Aktviti Membaca!

Rabu, 25 Mei 2011

A&N : Cabaran 50 Novel/Buku : (15) Baju Melayu Hijau Serindit

Baju Melayu Hijau Serindit
Syud

ISBN: 9789675118593
Penerbit: Jemari Seni Publishing Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mei 2011

Halaman: ~ 430
Harga: RM 19.00

~ Rasaku… ~

Wardah Ahmad Bakhtiar [Wardah] vs Mohammad Firas Adam Mohammad Iskandar [Pacai] :D Dua watak ini sudah berjaya membuatku tak henti-henti tersenyum. Watak yang ada warna yang berbeza dan rasanya aku boleh masukkan Pacai dalam carta hero idaman [gatal! :P].

Pertemuan mereka yang pertama kali terjadi disebabkan novel Nyanyian Tanjung Sepi. Pertemuan yang mewujudkan gelaran 'Dorothy' dan 'Shrek'. Cuma aku tak berjaya menzahirkan Pacai ke dalam bentuk Shrek, sebab mindaku sudah menekankan Pacai itu sangat kacak dengan baju melayu hijau [gatal lagi! Abaikan :P].

Pertemuan mereka seterusnya berlaku secara kebetulan. Kebetulan yang amat manis. Penulis bijak menyusun 'kebetulan' itu hingga aku rasa ia bukannya kebetulan yang disengajakan :D Begitu juga dengan watak-watak sampingan yang menjadi penyeri cerita. Saling berkait dan saling membantu penceritaan dua watak utamanya. Aku suka dengan Aidil; kawan Pacai. Aku suka dengan Nik yang merupakan teman baik Wardah. Aku juga suka dengan Ilham [boleh tak lepas ni tulis cerita Ilham? :D]; lelaki yang membuatkan Wardah rasa 'sesuatu' itu. Ilham yang menjadi idaman para mentua untuk dijadikan menantu.

Wardah yang kalut itu memang buat aku jadi kalut sama. Mana taknya bila dia menawarkan Pacai menjadi teman istimewa pura-puranya, aku pula yang gelabah - Please… please… say yes! kih5

Dalam novel ini aku tertarik dengan 2 perkara lagi.
1. Lelaki pun sukar nak lupakan cinta pertama.
2. Perempuan bila sudah meletakkan batas di hati, ia tidak akan pernah berubah.

Selepas membaca novel ni aku tidak dapat lari untuk menyelak semula halaman UATA. Rindu pada pasangan Adil & Aulia. Seperti karya Syud yang terdahulu, tiada konflik yang boleh membunuh jiwa. Tiada rasa nak campak atau nak hempuk kepala watak-wataknya. Cerita yang ringan, sempoi dan tetap indah di mataku :D Indah sebab ia cerita-cerita yang dekat di hatiku. Paling yang aku suka adalah istilah ini:

All good guys are taken [page 23]

Benarkah? :D

Teringat juga bingkisan Syud di helaian kedua BHMS:

If it’s worth it,
Then fight for it

[Harus akui, kadang-kadang aku tak bersungguh untuk berjuang sesuatu yang aku sendiri tak pasti, terutamanya bila libatkan perasaan hohoho horlicks~]

Ada banyak benda nak cerita mengenai novel ni, sayangnya jemariku malas nak menaip panjang-panjang [gelak jahat :D]. Jadi kesimpulannya, sila cari sendiri novel ini. Boleh beli, boleh pinjam tetapi jangan curi! :D Atau pergi ke Ulat Buku. Ada banyak review pasal novel ini.


Ps: Fira, aku pun rasa menyesal tak bergambar dengan Cik Penulis yang manis tu *wink* Mungkin aku malu [alasan tbb :P]

Happy reading (^-<)

8 ulasan:

  1. ijah dh beli novel ni , mmg baca byk kali dah ni ;P

    BalasPadam
  2. Ijah EmoTemo,
    Masa baca tu mesti senyum sampai telinga kan? :D

    BalasPadam
  3. rina.. bestke novel niii

    BalasPadam
  4. Yang Aimin,
    Win, aku rasa best. Tapi diulang 'AKU RASA' hahaha5
    Tapi Fira suka gila dengan novel ni :D

    BalasPadam
  5. rina..hahaha.... ko tau, aku baca smpi 2x novel ni.
    bengang ngn sweet sour aritu, terus aku bc novel ni utk tenangkn jiwaku blk. alhamdulillah, sbb novel ni jiwa ku pn ok. slh 1 pnyebab la kn... tp aku btl2 jth chenta dgn Firas. camne ni???? huk3.. ngeee over u~ :P
    tp btl, aku xpnh bc novel smpi 2x dlm ms terdekat. kih3

    BalasPadam
  6. MissF,
    Amboi, jatuh cinta dengan Firas ye? Dah tu Ustaz Din kau nak campak mana? Bagi aku ke? kih5 :P
    Cerita ni sempoi fira tapi ada makna. Aku pun suka :D

    Ps: Lucky was not me who recommend that novel to you hik3 lalala5 :P

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))