Aktviti Membaca!

Jumaat, 30 Disember 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (54) Awek Chuck Taylor

Awek Chuck Taylor
Nami Cob Nobbler

ISBN: 9789671078013
Penerbit: Lejen Press
Tarikh Terbit: 2011
Halaman: 248
Harga: RM20.00


~ Rasaku… ~

Ini blook pertama yang aku beli haha5 Memang kena masuk diari la :P

ACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.

Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Aku senang dengan persahabatan yang terjalin antara Aiman dan Hafiz. Namun keakraban mereka terganggu apabila Nana menyimpan rasa pada Hafiz. Bila saja Mira tahu, hubungannya dengan Hafiz turut berkocak.

Hafiz sememangnya bukan watak hero terbaik. Dia mudah rasa insecure. Memerlukan pasangan sebagai pelengkap hidup. Daripada menjadi secret admirer Sheila. Kemudiannya awek cemburu buta bernama Fadilah, awek yang kaki cukur bernama Bella... semuanya sudah menunjukkan yang Hafiz tak suka berseorangan. Dia ada masanya kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan teman. Agak loser di situ.

Watak Mira pula kelihatan lebih dominan. Daripada segi gaya bahasa, gerak tubuh menunjukkan dia tak mudah dibayangi dengan watak-watak lain. Nana lebih natural. Malah rasanya watak Nana yang gagap itu lebih mudah diingati. Overall aku rasa ACT adalah satu bacaan yang menarik tetapi mungkin cukup hanya sekali aku membacanya.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. Betul..cukup hanya sekali membacanya.jalan cerita biasa2 saja.tp sy kurang gemar dgn perkataan F word dan ayat2 lucah serta makian di dalam tu.kalau semua itu tak ada pun tidak mencacatkan jalan cerita.my 2 cents opinion.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    Mungkin itu cara penulis menulis dan kurang sesuai dengan selera kita ;D

    BalasPadam
  3. saya pernah baca e-novelnya di blog ACT (sekarang dah private).
    kisah ACT adalah berdasarkan kisah benar si penulis.

    BalasPadam
  4. HaeFy,
    Ya. Teman-teman pun pernah berkata begitu pada saya. Kisah benar yang agak sadis.

    BalasPadam
  5. HAH??? Cerita kisah benar ke ni? Anyway baru beli dua minggu lepas.Tak sempat nak baca lagi~ setakat ni best, baca sampai bab 2-3 dulu. Okeylah~bahasa orang muda gitu~ nak kata sastera zaman 2020.hahaha

    BalasPadam
  6. Happy Mind,
    Ya, cerita benar dik :D Yalah, bahasa anak muda hihi

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))