Aktviti Membaca!

Rabu, 12 Januari 2011

Si Mata Coklat

JUDUL: SI MATA COKLAT
PENULIS: PITAK
TERBITAN:
http://kisah-yang-tak-sempurna.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Aku 'terserempak' dengan cerita ni semasa sedang 'bertandang' ke tempat teman sekerja baruku; Ekin :D Dek kerana ia adalah cerpen, maka tanpa perlu fikir panjang aku pun ambillah sedikit masa untuk membacanya.

Amirul Fattah [Fattah] dan Darwina Alisa [Darwina]. Si teruna 19 dan si gadis yang baru mencecah 17 tahun. Tak tahu mahu diklasifikasikan sebagai cinta monyet atau tidak. Sebabnya anak remaja sekarang ni kecil-kecil sudah tahu berpasang-pasangan. Ada yang baru berumur 17 tahun pun sudah boleh menikah. Ok, berbalik pada pasangan yang berjiran ni. Ada rasa yang menerjah masuk ke dalam hati. Pertemuan pandang pertama antara Fattah dan Darwina ada cerita selanjutnya :D

Namun dek kerana malu dan tahu status diri masing-masing, mereka berdua diam-diam je. [Time ni la, telinga terngiang-ngiang lagu Diam-diam by Tilu :P] Tapi, rasa hati memang tak dapat disorok. Bagusnya lah adik-beradik mereka berdua ni. Memang sporting habis. Ada je cara yang digunakan untuk mengorek rahsia hati masing-masing. Baik yang di belah Fattah mahupun Darwina, memang lah adik-beradik mereka ni ada power untuk baca isi hati orang hahaha

Pertemuan seterusnya, memang agak cliché tetapi itu adalah saat di mana Fattah dan Darwina saling berbicara dan bertentang mata lebih lama buat pertama kalinya. Dan kisah selanjutnya? Eh, sila baca la sendiri! hik3 lalala5 :P Aku berkata begitu sebab ianya 'diterbitkan' di laman maya. Jadi rasanya tak susah untuk kamu semua mencari dan membacanya :D

Sentuhan terbaru pitak ini masih seperti sebelumnya. Masih mengekalkan ciri-ciri sweet antara hero dan heroin. Satu bonus di situ. Masih juga melayarkan hubungan persaudaraan itu dengan sesuatu yang manis. Bonus lagi di situ. So aku nantikan lagi apa kisah sweet yang bisa dimuntahkan si manis 18 ini :D

Ps: Syafiqah, berhati-hati dengan typo. Apa progress Rex Tia? :P

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. hihihi. thanks akak. :DD
    sungguh teruja masa baca ni. ahaks.
    terima kasih sebab sudi review.
    progress Rex Tia? entahlah. tiada idea yang menjengah.

    BalasPadam
  2. Pitak,
    Sama-sama kasih :))
    Cepat habiskan Rex Tia tu, akak ni sakit mata kalau baca cerita depan PC lama-lama hehehe

    BalasPadam
  3. Hai, kak :)
    Hahahaha, tetiba segan pulak.
    Dah ada blog baru.
    Mohon promote boleh? Hahaha.
    mendongakelangit.blogspot.com
    Blog lama dah delete mungkin tanpa sebab

    p/s : Rex Tia dah nampak sinar :)

    BalasPadam
  4. Pitak,
    Hai sayang! Lamanya menyepi rupanya tulis novel panjang-panjang ya?
    Ok, akak dah update my list. Selamat menulis ya. Moga terus sukses dan nanti dah publish jangan lupa akak tau ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))