Aktviti Membaca!

Isnin, 10 September 2012

Roti Canai Salad Taco

Roti Canai Salad Taco
Norhayati Berahim

ISBN: 9789675229381
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 – April 2012

Halaman: 985
Harga: RM31.90



~ Rasaku… ~

Rasa bahagia itu sangat subjektif. Bagi aku mudah saja. Kalau aku tak susah hati, itu bermakna aku bahagia [page 862]

Bahagia. Aku bahagia kerana ceritanya tak buat aku susah hati. Puas. Aku puas bila mana ceritanya melebihi jangkaan peribadiku. Dan tak salah rasanya aku lihat novel ini antara yang terbaik hasil karya NB, dan selepas ini aku akan letakkan RCST sebagai penanda arasnya ;D

RCST bukan kisah cinta si uda dara. Ia bukan kisah kahwin paksa, bukan juga kisah perkahwinan aturan keluarga. Tidak. NB mengupas perjalanan hidup seorang Raniah; gadis yang membesar di kawasan setinggan yang mandiri dan seterusnya menjadi seorang wartawan berjaya. Secara halusnya, penulis mahu menunjukkan cara hidup mereka yang bergelar wartawan. Kerja mereka, etika mereka dan apa saja yang berlaku dalam perjalanan hidup mereka sebenarnya sama saja dengan kita. Cuma mungkin mereka lebih expose kepada apa yang berlaku dalam dunia. Ya, mereka merupakan gateway. Orang penting dalam menghubungkan kita dengan yang lain.

Raniah; peribadinya mungkin sama saja dengan heroin novel sebelumnya. Gadis kental yang tak mudah mengalah. Seorang anak yang tak punya banyak masalah dan karenah. Pendek kata, Raniah umpama heroin ideal cuma ya, dia masih belum berkahwin. Rakan lelakinya; Daim hanya dianggap sebagai seorang kawan rapat sementelah dirinya merupakan anak tunggal pada Makcik Delima.

Perhubungan Raniah dan Makcik Delima ada pasang surutnya. Namun, Raniah sentiasa meletakkan ibunya di tempat yang paling tinggi. Aku suka bila penulis menitip pesan halus yang mungkin sebagai orang tua, kita terlepas pandang. Walau sesibuk, sesukar mana pun kita menjadi ibu atau bapa, anak itu jangan diabai. Perkara-perkara kecil seperti bertanya akan hal sekolah, kawannya mahupun hobi barunya tidak seharusnya dilepas pada orang lain. Lagi-lagi kalau ada pembantu rumah. Bibik membantu kita menjaga anak, bukannya menjadi emak baru pada anak kita. Ada masanya saling duduk berborak kosong, sambil makan aiskrim akan menciptakan memoir indah buat sang anak. Eh, tiba-tiba ingat pada mak di mana kami sering 'berbalah' tentang novel! kih5 [baca lanjut di halaman 543-544].

Amirul atau Mukmin; watak ini sudah dapat diteka awal-awal lagi. Ya, mungkin kerana sudah terbiasa dengan cara Kak Yati *wink* Aku lihat Amirul sebagai seorang abang yang 'sanggup' melakukan apa saja demi adik-beradiknya, manakala si Mukmin pula sebagai abang yang 'mampu' berbuat apa saja bukan untuk adiknya tetapi untuk keluarga besarnya. Amirul bagai sudah ditransformasikan menjadi Mukmin yang baru. Wah! Hati berdegup kencang bila melihat nama Mukmin di halaman-halaman seterusnya. Cewahhhh gatai! ;P

Zawi; watak ini akan melekat kuat dalam otak, mengalahkan watak si Daim mahupun Hani. Walaupun menyampah dengan Zawi, tetapi hati tetap nak tahu apa dan kenapa Zawi berbuat sedemikian. Dan hujungnya memang agak terperanjat. Wah! Tak sangka ya! Janis; gadis yang baik hati tetapi tidak percaya pada Tuhannya. Alhamdulillah, dia menemui cahayanya sendiri. Tak ketinggalan keluarga Hawa yang juga punya rahsianya tersendiri. Dan aku suka semua kebetulan yang ada dalam cerita ini. Mereka bersangkut-paut dan tiap satu-satunya diceritakan tidak terlalu terburu-buru. Satu per satu, dan itu mungkin menyebabkan novel ini tebal hee ;P

Ada juga terselit akan bagaimana mahu menghadapi sihir [lihat di halaman 945]. Perkongsian yang bermakna buat diri kita. Ingat! Jangan percaya benda-benda yang tahyul! Percaya pada Tuhan kita. Bukankah Al Quran ada penawarnya untuk semua penyakit selain mati.

Pada yang dah bosan baca novel cinta, apa kata luangkan sedikit masa menghadam novel ini. Selami sedikit demi sedikit, moga ada manfaatnya untuk kamu.

Bagaimana cantik, bijak, kaya dan datang dari keluarga yang bagus sekalipun, jika perempuan itu bukan seorang yang beragama dan solehah, maka nilainya kosong [page 812]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))