Aktviti Membaca!

Khamis, 13 Januari 2011

Kasih Buat Nisa'

Kasih Buat Nisa’Iqbalsyarie Bin Shaari

ISBN: -
Penerbit: http://iqbalsyarie.blogspot.com/

Tarikh Terbit: 12 Januari 2011
Halaman: -
Harga: -


~ Rasaku… ~
Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah mereka yang mencintai agama. Cerpen yang ringkas tetapi padat dengan isi. Penulis aku kira berjaya mengingatkan kita dengan hukum yang mungkin kita anggap terlalu remeh. Hukum bertudung dan cara bertudung/jilbab yang dikenakan kepada semua wanita yang beragama Islam. Caranya halus saja dan disampaikan dengan mudah.

Perbualan antara dua sahabat, iaitu Abbas Syafi [Abbas] dan Adhlan Nafis [Adhlan] sebenarnya merujuk pada cara orang kita bertudung, cara si anak gadis menggayakan tudung & juga si gadis yang bergaya sakan di Facebook ataupun rangkaian sosial lain [Peringatan untuk diri sendiri juga sebab aku pun suka letak gambar di FB, walaupun tak semua yang boleh view all the photos,but…ish, khilaf aku!].
Ok, sambung balik. Abbas menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap apa yang berlaku pada hampir kesemua golongan wanita. Rasa amarah dan kekesalannya kerana golongan ini memandang remeh akan hal menjaga aurat. Semua itu diluahkan kepada Adhlan. Sebagai seorang sahabat yang baik, Adhlan merupakan seorang pendengar yang setia. Begitu sabarnya Adhlan mendengar keluh-kesah sahabat baiknya itu.

Sahabat yang baik juga bukan hanya membenarkan tiap kata-kata temannya, sahabat yang baik saling mengingati, saling berpesan-pesanan. Ilmu yang ada dikongsi bersama. Dalam keterujaan Abbas meluahkan rasa hatinya, Adhlan turut juga mencelah akan hal golongan lelaki dalam menjaga pandangannya. Aku suka dengan yang ini. Sesuai dengan kejadian wanita seumpama daripada tulang rusuk yang bengkok, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Bagaimana seorang lelaki yang tidak tahu menjaga pandangannya bisa membimbing wanita untuk menjaga auratnya?

Ini rasanya percubaan pertama penulis dalam menghasilkan cerpen/novel berunsurkan islamik. Jadi kesalahan kecil seperti kesalahan ejaan boleh dimaafkan. Cuma aku rasa typo boleh diminimakan kerana bila kita membacanya semula, sesuatu perkataan itu akan memberi makna yang berbeza. Misalnya, 'menjalang'… yang seharusnya dieja sebagai 'menjelang'.

Cuma aku ingin bertanyakan frasa mengenai 'Rasulallah'. Apa bezanya dengan 'Rasulullah'?. Sekadar perkataan atau ianya turut membawa makna yang berbeza? Dan seharusnya kita gunakan yang mana satu? Pernah baca dalam sebuah entry di internet [maaf lupa di mana], 'Rasulallah' itu dieja dengan 'Rasul Allah'. Moga adik Iqbal boleh merungkaikannya. Terima kasih.

Nikmat memiliki sahabat yang baik itu sebenarnya bukan nikmat yang kecil! [Petikan terakhir]
"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." [At-Taghaabun : 14]

Ps: Kalau nak tahu, penulis merupakan anak muda yang baru berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang penerbangan :D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Salam kak :) untuk pengetahuan akak, saya juga sedang dalam usaha menulis novel. Sudah lebih separu... insyaallah manuskrip akan siap menjelang akhir bulan ini. Harap-harap begitulah...

    Berkenaan itu, saya pun tak pasti... Tapi saya rasa saya lebih cenderung menulis perkataan Rasulallah...

    BalasPadam
  2. Salam Iqbal,
    Ya, akak ada baca di FB Bayyinat beberapa hari lepas. Moga semuanya dapat disiapkan ya :)

    Oh... ya kah? Hm, takpe kena tanya pada yang lebih pakar.

    BalasPadam
  3. oh ya kak.. lg satu, ini bukan saya yg pertama kerana cubaan saya yang pertama ialah di sini

    http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/12/peraduan-menulis-idolaku-inspirasiku.html

    BalasPadam
  4. Iqbal,
    Eh, bukan ke? hehe silap rupanya :)
    Maaf ya!

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))