Aktviti Membaca!

Selasa, 26 Jun 2012

Ikhlas, A.K!

Ikhlas, A.K!
Nirrosette

ISBN: 9778967511865
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit:
Halaman: 528
Harga: RM21


~ Rasaku… ~

Sebagai salah seorang pembaca siri online dan pernah mengulasnya sebelum ini, aku sudah dapat meneka isi dan perjalanan kisah Adam dan Kaseh. Dan itu pastinya sukar untuk Nir mengekalkan momentum perjalanan cerita ini kerana beliau perlu berfikir dua kali lebih gigih untuk mengelakkan pembaca awalnya tidak bosan.

Dan jujurnya untuk menulis review bagi novel ini juga menjadi sukar. Sebabnya aku dah tahu kisah dan penghujungnya. Jadi ia umpama mengulang semula apa yang pernah aku tulis sebelum ini hee ;P

Nir memang aku kenali dengan kisah santai yang manis dan comel. Kisah cinta yang bukannya kosong semata-mata tetapi diadun dengan penuh pengisian. Sepertimana kita dibawa mengenal Kaseh yang jatuh cinta pada Adam dan kemudiannya belajar mengenal sisi lain dalam perspektif hidupnya.

Kasihan pada Kaseh... ya! Membayangkan yang kita ini lahirnya Islam tetapi tidak tahu langsung tentang hukum-hakam Islam memang menyedihkan. Nauzubillah. Moga apa yang menimpa Kaseh dan keluarganya itu tidak terjadi pada keluarga dan masyarakat Islam khususnya. Namun syukur yang hati Kaseh itu lembut dan naif. Kerana cintanya itu, lebih mudah untuk Adam membawanya untuk mengenal kembali agamanya.

Walaupun hubungan antara Adam-Kaseh itu pada dasarnya tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, namun aku tetap ingin berikan kredit pada Nir yang dalam sibuknya bercerita [baca: menulis], Nir sebenarnya mengajak diri kita menilai adakah kita sedia berubah seperti Kaseh? Meninggalkan segala keseronokan dunia hanya untuk mengejar redha Ilahi? Tepuk dada, tanya hati anda.

Tahniah atas kelahiran bayi sulung. Nanti akan diusahakan untuk membaca novel terbaru Nir ;) Lupa, patutnya review ini harus digabung dengan review novel Iqbal. Jangan marah ya Iqbal! Review DYKN akan menyusul dalam post seterusnya. I love you both okay :D Novel kedua Iqbal nanti baru akak baca dulu, dan kemudiannya diikuti oleh novel baru Nir... ha adil tak wahai adinda-adindaku? *wink*

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Hello kakak sayang !
    Lama tak jenguk sini (busy dgn study kononnye hewhewhew)

    Oh oh eventho dah baca cerita ni versi eblog, still excited bila baca printed version xD

    BalasPadam
  2. MR rembat 2 buah terus mase pesta buku kat pwtc ari tu...
    ikhlas,A.K dan Nah, untuk awak...

    BalasPadam
  3. Bulanhijau,
    Hai sayang!
    Haah kan? Pegang buku dengan baca di blog tu feelnya lain sangat.

    Ps: Novel adik nanti akak baca ya! Kekangan masa la [lame excuse :P]


    miz ruha,
    Saya pun sama ;) Tapi baru sempat baca yang ini

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))