Aktviti Membaca!

Jumaat, 27 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (17) Aku Yang Kau Tinggalkan

Aku Yang Kau Tinggalkan
Alina Haizar

ISBN: 9789675067655
Penerbit: Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Kedua Mac 2011
Halaman: ~ 759
Harga: RM 25.00



~ Rasaku...~

Teringat kata Kak Ti “Fell-in-love-at-first-sight…hook-in-love-after-first-reading.” :D Tapi betul lah tu, aku sudah jatuh cinta [again? :P]. Mungkin selama ini aku disogokkan dengan novel KN yang ringan, jadi bila ada novel serius seperti ini ia jadi sesuatu yang sungguh menarik.

Nia Athirah [Nia] ditugaskan sebagai pemandu pelancong kepada pelawat Malaysia di Turin, Itali. Di situ dia bertemu dengan Zaril Ikhwan [Zaril] dan di sinilah cerita ini bermula :D Adegan imbas kembali yang penuh dengan peristiwa-peristiwa penting. Tak pasti orang lain, tetapi bagiku adegan ini teramatlah penting kerana ia membantu cerita Nia-Zaril berkembang.

Nia dikahwinkan dengan Zaril apabila adiknya; Ani melarikan diri di saat-saat akhir. Nampak klise kan bunyinya? Mungkin tetapi sebab utama perkahwinan Zaril adalah sesuatu yang baru. Zaril mengalami kemalangan ngeri yang meragut hampir keseluruhan kesihatannya. Dia berubah daripada seseorang yang hampir sempurna kepada kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa. Apabila ayahnya mahu meletakkan Zaril di rumah kebajikan, nenek Zaril membantah. Dia kalut mencari seorang cucu menantu yang boleh menjaga cucunya.

Nenek Zaril mahukan seorang gadis kampung yang tak belajar tinggi tetapi tahu menguruskan hal rumah tangga dengan baik. Disebabkan itu Ani dipilih. Tetapi tak sangka pula Ani menarik diri. Sudahnya Nia yang perlu menjadi galang gantinya kerana ibunya sudah pun mengambil wang hantaran untuk menebus kembali tanah mereka yang tergadai. Nenek Zaril menyangka Nia ini berkriteria seperti itu, sedangkan Nia pelajar universiti.

Aku tak pasti sama ada Zaril ini boleh berkahwin atau tidak. Sebab emosinya tidak stabil. Kadang-kadang elok, kadang-kadang macam tak betul. Dan bila datang angin tak betulnya mulalah Zaril lupa diri. Habis semua orang dibelasah termasuklah Nia. Tetapi Nia ni pula memang baiklah. Sayang benar dengan suaminya walaupun pada mulanya dia bagaikan paksa rela je untuk berkahwin dengan Zaril. Diam-diam Nia mengharapkan agar perkahwinannya bersama Zaril kekal seumur hidup.

Mungkin disebabkan sayang, Nia cuba mencari alternatif untuk membantu memulihkan kesihatan Zaril. Namun sayang, ibu mentua Nia merancang sesuatu yang lain. Mereka menganggap Nia hanya tertarik dengan harta bukanlah sayangkan Zaril. Akhirnya Nia disingkirkan sebaik sahaja Zaril pulih sepenuhnya. Sungguhlah tidak adil!

Jadi pertemuan semula di negara orang menjadi titik-tolak kepada perhubungan mereka. Nia menganggap Zaril sudah tidak mengenalinya, maklumlah sudah hampir 4 tahun. Lagipun Nia masih tidak mahu melepaskan buah hati kecilnya pergi. Hak penjagaan Hazeril; anaknya bersama Zaril akan jatuh kepada Zaril sekiranya mereka bercerai. Itu sudah termaktub dalam perjanjian prenuptial antara Nia dan Zaril. Disebabkan itu Nia cuba mengelak daripada bekerjasama dengan Zaril. Namun siapa tahu apa yang ada dalam hati Zaril?

Aku suka plot cerita ini [aku memang suka cerita begini sebenarnya kih5 :P]. Dan perkara yang paling penting adalah kepercayaan dalam apa jua bentuk perhubungan. Komunikasi itu pun penting, jangan asyik fikir orang itu tahu apa yang kita rasa. Ada masanya aku terasa seperti membaca karya NB sebab banyak betul info yang diselitkan. Penulis pun menggambarkan Turin dengan baik sekali. Hingga aku yang penasaran, mahu masukkan nama Turin dalam wishlist melancong. Eh, Turki pun tak lepas pergi lagi! Ada hati mahu panjangkan wishlist hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

11 ulasan:

  1. tertarik sangat dengan jalan cerita novel ni.saya pun suka cerita macam ni. makin panjang la list saya.hehe =)

    BalasPadam
  2. Eera Shera,
    Takpe, panjangkan list beli novel, saya pun selalu buat gitu :D

    BalasPadam
  3. Jalan cerita dah okay dah.cuma penulis kena kaji sikit bab hukum sebelum buat cerita takut budak2 yg pendek akal ni terikut2 pengaruh novel.
    1) Zaril tu x termasuk dlm lelaki yg cukup syarat unt kahwin.
    2)bertahun ditinggalkan tanpa nafkah (walaupun hakikatnya Nia ingat di telah diceraikan) bukankah sudah gugur talak kerana tak diberikan nafkah.

    Ke saya yang tak perasan tentang ini?

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama,
    Ya kan? Saya cuma perasan no. 1 tu je, lupa akan hal nafkah itu. Aduh! Pasti sudah dihanyutkan dengan kawasan-kawasan indah Turin hikhikhik

    BalasPadam
  5. Ye..mungkin...tp saya cukup kagum dgn cara penulis menerangkan tempat2 yg mereka lawati semasa Nia bertugas*Cik Tanpa Nama*

    BalasPadam
  6. *Cik Tanpa Nama*,
    Betul. Penulis bijak memanupulasikan situasi/keadaan indah di Turin hingga lupa akan hal-hal itu ;))

    BalasPadam
  7. Ade lg x novel ni? Da lama cari.... nak beli bole? Semua out of stock

    BalasPadam
  8. Hamba Allah,
    Maaf saya tak jual buku ini.

    BalasPadam
  9. Mana saya boleh dptkn buku ni ye?? Lama cari

    BalasPadam
  10. Kat mana boleh saya cari buku ini... Banyak kedai saya cari tapi tak jumpa...

    BalasPadam
  11. xoren shaifullah & Unknown,
    Buku lama ni, mungkin kena tanya pada penjual buku secondhand. Boleh cuba tanya Shidah (http://mybizsantaishop.blogspot.com/) atau di FB dengan Farid Rosli. Kedua-dua ni tempat saya selalu hunting novel lama.

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))