Aktviti Membaca!

Isnin, 26 September 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (36) Buku Conteng² (Edisi Kedua)

Buku Conteng² (Edisi Kedua)
Fadhli Hamdan

ISBN: -
Penerbit: www.contengconteng.com
Tarikh Terbit: -
Halaman: ~ 52
Harga: RM 25

~ Rasaku… ~

Comel.

Comel.

Comel.

Senyum. Ketawa. Senyum. Ketawa... Eh! Macam orang gila *hantuk kepala ke dinding*

Itu apa yang aku rasa ketika menghabiskan Edisi Kedua contengan saudara Fadhli Hamdan. Secomel contengannya, begitulah isinya. Masih mengekalkan hampir separuh daripada watak-watak dalam Edisi Pertama. Masih lagi menggunakan sticky post yang pelbagai warna sebagai medium. Comel. Kredit kepadanya atas kegigihannya meneroka kesenian dengan begitu indah.

Kali ini perkongsian ceritanya lebih kepada memori di waktu kecil, zaman asrama, ketika bergelar student di US. Ada lagi terselit kisah Kucing The Cat yang comel dan suka membuli tuannya. Contengan yang buat aku sendiri mengimbau kenangan lama. Eh! Dah tua rupanya diri ni? :P

Hasil contengannya ada hitam putih, ada yang berwarna dan itu aku kira sudah cukup menggambarkan kehidupan kita. Ada ketikanya hitam, ada putih dan ada masanya cukup berwarna-warni. Bagai pelangi. Indah kan dunia?

Sesekali melepaskan lelah, elok gapai contengan yang 'bercerita' ini. Ada dua edisi. Terhad. Jadi, segera pergi beli. Online saja tiada di kedai buku :)

Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (35) Buku Conteng² (Edisi Pertama)

Buku Conteng² (Edisi Pertama)
Fadhli Hamdan



ISBN: -
Penerbit: www.contengconteng.com
Tarikh Terbit: -

Halaman: ~ 54
Harga: RM 25

~ Rasaku… ~

Seni itu subjektif. Kreativiti pula sesuatu yang unik. Dengan hanya bermodalkan kertas sticky note yang berwarna-warni, contengan menggunakan pensil dan pen biasa mampu menghasilkan sesuatu yang unik. Semuanya nampak indah di mataku. Sungguh. Contengannya nampak raw dan ori. Ada masanya ada kesan lipatan lagi. Kagum. Ya, aku kagum dengan kreativiti pelukis/penulis ini.

Contengannya kisah biasa-biasa saja. Menjurus kepada cerita semasa di zaman sekolah rendah dan menengah. Comel. Kisah-kisah yang dekat di hati. Serius. Ketika menyelak halamannya satu per satu, memori lama juga bagai dibuka satu per satu. Kelakar pula bila mengingatkannya. Yalah, teringatkan kisah di hari pertama melangkah ke sekolah. Hm, kenangan!

Ini memang hanya kisah Fadhli Hamdan. Kisah ketika bergelar kanak-kanak, masa sekolah, cerita keluarga, kisah hidup seketul daging bergerak seekor kucing [Kucing The Cat], dan kisah Shiela *wink*.

Tetapi menyelak kisahnya, bagaikan menyelak kisah yang dah aku tinggalkan bertahun-tahun lamanya *eceh*. Sungguhlah tiada apa yang lebih indah daripada mengintai kenangan lama. Memori itu indah walau ada hati yang tercalar. Betul kan?

Tunggu bedah siasatku bagi Edisi Kedua pula ngee~

Happy reading (^-<)

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (34) Kasih Merah Jambu

Kasih Merah Jambu
Hanny Esandra

ISBN: 9789833880645
Penerbit: Fajar Pakeer Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan 1 - 2009

Halaman: ~ 126
Harga: RM 8.90


~ Rasaku… ~

Ini kisah anak remaja di alam universiti. Ketika membaca KMJ ini minda tak dapat mengelak untuk membandingkan kisah ini dengan kisah Ali Setan hahaha5 Biasalah, kisah muda-mudi paling evergreen sepanjang zaman :P

Geng Panda yang terdiri daripada 4 sahabat; Rifqi, Shark, Khaz dan Pojie memang tak boleh bertemu empat mata dengan Pinky Girls; Wazna, Deena dan Kate. Alergik. Masing-masing ada ego dan muslihat tersendiri. Saling musuh-memusuhi, kena-mengenakan antara satu sama lain. Kesemuanya tak reti duduk diam. Ada je yang tak kena.

Masing-masing memang tak tahu mengalah, besar kepala. Biasalah remaja baru nak naik. Tetapi siapa tahu insiden yang berlaku menyebabkan Geng Panda mula mengalah, begitu juga dengan Pinky Girls. Masih lagi ada hati perut. Apa yang sebenarnya berlaku?

Ceritanya disampaikan dengan mudah. Senang dihadam, tiada konflik yang memecahkan kepala. Elok dibaca masa santai. Jangan mengharapkan sesuatu yang lebih, kerana sememangnya ia hanya cerita anak muda yang baru nak mengenali dunia. Jadi mungkin tak berapa sesuai dengan mereka yang sudah cukup makan asam garam hehe2 :D

Happy reading (^-<)

Rabu, 14 September 2011

WW #9 - Kerja Kosong

Credit: Vani


Ps: Salah siapa ya? Tukang penterjemah?

Happy reading (^-<)