Aktviti Membaca!

Jumaat, 3 Disember 2010

Rembulan Berdarah


JUDUL: REMBULAN BERDARAH
PENULIS: ANITA ARUSZI
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTREPRISE



~ Rasaku… ~

Sudah tiga novel Kak Anita yang aku baca, dan jujurnya ini adalah novelnya yang menjadi pilihan aku. Suka sangat. Malah masa membaca prolog saja, ia sudah berjaya membuatkan rasa ingin tahu melonjak-lonjak naik. Langsung novel yang setebal 786 muka surat ini tidak dilepaskan. Sanggup pula tu berjaga malam hanya kerana ingin tahu noktah ceritanya hik3 lalala5 :P

Nasyriq Adli [Nasyriq] pulang ke tanah air selepas berkelana hampir 12 tahun di luar negara. Azamnya hanya satu, mahu bertemu semula dengan adiknya yang telah lama hilang. Walaupun Raihana bukanlah adik kandungnya tetapi, arwah ayah Nasyriq iaitu Zainal Ikram amat menyayangi Raihana. Apa saja yang dibelikan untuk Nasyriq, pasti Raihana ada juga. Zainal Ikram tidak pernah menganggap Raihana itu anak pemandunya, sebaliknya dia begitu menyenangi dan menyayangi anak gadis itu.

Namun siapa tahu kebahagiaan mereka tidak berpanjangan. Zainal Ikram dibunuh dan misteri di sebalik pembunuhan itu masih lagi menjadi tanda tanya buat Nasyriq. Walaupun Munif; ayah Raihana dikatakan pembunuh tetapi Nasyriq masih ingin mencari Raihana dan ibunya yang hilang itu.

Dalam pencarian Nasyriq, dia bertemu Duha Maisarah [Duha]. Gadis yang melakukan dua kerja itu menarik hatinya. Nasyriq rasa kasihan pada Duha kerana sering saja menghadapi masalah ayahnya yang seorang kaki judi. Rasa kasihan itu akhirnya bercambah menjadi cinta. Tetapi sebagai lelaki, Nasyriq memang tersangatlah ego. Bekunya itu memang luar jangka, macam orang takde perasaan. Sehabis boleh Duha itu dibulinya, dimarah apalah lagi. Acap kali diherdik gadis kesayangannya sendiri. Memang aku tak faham apa faedahnya berbuat begitu? Direct je cakap suka tak boleh ke? ngee~ :P

Duha sebenarnya menyimpan sebuah rahsia lama. Malah baik Bustaman dan Zafran, keluarga angkatnya tidak pernah mengetahui akan rahsia tersebut. Apabila dia bertemu dengan Nasyriq dan kemudiannya bekerja dengan Nasyriq, barulah rahsia lama itu dibuka semula. Antara cinta dan dendam, Duha keliru. Apatah lagi Zafran yang dianggap sebagai abang sudah pula memasang angan untuk menyuntingnya.

Nasyriq yang mengambil alih tampuk pimpinan syarikat Mega Timur Construction tidak disenangi oleh pakciknya sendiri; Engku Iskandar. Hasratnya yang mahu membelot kesemua harta Mega Timur tak kesampaian bila Nasyriq dan dibantu oelh Erman dapat menghidu niatnya itu. Dalam pada itu Engku Iskandar juga mengesyaki Duha adalah Raihana yang disangkanya mati kemalangan dua belas tahun yang lalu. Malah rupa-rupanya ada skandal besar yang sengaja disembunyikan di sebalik pembunuhan ayah Nasyriq dahulu.

Akan terungkapkah rahsia lama yang cuba dikuburkan oleh Engku Iskandar? Benarkah Duha Maisarah itu Raihana; adik yang hilang itu? Kalau benar, bisakah cinta di hati Nasyriq itu dibiarkan mekar? Ha, kena bacalah novel ni :D

Happy reading (^-<)

4 ulasan:

  1. Bulanhijau,
    Wah! Panjang betul 'ha' nya :D

    BalasPadam
  2. alamaaaakk..sellau kalo nampak tak pernah abik... :) memang buah tgn dari kak nita tak pernah mengecewakan~~ apakaaah..apakah harus ku rembat buku ini...

    BalasPadam
  3. agent_sesat,
    Harus beli kalau kamu peminat Anita Aruszi :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))