Aktviti Membaca!

Isnin, 7 Januari 2013

Venom Suria

Venom Suria
Mazni Aznita

ISBN: 9789670342405
Penerbit: Buku Prima - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - April 2012
Halaman: 692
Harga: RM25.90

~ Rasaku… ~

Gila best buku ni. Aci tak kata begitu? hahaha5 Baik... ini kisah misteri yang ada unsur mistik juga. Aku tak tahu lah bagaimana penulis dapat idea, jadi aku memang tabik spring. Dan mungkin lepas ini, aku akan letak VS sebagai penanda aras buat Mazni Aznita dalam karya-karyanya yang punya genre sebegini.

Suria Baharom [Suria]; seorang wartawan ibu kota. Periang, ceria dan sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai wartawan jenayah. Namun dalam satu kes pembunuhan gadis-gadis yang agak misteri, Suria umpama mengalami dejavu. Ada sesuatu yang mengikat dia dengan kes itu, tetapi apa? Walaupun dihalang oleh ayahnya, Suria tetap mahu meneruskan penyiasatannya. Dia perlu menyelesaikan apa yang ditemui. Malah, dia tak mahu jelmaan gadis berambut panjang itu menghantuinya jeng jeng jeng... macam seram tak?

Tetapi apa yang sebenarnya lebih mengikat aku adalah ini. Kisah makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk terus hidup. Dan badan manusia yang diperlukan itu adalah daripada keturunannya dan hanya bisa dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Jadi, sementara mahu menunggu tu, dia amat memerlukan darah manusia lain untuk terus ‘hidup’. Ha, bagaimana tertarik tak? *wink*

Dalam pada itu, ada juga kisah cinta yang diselitkan. Antara Nazrul; ketua di stesyen KZM yang cool dengan Tuan Izwan; pegawai polis yang dingin dan panas baran. Memang pada mulanya Suria tak sukakan Izwan sebab dia tu selalu mahu kata-katanya dipatuhi dan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, manalah tahu kes-kes gadis yang dibunuh itu merapatkan lagi hubungan mereka berdua. Dalam diam, Suria harus mengakui dia sudah jatuh suka pada si dia si mata dingin.

Jadi apa kesudahan siasatan mereka? Apatah lagi dengan kejadian aneh yang menimpa Suria. Dia umpama kunci pada semua kejadian ini, yang menjadikan dia juga antara gadis yang diburu untuk meleraikan segala kekusutan ini. Hanya VS ada jawapannya.

Tak dapat dinafikan ada banyak watak yang muncul. Ada Mahira, Aisyah, Yong Habibah, Hadif, Apache dan lain-lain lagi. Tetapi setiap wataknya ‘bercerita’ dengan sendirinya. Malah sepertimana novel garapan penulis terdahulu, akan ada jalinan antara watak tersebut. Dan kalau sebelum ini aku tak sukakan kisah mimpi dalam sesebuah novel, aku harus akui penggunaan mimpi dalam VS adalah apa yang aku tunggu-tunggu. Ia adalah kerana mimpi antara medium yang menceritakan apa yang telah berlaku dan seterusnya membawa kepada konflik watak-wataknya.

Aku bagi standing ovation untuk novel thriller Kak Nita ni..yay! Amboi! Ini gara-gara tengok TV shows banyak sangat la ni kih5 ;P Tetapi ya, kalau rasa-rasa dah muak dengan novel cinta biasa apa salahnya cuba yang ini. Lagi-lagi kalau anda peminat drama bersiri Supernatural, Vampire dan sewaktu dengannya ;D

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Novel ni mmg best gilee bnyk kli dh bace..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Kan? Memang best ;))

    hazwani,
    Ya..tiada kata yang harus diucap selain best ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))