Aktviti Membaca!

Isnin, 12 Disember 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (49) Antara Dendam dan Rindu

Antara Dendam dan Rindu
Rabihah Nur Ridhuan


ISBN: 9789670184685
Penerbit: Buku Prima Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 15 Mei 2011
Halaman: 528
Harga: RM19.90


~ Rasaku… ~

Sweet tak cover ni? Sweet kan? Sebab tu tertarik dengan novel ni. Nasib baik juga ceritanya ok :D

Mariam Qistina tak pernah menduga hidupnya penuh derita. Sebaik sahaja kehilangan kedua ibu bapanya, dia dan adiknya; Irdina bukan sahaja menjadi yatim piatu tetapi hilang saudara dan harta. Andai sebelum ini hidupnya dilimpahi kemewahan tetapi semua itu lenyap dalam sekelip mata setelah permergian orang tuanya. Pak Long Sahak rupa-rupanya hanya berselindung di sebalik topeng kemanusiaannya. Semuanya menjadi mimpi ngeri sebaik sahaja Sahak mengambil alih hak penjagaan Qistina dan adiknya.

Qistina dilayan tak ubah seperti hamba abdi di rumahnya sendiri setelah Sahak sekeluarga pindah ke banglonya. Esah; isteri Sahak bukan main lagi bertukar watak. Terus jadi singa betina. Mendera Qistina dan adiknya tanpa belas kasihan. Sudahnya Irdina yang didera fizikal dan mental telah menjadi gila. Kemuncak episod penderitaan dua beradik ini apabila Qistina dipaksa menandatangani surat penyerahan harta kepada pak longnya. Kemudian, dengan rela hati si Sahak membenarkan Qistina membawa adiknya ke hospital dan mereka kemalangan. Tragis!

Kematian Irdina menyebabkan Qistina bangkit untuk membalas kembali derita yang pernah dilaluinya. Dendam kesumat itu membuatkan Qistina sanggup menukar identitinya. Berbekalkan nama Balqis, Qistina cuba menyusup masuk ke syarikat arwah ayahnya yang telah dirampas.

Dendamnya semakin mudah apabila Luqman Hakim iaitu anak Sahak tidak mengenalinya dan dia diterima bekerja di bawah Luqman. Luqman pula jatuh cinta pandang pertama apabila terlihat Qistina yang menarik. Qistina menerima lamaran Luqman tetapi berkahwin secara rahsia kerana Sahak dan Esah menentang hubungan mereka kerana Balqis yang sama rupanya dengan Qistina.

Apa kesudahan dendam Qistina? Tegarkah hatinya mengorbankan perasaan semata-mata kerana dendam kesumatnya itu? Ha, kenalah dapatkan naskah ini di pasaran ok!

Keseluruhannya cerita ini menarik dengan plot-plot yang disusun kemas. Cuma mungkin penulis perlu mengambil kira sama ada mahu mengekalkan nama Qistina atau memilih nama Balqis. Kerana semua itu menganggu perjalanan mood pembaca. Sekejap Qistina dan kemudiannya Balqis. Nampak simple but inconsistency will change the mood.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

  1. first2 mmg slow ckit..tp mkin lme mkin best..ksian pd luqman n qistina..tp akhirnya mreka bhgia jga..

    BalasPadam
  2. nur79,
    Ending yang sweet untuk cerita yang penuh drama ;)

    BalasPadam
  3. salam, tq kerana membaca karya saya... And sy sgt appreaciate tentang komen nama tu yg sy sendiri xsedar akan menganggu konsentrasi pembaca...sy take note semua itu...tq...rajin2 la komen tentang novel sy di facebook rabihah nur ridhuan...:-)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum rabihah nur ridhuan,
    T/kasih kerana sudi menjengah ke mari. Saya hanya memberitahu apa yang saya rasa, mungkin pendapat saya tu berbeza dengan pembaca lain ;))

    BalasPadam
  5. Seriously novel ni dah dekat 5 kali ulang baca tanpa jemu. Story dia sangat menarik.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))