Aktviti Membaca!

Isnin, 26 September 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (36) Buku Conteng² (Edisi Kedua)

Buku Conteng² (Edisi Kedua)
Fadhli Hamdan

ISBN: -
Penerbit: www.contengconteng.com
Tarikh Terbit: -
Halaman: ~ 52
Harga: RM 25

~ Rasaku… ~

Comel.

Comel.

Comel.

Senyum. Ketawa. Senyum. Ketawa... Eh! Macam orang gila *hantuk kepala ke dinding*

Itu apa yang aku rasa ketika menghabiskan Edisi Kedua contengan saudara Fadhli Hamdan. Secomel contengannya, begitulah isinya. Masih mengekalkan hampir separuh daripada watak-watak dalam Edisi Pertama. Masih lagi menggunakan sticky post yang pelbagai warna sebagai medium. Comel. Kredit kepadanya atas kegigihannya meneroka kesenian dengan begitu indah.

Kali ini perkongsian ceritanya lebih kepada memori di waktu kecil, zaman asrama, ketika bergelar student di US. Ada lagi terselit kisah Kucing The Cat yang comel dan suka membuli tuannya. Contengan yang buat aku sendiri mengimbau kenangan lama. Eh! Dah tua rupanya diri ni? :P

Hasil contengannya ada hitam putih, ada yang berwarna dan itu aku kira sudah cukup menggambarkan kehidupan kita. Ada ketikanya hitam, ada putih dan ada masanya cukup berwarna-warni. Bagai pelangi. Indah kan dunia?

Sesekali melepaskan lelah, elok gapai contengan yang 'bercerita' ini. Ada dua edisi. Terhad. Jadi, segera pergi beli. Online saja tiada di kedai buku :)

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Baru lepas tempah. Harap ada lagi! (Selamat kembali menulis selepas bercuti panjang)

    BalasPadam
  2. dah beli dn dh baca.huhuhu.time baca tu mesti teringat masa zaman dulu2.huhuhu

    BalasPadam
  3. Pei Pan,
    Moga ada :D

    T/kasih. Lama tak menulis kan? hehe


    maisarah sarah,
    Betul. Mengimbau kenangan dulu2 :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))