Aktviti Membaca!

Isnin, 9 Julai 2012

Dia Yang Kunikahi

Dia Yang KunikahiIqbal Syarie

ISBN: 9789670201184
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011

Halaman: 422
Harga: RM19


~ Rasaku… ~
Kalau ikutkan novel ni dibaca dulu sebelum novel IAK, tetapi dek kerana aku sudah menyelak halaman ending, perasaan ngilu yang datang bertandang membuatkan novel ini perlu ditutup sementara. Bukan menidakkan poligami tetapi sebagai perempuan biasa, rasa itu tetap ada di hati, walau banyak atau sedikit pun ia masih kekal terselit di hati *wink*

DYKN asalnya sebuah karya online dan mungkin kerana itu, ceritanya disampaikan dengan mudah. Straight forward tanpa perlu ada konflik yang meleret. Dan untuk itu, aku harus memuji adinda Iqbal kerana pokok utamanya tidak dipanjang-panjangkan :D

Adam Johari [Johari], Aisyah dan Nurul Nasuha [Nasuha] – tiga watak penting yang mewarnai DYKN. Secara mudahnya, Johari pernah bercinta dengan Nasuha ketika remajanya sebelum dia kemudiannya mula membersihkan hati di saat belajar di bumi Jordan. Perubahan secara total oleh Johari itu seharusnya menjadi iktibar buat kita yang masih lagi merangkak mencari hidayah. Aisyah pula merupakan teman sepermainan Johari. Namun setelah keluarganya berhijrah ke Australia, Aisyah juga bagaikan 'berhijrah' dari kehidupan Islamnya. Kepulangannya ke tanah air telah menemukan dengan hidayah Ilahi. Aisyah tersedar akan kekhilafannya saat melihat maut menjemput di depan mata.

Antara Nasuha dan Aisyah, pastinya Johari lebih terdorong pada Nasuha kerana dia yakin yang Nasuha itu gadis yang dicari-cari selama ini. Namun sudah ditakdirkan, Johari terlambat. Nasuha rupanya sudah menjadi tunangan orang lain. Dalam rasa hampa dan kecewa, dia redha. Apatah lagi bila mengetahui tunang Nasuha adalah teman sekuliahnya di Jordan. Jodoh Johari rupa-rupanya insan di depan mata. Aisyah, si perawan yang sudah mengenal penciptanya merupakan tulang rusuk yang dicari selama ini.

Aku suka cara Iqbal bercerita tentang konsep-konsep Islam. Ada terjemahan ayat-ayat Al-Quran, konsep usrah, cara peminangan dan pertunangan dalam Islam. Terselit juga sistem pentadbiran dan kroni dalam masyarakat kita serta sindiran halus tentang menjaga kebersihan tandas masjid dan cara menyambut hari istimewa dalam hidup kita. Ternyata Iqbal amat prihatin tentang hal-hal berkaitan Islam khasnya.

Namun mungkin kisah ini terlalu tergesa-gesa ditamatkan. Aku tak pasti adakah kerana ia ditulis oleh seorang lelaki, makanya naluri dan perasaan sang isteri itu diabaikan. Maksudku, tiada ruang dan peluang untuk Aisyah berkongsi rasanya bila tahu dia perlu bermadu pada saat baru bergelar raja sehari. Begitu juga dengan Nasuha, apakah rasanya perlu menjadi isteri kedua buat lelaki yang dulu pernah menjadi 'raja' dalam hatinya. Seperkara lagi, mungkin boleh dibetulkan sedikit [halaman 185], seharusnya 'Nasuha' bukannya 'Aisyah' :))Tahniah kepada JS kerana berjaya mencungkil bakat penulis muda yang menjadikan penulisan sebagai jalan dakwah atau salah satu daripada wasilah dakwah. Tahniah juga buat Iqbal kerana sudah berjaya 'melahirkan' dua naskhah novel ;) Dan seperti janji sebelum ini, novel Iqbal yang kedua nanti akan dibaca dulu sebelum novel terbaru Nir ;D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Susahkan nak cari konsep redha itu kalau kita seorang wanita yg perlu berbicara tentang perkongsian kasih..betul, mungkin dr sudut pandang seorang lelaki ia tidak terlalu sensitif tapi bg kita ni...sejujurnya belum mampu utk mencari redha itu..harap2, dugaan seperti Aisyah itu tidak kita lalui....wink...wink...tapi Transit Cinta ada kemajuan dlm penulisan Iqbal...:)

    BalasPadam
  2. AimieAfifah,
    Setuju! Seikhlas mana pun, selembut mana pun akan ada rasa yang bertandang. Apa lagi saya ni perempuan yang biasa-biasa saja ;)

    InsyaAllah. Doakan yang terbaik untuk semua.

    Yang tu belum baca, nanti akan dibaca. Covernya nampak menggoda!

    BalasPadam
  3. Transit Cinta jd teman kchik masa travel ke klibf april lepas...dlm flight org lain baca novel omputih tp kchik dok belek TC....:)

    BalasPadam
  4. AimieAfiifah,
    Hee baru ada kelas kakchik kalau kita mengusung novel melayu ;)

    TC memang dah dijanji akan baca. Cuma bila tu tak tahu lah, tapi kalau ikut pendapat kakchik ni...mungkin saya baca dulu kot. Memang menggoda! kih5 ;)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))