Aktviti Membaca!

Isnin, 3 Januari 2011

Diari Mat Despatch


JUDUL: DIARI MAT DESPATCH
PENULIS: BAHRUDDIN BEKRI
TERBITAN: PTS O.N.E SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ramai yang meminta aku membaca karya penulis yang sedang meningkat naik ini. Tanpa mahu dipengaruhi oleh sesiapa, aku bermula dengan DMD dahulu. Tak dapat dinafikan yang salah satu sebab aku mudah membelinya kerana kulit buku menarik di samping harganya yang murah.

PELIT - Apakah sebenarnya PELIT ini? PELIT adalah singkatan bagi 'PErsonal LITerature' atau dalam bahasa Melayunya, Jurnal Peribadi. PELIT merupakan suatu genre penulisan baru yang cuba diperkenalkan oleh PTS One Sdn Bhd. Gaya penulisan yang lebih memiripi penulisan diari dan blog. [Dapatkan maklumat lanjut di PTS]

Aku tertanya-tanya juga siapa golongan sasaran sebenar buku comel ini? Kalau melihatkan cover, memang untuk anak sekolah dan remaja. Namun kalau melihatkan isi kandungannya, aku kira ia lebih sesuai untuk pembaca dewasa. Walau bagaimanapun cerita ini memang sesuai dibaca sebagai bahan untuk memotivasikan diri sendiri. Sarat dengan kata-kat sinis yang penuh teguran dan nasihat. Sekaligus mengajak para pembacanya menjadi sang pemikir ketika membacanya.

'Buku laporan Sains' ini menampilkan Idlan Rayyan [bukan nama sebenar, seperti yang ditulis di dalam buku], berusia 24 tahun, masih bujang dan masih dalam proses mengenali diri. Walaupun mempunyai ijazah, dia tidak pula memilih kerja lantas menjadi seorang mat despatch. Dalam pada itu Idlan masih juga mencari peluang kerja lain untuk menambah pendapatannya. Impiannya untuk menjadi editor sambilan tetapi dia perlu mengambil ujian Bahasa Melayu Tinggi [BMT].

Demi mencapai impiannya, Idlan cuba menulis diari harian kisah hidupnya dengan menggunakan BMT. Setiap apa yang terjadi ditulis semula di dalam diarinya. Namun Idlan hanya mampu bertahan selama 11 hari sahaja menulis diari. Peristiwa yang terjadi kepada dirinya pada hari kesebelas itu telah mematahkan kekuatan dan kesungguhannya untuk terus menulis diari. Ha, nak tahu apa yang terjadi? Sila dapatkan di pasaran!

Di penghujung diarinya, Idlan ada menulis yang dia akan menyambung semula tulisannya. Bagaikan simbolik bahawa akan ada sambungannya. Pastinya aku juga turut menanti sambungan diari mat despatch dari Liverpool ini :D

Hidup ini umpama jalan. bukan cepat atau lambat yang menjadi penentunya, tetapi jalan yang bagaimana kita lalui. Walaupun kita pantas tetapi melalui jalan yang salah, kita pasti tetap akan binasa [page 91]

Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba [page 93]

Ps: Terasa kerdil diri bila membaca cerita yang menggunakan BMT

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Macam menarik!

    Cover yang gempak! Ringkas tapi memikat.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Cover memang comel
    Ceritanya ada isi. Selamat membaca :D

    BalasPadam
  3. Sy baru ada satu bukunya...belum baca. Beli sebab review seseorang tentang penulis ini :)

    BalasPadam
  4. Dik S,
    Review tentang penulis? Waa...apakah tu?

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))