Aktviti Membaca!

Selasa, 6 Disember 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (47) Igauan Maut

Igauan Maut
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9836245642
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tarikh Terbit: 1995
Halaman: 164
Harga: RM6.50

~ Rasaku… ~

Karya pertama RAM umpama masterpiece teragungnya. Di sini kita dapat melihat dan memahami bagaimana beliau memulakan langkah untuk terbang tinggi dalam bidang penulisan tanah air. Novel ini membuktikan bahawa tidak perlu mukasurat yang tebal untuk menjadi satu novel suspen thriller, cukup dengan gaya penceritaan dan pembentukan watak yang baik.

IM memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Kisah yang meragut seluruh keluarga Marlia yang terseksa kerana mengahwini Ali @ Miyakoto Sakurai. Ada pula segelintir penduduk kampung yang tak puas hati sebab masih ada lagi saki baki penjajah Jepun di kampung mereka. Akibatnya rumah Ali dan Marlia dibakar.

25 tahun kemudian, Mizah asyik histeria kerana dihantui mimpi yang sama. Sebuah rumah dibakar dan kedengaran suara orang merintih meminta tolong. Mizah bertemu doktor tetapi tiada perubahan. Alice, teman Mizah mencadangkan agar Mizah berubat secara kampung. Yang peliknya, bila balik kampung nak berubat, dah tak histeria dah.

Mizah bertemu Lipin; pekerja ayahnya yang membantu kerja-kerja Pak Kudu di kebun. Masing-masing rupanya ada kisah silam yang Si Mizah sendiri pun tak tahu dan sebenarnya kedatangan Lipin kat kampung tu pun ada kaitan dengan pedang pusaka dan juga dendam keramat.

Antara persoalan-persoalan yang bakal muncul di minda ialah mengapakah mimpi tersebut sentiasa mengganggu tidur malam Mizah? Apakah kaitan antara Jalil, Kudu dan Ajis dan siapakah anak kepada pasangan Marlia dan Ali yang sebenarnya? Yang paling penting pastinya nak tahu siapakah sebenarnya Lipin yang tiba-tiba muncul di Kampung Pasir Lama? Suspen kan? Muahaha… sama-sama la kita baca novel ni walaupun dah takde kat pasaran.

Novel ini memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP dan hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1994/1995. Tetapi aku pernah terbaca yang RAM sendiri mendapatkan novelnya ini dari jualan gudang DBP dengan harga serendah RM1. Apa serendah itukah nilainya? Sedangkan di luar sana ramai peminat RAM mencari karya pertama beliau ini untuk melengkapkan koleksi masing-masing. Alahai... DBP!

Ps: Kredit kepada Pei Pan :D

Happy reading (^-<)

21 ulasan:

  1. wahhhhhhh....ada buku ni...susah dapat buku ni lagi...huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Cik Wedges,
    Yes. Susah nak dapat buku ni lagi.

    BalasPadam
  3. upload la novel tu. blh bc scra online e.. nk bli mmg da xde jual da rasanye.. hihi!

    BalasPadam
  4. eidzaqiel10,
    Maaf ya, saya tak berapa arif kalau part nak upload online ni ;(

    BalasPadam
  5. macammana orang2 macam saya dan yang2 lain nak ada kesempatan untuk membaca novel RAM seperti igauan maut, anugerah pertama dan pei pan yang dah tak ada di pasaran ye? kalau nak sewa dari awak boleh? :)

    if yes, email me pls, nur.sakinah711@gmail.com

    thanks.

    BalasPadam
  6. sakinah,
    Maaf ya awak! Saya baru perasan komen awak ni.
    Boleh saja kalau nak sewa :)
    Saya akan email nanti!

    BalasPadam
  7. Salam...awak ade buku ini, pei pan dan anugerah pertama tak....klo tak boleh minta photostat? ni email sy shantiperiki@yahoo.com.my... sy boleh bank in duit tuk kos photostat & penghantaran.

    BalasPadam
  8. Shanburn,
    Assalamualaikum ;))
    Maaf saya cuma ada yang ini. Tapi saya tak buat hal-hal photostat buku. Cuma awak boleh pinjam buku ni dari saya. Bagaimana? Berminat nak pinjam?

    BalasPadam
  9. Awk masih sewakan ke? saya nak tahu mcm mana. boleh tolong email kat saya cara-cara dia? terima kasih. email saya adalah xandashvier@hotmail.com

    BalasPadam
  10. Xandrace,
    Saya akan email awak nanti ok!

    BalasPadam
  11. Saya pun nk cr buku ni.... leh email kat saya.... amikie.ryu_watanabe@yahoo.com

    BalasPadam
  12. Nurul Hisham Misran,
    Maksud cari awak tu apa ya? Saya tak jual buku ini. Maaf ;))

    BalasPadam
  13. Kalau bleh saya nak sewa buku ni.... macamane....

    BalasPadam
  14. Nurul Hisham Misran,
    Awak boleh email saya ;))

    BalasPadam
  15. salam..sy nak sewa novel igauan maut cane?ape email cik airina??

    BalasPadam
  16. Salam fattahudin nordin,
    Saya dah reply email ;))

    BalasPadam
  17. Salam. Saya nak pinjam buku Anugerah Pertama, Ramlee Awang Murshid boleh? Saya nak photostat. Kalau boleh, email saya skaibladd@yahoo.com

    Terima kasih.

    BalasPadam
  18. Salam Nurliana Abd Aziz,
    Awak boleh emel saya!

    BalasPadam
  19. Salam.. saya nk sewa Anugerah Pertama & Pei Pan

    BalasPadam
  20. Saya ada igauan maut.email Di deekaza@gmail.com

    BalasPadam
  21. Moga Dee Kaza dapat membantu awak ye Mira.

    Kalau tak, boleh hubungi email saya :)

    Maaf lambat respons!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))