Aktviti Membaca!

Selasa, 21 Disember 2010

Warna


JUDUL: WARNA
PENULIS: NAZURAH AISHAH, RYNSA & NASZ
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Warna I: Bukan Dipaksa oleh Nazurah Aishah

“kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh…”

Ini kisah cinta uda dan dara seperti zaman dulu-dulu. Kisah cinta dua darjat ini aku kira memang tak lapuk dek hujan, sentiasa ada walaupun kita sudah masuk ke abad 21. Ayu Nardine Zahiyyah [Ayu] pernah mencintai Affan Hakeem [Affan]. Kisah cinta yang berkembang ketika usia mereka masih hijau. Percintaan dalam diam itu akhirnya tiba di kemucaknya, apabila Affan bertindak mengahwini Ayu secara sembunyi.

Namun perkahwinan yang tiada restu itu memang sukar dipertahankan. Kehendak Hajah Normah; ibu Affan perlu diturutkan. Hubungan Ayu & Affan tamat di situ tanpa sesiapa pun menyedari yang Ayu sudah berbadan dua. Luka yang dialami Ayu di samping nyawa yang sudah tumbuh dalam rahimnya menyebabkan Ayu berkelana bertahun-tahun di luar negara. Kepulangannya disambut dingin oleh Hajah Normah. Dia tak mahu Affan kembali menyambung kasih yang sudah terputus. Namun siapa tahu Affan sendiri sudah punya rencana lain. Dia menjejaki seseorang, insan kecil yang menjadi tanda cintanya bersama Ayu.

Kalau dalam LBN, ceritanya diakhiri dengan penamat yang sedih, tetapi tidak dalam cerita pendeknya kali ini. Cerita ini memang penuh emosi [silap-silap haribulan, boleh tangkap leleh], hingga aku takut penamatnya sedih juga hahaha Nasib baik, penulis menoktahkannya dengan sesuatu yang manis :D

Warna II: Hikari Ainori oleh Rnysa

“cinta pandang pertama…the love ride of hikari ”

Sejujurnya aku memang suka cerpen yang ini. Kisah insan yang mencari diri sendiri ini nampaknya lebih dekat di hati. Apalagi kisah cinta yang dicoretkan nampak luar biasa kelasnya.

Hazelina [Hazel], Rafique, Umar Rayyan dan Adriena Ayuni punya hubungan cinta yang saling berkait. Rasa cinta sesuatu yang kekal di hati. Itu apa yang dibangunkan dalam watak Rafique dan Adriena Ayuni. Walaupun terpisah dan diduga waktu dan jarak, cinta itu masih utuh di sanubari. Namun dalam mencari cinta yang hilang, Rafique cuba pula mengintai Hazel. Aku suka dengan watak Hazel ni. Dia bukan gadis mentah yang tiada isi. Dalam dia mengikut arus perhubungan yang diatur oleh keluarga, dia masih punya jati diri. Ketegasan yang bukannya dibuat-buat.

Hazel yang masih mencari 'sesuatu' bertemu dengan Umar Rayyan. Aku juga suka dengan watak ala Naruto alim ini. Eh! Banyak betul yang aku suka hahaha Apa pun, takdir Tuhan itu memang manis buat hamba-Nya yang sabar. Dalam episod mencari cinta, Umar Rayyan bertemu juga dengan gadis yang mencuri hatinya buat kali pertama di Jepun, 'diikat' di sana juga akhirnya.

Warna III: Karamel oleh Nasz

“Karamel itu benda hangus yang sedap...”

Apa yang aku harus katakan ya? Ketika membaca cerpen ni aku tersenyum sepanjang masa. Karya pendek Nasz memang mencuit hati, dengan cerita yang santai dan lucu memang boleh menarik minat para pembaca terutamanya golongan muda yang sukakan genre seperti ini.

Nory Ana [Ana]; gadis manis yang lurus. Menjadi seorang setiausaha pada Encik Arif [Arif]; bos yang memang tak berapa nak arif itu hahaha :P Watak Arif memang agak mengjengkelkan pada mulanya. Apa taknya dia boleh saja tersenyum dan mesra dengan pekerja lain tapi tidak dengan Ana. Pelik sungguh! Ana yang naif tu terpaksalah menahan karenah bos yang selalu angin satu badan tu.

Kenapa Arif berkelakuan seperti itu? Ha, tu kena bacalah. Apa pun cerita ni memang best. Arif tu sebenarnya boleh tahan loyar buruk tau! hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))