba hantar unt diterbitkan.tp tak tahulah sama ada diterima atau tidak.yup..sy peminat dia.bg sy susah nak cr penulis novel dakwah yg blh menarik minat org membaca novel mereka.dia penulis yg bagus.semoga dipermudahkan segala urusannya unt novel ini.amin...

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Mudah-mudahan. Moga dipermudahkan segala-galanya ;))

    Kalau suka pengisian dalam novel, tarbiah misalnya boleh cuba juga tulisan saudara Hilal Aysraf. Menarik & memikat juga :D

    BalasPadam
  5. O..ada cadangan buku apa yg bagus dr Hilal Asyraf?sy tak pernah baca buku beliau.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama,
    Saya sendiri baru start 'kenal' penulis tu. Saya baru je baca 3 buah bukunya. Boleh klik label Hilal Asyraf untuk lihat :D

    BalasPadam
  7. Terima kasih:)

    BalasPadam
  8. Sama-sama. Selamat membaca!

    Harapnya nanti awak akan tinggalkan nama ya encik/cik Tanpa Nama ;))

    BalasPadam
  9. Insyaallah..suatu hari nanti sy akan tinggalkan nama saya di sini*Cik Tanpa Nama*

    BalasPadam
  10. *Cik Tanpa Nama*,
    InsyaAllah. Saya nantikan ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))